RAKAN FOLLOWERS

Wednesday, 14 January 2015

TAHNIAH KEPADA PEMENANG GIVEAWAY BERSAMA MYSTORYMORY.COM

Assalamualaikum..

Alhamdulillah dan tahniah diucapkan kepada para pemenang GiveAway bersama MyStoryMory.Com anjuran Puan Munirah.

Berikut saya senaraikan semula nama pemenang yang diambil dari MyStoryMory.Com. Terima kasih Puan Munirah. :)

Hadiah : Wang tunai RM10 x 2 pemenang
Penaja : Azzah Yusof

PEMENANG (1) : No. 89 - http://ijahoney.blogspot.com/2015/01/giveaway-2014-bersama-mystorymorycom.html

PEMENANG (2) : No. 24 - http://hajarashikin.blogspot.com/2014/12/giveaway-2014-bersama-mystorymorycom.html


Hadiah : 1 pek Reevo Chocolate Malt (15 sachet) x 2 pemenang
Penaja : Azzah Yusof

PEMENANG (1) : No. 46 - http://mama3farhanah.blogspot.com/2014/12/giveaway-2014-bersama-mystorymorycom.html

PEMENANG (2) : No. 27 - http://lovehim30.blogspot.com/2014/12/giveaway-2014-bersama-mystorymorycom.html



Hadiah : 1 pek Nasi Arab al-Bayt (Maqluba) x 1 pemenang
Penaja : Azzah Yusof

PEMENANG : No. 58 - http://ourkizuna.blogspot.com/2014/12/giveaway-2014-bersama-mystorymorycom.html


Hadiah : 1 pek Nasi Arab al-Bayt (Mandy) x 1 pemenang
Penaja : Azzah Yusof

PEMENANG : No. 45 - http://www.cekgunorazimah.com/2014/12/giveaway-2014-bersama-mystorymorycom.html


Untuk makluman mereka yang bertuah sebagai pemenang mohon wassap/mesej saya di talian 0126343413 atau pun emel saya butiran nama penuh, alamat serta no.telefon untuk dihubungi bagi tujuan penghantaran.

Bagi pemenang wang tunai dan nilai kredit handphone, mohon maklumkan no.akaun bank dan no.telefon yang berkenaan untuk nilai tambah.

Tahniah sekali lagi diucapkan, yang lain boleh cuba lagi ... Insya Allah rezeki anda pula.

Wednesday, 7 January 2015

LEPAT PISANG VERSI STEAM IT TUPPERWARE BRAND

Teks : Noor Azzah Mohd Yusof
Gambar : Koleksi Peribadi

Assalamualaikum…

Alhamdulillah, hujung minggu yang lalu dapat juga merasa juadah hasil air tangan Bonda iaitu Lepat Pisang. Menu yang mudah dan sedap ini merupakan kegemaran ayah. Enak dijamah ketika baru diangkat. Rasa lemak pisang dan kelapa parut di bahagian tengah (intinya).





Mudah sahaja menyediakan, memasak dengan menggunakan produk Tupperware Brands “STEAM IT”. Tidak perlu pengukus yang beratus ringgit. Hanya jerang air di atas kuali, letakkan STEAM IT di atas kuali. Pastikan air pada aras yang ditetapkan pada pengukus. Masukkan lepat pisang ke dalam pengukus 2 tingkat. Hasilnya amat memuaskan. Cubalah. Berminat boleh hubungi saya untuk jadi pengguna produk Tupperware. Pasti menguntungkan.  

Tuesday, 6 January 2015

HUJAN VS CERMIN MATA GELAP

Teks : Noor Azzah Mohd Yusof
Sumber Gambar : Koleksi Peribadi
Assalamualaikum…
Hujung tahun sememangnya musim tengkujuh (musim hujan). Cuaca mendung, hawa dingin dan hujan renyai –renyai dari pagi ke petang kemudian bersambung ke sebelah malam.   
Hujan itu nikmat dan dan rahmat. Juga tersimpan pelbagai cerita suka duka pahit manis di sebaliknya.
Teringat saya ketika mula-mula memandu dalam keadaan hujan lebat. Pandangan menjadi tidak jelas, tidak dapat fokus pemanduan sehinggakan semua lopak air yang bertakung diredah. Maka berlaku lah efek seolah disimbah air di bahagian cermin hadapan. Mula panik dan kereta seolah di awangan dan sedikit terkeluar dari laluan. Pengalaman kali pertama memandu kereta manual seorang diri setelah lulus ujian memandu.
Bila mana waktu malam dan hujan, itulah ketika nya saya mula susah hati. Saya mula hilang keyakinan memandu dalam keadaan ini, di mana ianya agak memenatkan. Mata, tangan dan kaki serta fikiran bekerja overtime dari biasa. Semua main peranan dan tempoh pemanduan menjadi lebih panjang. Tiba di destinasi terasa keletihan yang teramat sangat.
Melihat cara pemanduan saya yang membimbangkan, ayah menyarankan saya supaya menggunakan cermin mata gelap ketika waktu hujan mahupun malam. Saya rasa pelik juga apa kaitannya dengan cermin mata gelap. Biasanya cermin ini hanya digunakan di siang hari bagi mengelakkan panas terik. Ternyata memang benar. Setelah saya mencuba, pemanduan lebih teratur. Dapat melihat dengan jelas ketika hujan dan waktu gelap. Fungsi cermin mata gelap tadi sebagai penapis cahaya yang dibiaskan dari titisan air hujan yang jatuh di atas cermin hadapan kereta. Begitu juga ia mampu menapis cahaya yang datang dari arah hadapan hingga menyebabkan silau pandangan . Memang kedengaran pelik, hakikatnya memang nyata berfungsi. Cermin mata AJAIB. Saya beli murah sahaja, namun fungsinya dapat membantu. Kini ianya menjadi rakan karib pemanduan ketika panas terik, hujan dan gelap.