RAKAN FOLLOWERS

Monday, 27 July 2015

AIR DAN KESIHATAN : BEZA AIR MINERAL DAN AIR RO

Teks : Noor Azzah Mohd Yusof
Sumber Foto : Google & Tupperware Brands

Assalamualaikum…
Bertemu lagi dalam suasana hari raya 11 Syawal 1436H.

Saya terpanggil untuk berkongsi dengan semua, lebih-lebih lagi di musim perayaan ini kita menghidangkan minuman dan juadah kepada tetamu. Sudah pastinya apa jua jenis minuman dan juadah datangnya dari sumber yang halal, bersih dan baik.

Apa kaitannya air dengan kesihatan tubuh badan.
Dalam entri yang terdahulu saya ada menyebut bahawa tubuh badan kita 75% terdiri daripada air. Air menjana sistem dalam tubuh badan. 

Pentingnya air untuk tubuh badan. Air mampu memberi tindakbalas positif pada tubuh badan.
Tanpa kita sedari, air yang kita gunakan untuk keperluan seharian terdedah kepada pelbagai unsur pencemaran dan juga bahan kimia. Air yang disalurkan ke paip telah pun melalui proses pengolahan air menggunakan klorin. Klorin digunakan bagi membasmi kuman, bakteria dan mengoksidasi bahan kimia yang ada di dalam air. Kandungan klorin yang berlebihan di dalam air membawa mudarat kepada tubuh badan. Terdapat bahan- bahan kimia di dalam air juga boleh mengurangkan kadar klorin untuk membunuh kuman.

Justeru, setiap rumah perlu ada penapis atau filter yang sesuai bagi menampung keperluan. Tindakan memasak air tidak akan menghapuskan klorin. Malah zat-zat mineral juga berkurangan.

Penggunaan penapis air beralkali dapat mengurangkan simptom penyakit, memberi keringanan dan kelegaan kepada pesakit kronik juga meberi nilai tambah kepada tahap kesihatan melalui pelbagai mineral yang didatangkan dengan pakej penapis air bergantung pengeluar/pengilang produk.  Berbeza dengan Air RO yang tidak mengandungi mineral kurang sesuai untuk tubuh badan. Penggunaan kerap air ro boleh mendatangkan asalah kesihatan yang lain. Berikut adalah petikan yang diambil dari laman web berkaitan air mineral dan air ro untuk rujukan. (Sumber : www.airpenawar.com)

Air RO (Reverse Osmosis)
Kami tahu ramai diantara anda akan memilih Air RO (Reverse Osmosis) sebagai air minuman pilihan disebabkan harganya yang agak murah. Tetapi tahukah anda apakah dia Air RO (Reverse Osmosis) ini?Pada peringkat awalnya, Mesin Air RO ini dicipta adalah bagi kegunaan sektor industri sahaja. Oleh kerana itu Air RO tidak mengandungi mineral dan zat galian yang diperlukan oleh tubuh disebabkan ianya sudah ditapis keluar bagi mendapatkan air yang benar-benar tulen.

Walaupun air yang dihasilkan oleh Sistem Osmosis Berbalik (Air RO) ini benar-benar bersih dan tulen, tetapi ianya kurang sesuai untuk tubuh. Ini disebabkan air yang dihasilkan:
  • Bersifat menghakis iaitu dengan menyerap kembali natrium, kalium, klorida, kalsium danion magnesium daripada tubuh.
  • Menyebabkan tubuh menyimpan lebihan air yang tidak dapat dilawaskan (water retention)
  • Ia juga akan menyerap elektrolit dari tubuh kerana didalam air tersebut tidak mengandungi garam galian yang amat diperlukan.

Kesan daripada kehilangan mineral-mineral ini, 'mungkin' tidak dapat anda rasakan di dalam tempoh jangka masa pendek, tetapi dalam masa 10 tahun akan datang ia pasti akan menghantui dan memberikan kesan buruk kepada diri anda.

Antara kesan sampingan daripada penggunaan Air RO adalah seperti berikut: masalah berkaitan jantung, keletihan, kekejangan otot, masalah tulang dan gigi, hipertensi, ulser perut, gastrik, kanak-kanak mengalami pembangunan fizikal yang perlahan, bagi wanita hamil mereka kerap mengalami bengkak-bengkak dan anemia.

Air RO kurang berkesan bagi menghilangkan 'dahaga yang kronik' dan sesetengahnya menghasilkan air yang kurang enak rasanya. Pastikan anda tidak terbeli Mesin Penapis Air jenis Reverse Osmosis yang terdapat banyak dipasaran.

Air Mineral
Jika Air RO dihasilkan daripada (sumber air) bekalan air paip yang dirawat, tetapi bagi Air Mineral ianya diperolehi dari sumber air bawah tanah yang telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysai (KKM).

Air yang dihasilkan tidak benar-benar tulen seperti mana Air RO. Ini kerana sistem yang digunakan bagi memproses air mineral ini tidak menapis sepenuhnya mineral dan zat yang diperlukan oleh tubuh sepertikalium (potassium), natrium (sodium), magnesium, bikarbonat, klorida, sulfat dan pelbagai lagi serta air yang dihasilkan mempunyai pH yang tinggi (bersifat alkali yang baik untuk tubuh).

Terdapat juga mesin penapis air dipasaran yang dapat membekalkan air bermineral walaupun sumber air yang anda gunakan adalah bekalan air paip yang dirawat sahaja.

Bagi memastikan mesin penapis air yang anda beli benar-benar mampu menghasilkan air bermineral, mintalah daripada pihak penjual Sijil Pengesahan Sirim atau organisasi yang diiktiraf bagi membuktikan kandungan mineral yang dapat dihasilkan oleh sistem penapisan air tersebut.

Kenapa kandungan mineral ini penting? Ramai yang merasakan bahawa dengan makanan harian sahaja, ianya sudah cukup bagi membekalkan zat-zat makanan yang diperlukan oleh tubuh. Bagi kehidupan moden yang serba pantas seperti sekarang ini serta ditambah pula dengan kebanjiran makanan segera serta jadual makan yang tidak teratur, sebenarnya memang agak sukar sekali untuk anda memperolehi keperluan zat makanan yang mencukupi.
Tahukah anda, apabila tubuh mengalami kekurangan satu mineral sahaja ia sudah cukup untuk menyebabkan anda mengalami pelbagai jenis penyakit. Berikut adalah contoh kesan-kesan penyakit akibat daripada kekurangan mineral didalam tubuh:

  • Kekurangan Zink akan menyebabkan masalah Lemah Tenaga Batin
  • Kekurangan Kalsium, Magnesium dan Sulfur akan menyebabkan penyakit Artritis, Batu Karang, Osteoporosis.
  • Kekurangan Sodium dan Potassium dapat menyebabkan Penyakit Jantung

Jadi air yang bermineral ini memang sangat penting bagi membekalkan minerl-mineral tambahan yang tubuh anda perlukan, disamping pengambilan makanan yang seimbang setiap hari atau anda boleh mengambil makanan tambahan (supplement) bagi membekalkan zat-zat yang diperlukan. Secara tidak langsung ia dapat mencegah anda daripada masalah dan juga penyakit yang berkaitan.
Untuk keterangan berkaitan air mineral juga boleh klik pautan : Keterangan berkaitan Air Mineral ( Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan, KKM )


************************************************
Di sini saya menawarkan pakej penapis air mineral beralkali berkualiti dengan kadar harga terendah di pasaran. Boleh bayar secara ansuran bulanan **.


















Penapis NANO NATURE WATER FILTRATION SYSTEM DIIKTIRAF OLEH NSF DAN WQA.
BERMINAT BOLEH SMS/WASSAP SAYA : 012-6343413 (AZZAH).
SAUDARA/SAUDARI AKAN DIHUBUNGI SEMULA UNTUK KETERANGAN LANJUT.



Wednesday, 8 July 2015

MALAM SERIBU BULAN...FASA 10 MALAM TERAKHIR RAMADAN

Teks : Noor Azzah Mohd Yusof
Sumber Foto : Google

Assalamualaikum Wrt. Wbt.

Seolah tidak percaya bahawa Ramadan akan meninggalkan kita.
Terlalu cepat. Masih tidak puas bersama Ramadan.
Hari ini tanggal 21 Ramadan 1436H .Kita telah berada di fasa 10 terakhir di bulan Ramadan.
Bagi yang sudah mengetahui, inilah saat yang dinantikan. Pencarian malam Lailatul Qadar setahun hanya sekali. Saya kongsikan untuk tatapan umum.

Apa itu Lailatul Qadar?
Lailatul Qadar adalah malam yang paling utama sepanjang tahun berdasarkan firman Allah Ta’ala yang bermaksud :  “Sesungguhnya kami telah menurunkannya (iaitu al-Quran) pada  Lailatulqadar. Tahukah kamu apakah Lailatul Qadar itu? Lailatul Qadar lebih baik dari seribu bulan” (Surah al-Qadr : 1-3)

Rasulullah SAW menyarankan umat Islam agar menghidupkan 10 malam terakhir di mana salah satu dari malam tersebut merupakan malam Qadar.

Mencari Lailatul Qadar itu adalah sunat iaitu pada malam- malam yang ganjil bermula dari sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan (malam 21,23,25,27,29).Umat Islam digalakkan untuk melipatgandakan ibadah seperti membaca al-Quran, solat-solat sunat,beristighfar, bertasbih dan berdoa. Mendirikan malam al-Qadar bermakna mengisi malam itu dengan pelbagai ibadah dan menjauhkannya daripada semua perbuatan maksiat hingga ia benar-benar menjadi malam yang penuh kebaikan dan keberkatan.

Rasulullah menganjurkan kita selalu membaca doa :

اَللّهُمَّ إِنَّــكَ عَــفُوٌّ كَــرِيْــــــمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَــنِّيْ
“ Ya Allah sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, suka memberi maaf, maka berilah kemaafan kepadaku”.

Dari Aisyah R.A katanya :
  “  Saya bertanya : Ya Rasulullah , bagaimana pendapat anda seandainya saya tahu malam jatuhnya Lailatul Qadar itu, apakah yang harus saya ucapkan waktu itu?”
 Maka jawab Nabi : “Katakanlah : Ya Allah! Sesungguhnya Engkau maha Pengampun dan suka memaafkan, maka maafkanlah daku ini”. (Riwayat Ahmad, Ibnu Majah dan Tarmizi)

Justeru itu, marilah kita melipatgandakan amalan dan ibadah di sepanjang 10 malam terakhir Ramadhan.

Rebutlah peluang beramal di bulan ini dan rugilah mereka yang tidak mahu mengambil tahu..Kerana masih menjadi tanda tanya samada kita dapat bertemu lagi Ramadan akan datang. Seharusnya kita bersyukur kerana masih diberi kesempatan untuk menambah amalan sebagai bekalan menuju akhirat.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
 “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan, akan diampunkan dosanya yang telah lalu.”(Hadis Riwayat Bukhari, Muslim & Ahmad)

Sumber petikan : Panduan Sepanjang Ramadan – Syawal, Terbitan Pusat Islam Unisel, 2012


Saturday, 4 July 2015

USAHAWAN AKHIRAT...SEGMEN TAJAAN "CRISPY CRISPS"

Teks : Noor Azzah Mohd Yusof
Sumber Foto : Koleksi Sis Khairunnisa Yusof

Assalamualaikum wrt. Wbt.

Sudah sedia maklum 16 Ramadan merupakan cuti umum sempena Nuzul Quran. Menjadi kelaziman seluruh umat Islam menyambut Nuzul Quran dengan majlis Tadarrus dan Khatam al-Quran di serata tempat. Itu antara keistimewaan yang ada di bulan Ramadan selain dapat merasai nikmat ketika berbuka puasa dan menunaikan solat Tarawikh. Oleh yang demikian, bagi yang belum khatam masih berpeluang untuk menyempurnakan bacaan 30 Juzuk al-Quran. Insya Allah moga Allah permudahkan. Dan tinggal beberapa hari lagi kita akan memasuki fasa 10 malam terakhir Ramadan. Mari kita membuat persiapan untuk rebut keistimewaan dan ganjaran 10 malam terakhir.

Di bulan Ramadan juga ramai umat Islam yang mengambil peluang untuk berniaga.
Perniagaan juga merupakan sumber pendapatan dan rezeki keluarga.
Tidak salah berniaga, yang penting jujur dalam perniagaan, memberi perkhidmatan yang terbaik  dan tidak mengaut keuntungan dengan cara yang batil (salah). Juga digalakkan bersedekah sambil berniaga. Insya Allah hasil rezekinya lebih jauh berlipat kali ganda. Proses jual beli secara tunai dan elakkan berhutang melainkan dalam jumlah yang terlalu besar dan melibatkan perjanjian menepati syariat itu dibenarkan. 

Amalan berniaga ini digalakkan dalam Islam, Rasulullah S.A.W  juga berniaga dan sahabat Baginda yang paling akrab iaitu Saidina Abdul Rahman Bin Auf merupakan seorang Usahawan Jutawan Dermawan. Rasulullah S.A.W pernah bersabda, "Abdul Rahman Bin Auf adalah saudagar Tuhan " sebagai pujian Baginda di atas pengorbanan dan sumbangan besar beliau  dalam menegakkan syiar Islam dengan harta kekayaan. Beliau juga termasuk 10 orang yang digembirakan oleh Rasulullah memasuki Syurga. 

Kebanyakan Sirah nabi menyebut tentang kehebatan dan pengorbanan Abdul Rahman Bin Auf yang dermawan. Harta kekayaan tidak pernah menggugat keimanannya bahkan menjadi beliau seorang yang taat dan berjuang demi Islam.

Alhamdulillah, di sini saya ingin juga berkongsi dengan rakan blog, saudari kita Khairunnisa Yusof merupakan salah seorang belia yang gigih menjalankan perniagaannya. Baru tamat belajar, di usia awal 20-an beliau mengambil peluang untuk berniaga sebelum menyambung semula pengajian ke peringkat lebih tinggi. Moga lebih ramai belia kita yang menuruti jejak langkah beliau.

CRISPY CRISPS BY SIS NISA YUSOF
Ribuan terima kasih kepada Adik Khairunnisa yang merupakan pelanggan setia “Serbuk Cheese Sedapsangat”. Produk beliau “CRISPY CRISPS ” mendapat sambutan yang menggalakkan sempena  bulan puasa ini dan aidilfitri yang akan datang. Bagi warga IPOH dan yang berdekatan boleh mendapatkan produk homemade beliau sendiri. Tempahan juga diterima bagi permintaan selepas hari raya untuk pelbagai majlis dan sambutan. Bagi yang berminat boleh menghubungi wechat : 012-5358545 (Nisa Yusof)

Friday, 3 July 2015

NOTIS PEMBERITAHUAN PENGHANTARAN POSLAJU SEMPENA CUTI AIDIL FITRI

Assalamualaikum Wrt. Wbt.


Syukur Alhamdulillah atas limpahan rahmat dan kurniaanNya sepanjang Ramadan ini.
Ribuan terima kasih kepada semua pelanggan
 yang telah memberi kepercayaan dan memilih produk yang saya tawarkan.
Sokongan kalian amat saya hargai.
Moga Allah mengurniakan keberkatan kepada kita semua. Ameen.



Untuk makluman semua pelanggan yang dihormati,
  • Tarikh pengeposan akhir sebelum hari raya adalah pada 10hb Julai 2015(Jumaat).
  • Bagi pelanggan yang ingin membuat pembelian, pesanan masih boleh diterima sehingga 09 hb Julai (Khamis) agar memudahkan urusan pembungkusan dan penghantaran sebelum hari raya.
  • Bagi mengelakkan sebarang kerumitan yang berlaku, sebaiknya membuat pembelian awal.

Terima kasih, harap maklum.
Salam Kasih Ramadan J 






NOTA : 
PESANAN PEMBELIAN DIBUKA SEPERTI BIASA  BERMULA 20HB JULAI 2015 (ISNIN) J






Thursday, 2 July 2015

RAMADAN KAREEM... MMM...SUP CENDAWAN

Teks : Noor Azzah Mohd Yusof
Sumber Foto : Koleksi Peribadi 

Assalamualaikum Wrt. Wbt.

Alhamdulillah, tanpa kita sedari hari ini merupakan hari ke lima belas berpuasa.
Rasa terlalu cepat Ramadan berlalu.
Moga masih diberi peluang untuk merebut ganjaran di bulan yang penuh keberkatan ini.
Pada bulan Ramadan juga digalakkan untuk bersedekah dan amalan kebaikan yang lain kerana ganjarannya berlipat kali ganda.

Sedikit perkongsian dan renungan bersama , sesungguhnya angan-angan manusia tidak pernah habis di dunia sampai masuk ke kubur. Ketika hayat, manusia sibuk mengejar pangkat, harta, kecantikan dan bermacam lagi keseronokan dan kemewahan sehingga lalai kepada Allah.


Firman Allah SWT bermaksud : “Hingga apabila datang kematian kepada seorang dari mereka, dia berkata, “Ya Rabbku kembalikanlah aku (ke dunia) agar aku beramal soleh terhadap yang telah aku tinggalkan. Sekali-kali tidak. Sesungguhnya itu adalah perkataan yang diucapkan saja. Dan di hadapan mereka ada barzakh sampai hari mereka dibangkitkan.” (Al- Mukminun: 99-100)

 3 jenis angan-angan orang yang sudah meninggal dunia ingin dihidupkan kembali :
1. Solat Sunat 2 rakaat seperti Tarawih, Awwabin, Witir,Tahajjud.
2. Ingin bersedekah
3. Amalan Soleh

Abdullah bin Busr radhiyallahu ‘anhu mengatakan, “Ada dua orang Arab badwi datang kepada Rasulullah sollallahu ‘alaihi wa sallam. Salah satunya bertanya kepada Baginda sollallahu ‘alaihi wa sallam, ‘Wahai Muhammad, siapakah lelaki yang terbaik?’ ‘Yang panjang umurnya dan baik amalnya.’ jawab Rasulullah. Kemudian yang satu lagi bertanya, ‘Sesungguhnya ajaran Islam terlampau banyak bagi kami, lalu adakah amalan kebaikan yang dapat kami tekuni?’ ‘Usahakan agar lisanmu selalu basah dengan dzikrullah’, jawab Rasulullah sollallahu ‘alaihi wa sallam.” (HR. Ahmad dengan sanad shahih)

Bagi kita yang masih diberi peluang bernafas ini, gunakan kesempatan yang Allah kurniakan ini untuk melakukan amalan soleh. Walaupun sekecil zarah ianya tetap dikira sebagai kebaikan. Wallahu a’alam.

Sepertimana saya janjikan tempohari, di sini saya sertakan resepi Sup Cendawan Berkrim… memang sedap. Untuk bulan puasa kali ini, sudah 3 kali saya hidangkan pada keluarga. Alhamdulillah nikmat orang berpuasa, adalah ketika berbuka.. Selamat mencuba .




 Sup Cendawan Berkrim
(Sumber : http://khairulabdullah.com/resepi-sup-cendawan-mudah-sedap/)

Bahan-Bahan :-
200 - 300gm (lebih kurang 7-10 biji) cendawan butang saiz sederhana dihiris nipis
90gm butter / marjerin 
1 biji bawang besar Holland- dipotong dadu kecil
1 ulas bawang putih – diketuk
1.2 lliter stok ayam (saya guna kiub ayam maggi 1 ketul) – didihkan air dan masukkan kiub tadi – kemudian ketepikan.
1/2 cawan krim atau 1 cawan susu segar/cair (mana-mana yang ada)
3 sudu besar tepung gandum
1 ranting Parsli – sekiranya ada
Lada hitam dan garam secukup rasa.

Penyediaannya :-
1. Panaskan butter/margarine tadi di dalam periuk sederhana dan masukkan bawang besar dan bawang putih tadi. Goreng seketika sampai bawang layu dan jangan sampai bawang bertukar warna.
2. Kemudian masukkan cendawan butang yg dihiris nipis tadi dan kacau selama 2-3 minit.
3. Kemudian masukkan tepung gandum dan kacau sehingga sebati.
5. Masukkan stok ayam tadi – kacau sebati dan biarkan mendidih.
6. Selepas mendidih – ketepikan sup tadi dan biarkan sejuk seketika.
7. Dengan menggunakan “food processor” atau “blender” hancurkan (blend) sup tadi sehingga sebati.
8. Masukkan kembali sup tadi ke dalam periuk dan masukkan krim atau susu dan biarkan mendidih.
9. Selepas mendidih – matikan api dan hidangkan ketika panas.
10. Taburkan parsli dan lada hitam di atas sup. Sesuai dihidang bersama roti bawang putih (garlic bread)