Teks : Noor Azzah
Mohd Yusof
Sumber Foto : Koleksi Peribadi
Sumber Foto : Koleksi Peribadi
Assalamualaikum Wrt.
Wbt.
Alhamdulillah, tanpa kita sedari hari ini merupakan hari ke lima belas berpuasa.
Rasa terlalu cepat Ramadan berlalu.
Moga masih diberi peluang untuk merebut ganjaran di bulan yang penuh keberkatan ini.
Pada bulan Ramadan juga digalakkan untuk bersedekah dan amalan kebaikan yang lain kerana ganjarannya berlipat kali ganda.
Sedikit perkongsian dan renungan bersama , sesungguhnya angan-angan manusia tidak pernah habis di dunia sampai masuk ke kubur. Ketika hayat, manusia sibuk mengejar pangkat, harta, kecantikan dan bermacam lagi keseronokan dan kemewahan sehingga lalai kepada Allah.
Firman Allah SWT
bermaksud : “Hingga apabila datang kematian kepada seorang dari mereka, dia
berkata, “Ya Rabbku kembalikanlah aku (ke dunia) agar aku beramal soleh
terhadap yang telah aku tinggalkan. Sekali-kali tidak. Sesungguhnya itu adalah
perkataan yang diucapkan saja. Dan di hadapan mereka ada barzakh sampai hari
mereka dibangkitkan.” (Al- Mukminun: 99-100)
3 jenis angan-angan orang yang sudah meninggal dunia ingin dihidupkan kembali :
1. Solat Sunat 2 rakaat seperti Tarawih, Awwabin, Witir,Tahajjud.
2. Ingin bersedekah
3. Amalan Soleh
1. Solat Sunat 2 rakaat seperti Tarawih, Awwabin, Witir,Tahajjud.
2. Ingin bersedekah
3. Amalan Soleh
Abdullah bin Busr
radhiyallahu ‘anhu mengatakan, “Ada dua orang Arab badwi datang kepada
Rasulullah sollallahu ‘alaihi wa sallam. Salah satunya bertanya kepada Baginda sollallahu ‘alaihi wa sallam, ‘Wahai Muhammad, siapakah lelaki yang terbaik?’ ‘Yang
panjang umurnya dan baik amalnya.’ jawab Rasulullah. Kemudian yang satu
lagi bertanya, ‘Sesungguhnya ajaran Islam terlampau banyak bagi kami, lalu
adakah amalan kebaikan yang dapat kami tekuni?’ ‘Usahakan
agar lisanmu selalu basah dengan dzikrullah’, jawab Rasulullah sollallahu
‘alaihi wa sallam.” (HR. Ahmad dengan sanad shahih)
Bagi kita yang masih
diberi peluang bernafas ini, gunakan kesempatan yang Allah kurniakan ini untuk
melakukan amalan soleh. Walaupun sekecil zarah ianya tetap dikira sebagai
kebaikan. Wallahu a’alam.
Sepertimana saya
janjikan tempohari, di sini saya sertakan resepi Sup Cendawan Berkrim… memang
sedap. Untuk bulan puasa kali ini, sudah 3 kali saya hidangkan pada keluarga.
Alhamdulillah nikmat orang berpuasa, adalah ketika berbuka.. Selamat mencuba .
Sup
Cendawan Berkrim
(Sumber : http://khairulabdullah.com/resepi-sup-cendawan-mudah-sedap/)
Bahan-Bahan :-
200
- 300gm (lebih kurang 7-10 biji) cendawan butang saiz sederhana dihiris nipis
90gm
butter / marjerin
1
biji bawang besar Holland- dipotong dadu kecil
1
ulas bawang putih – diketuk
1.2
lliter stok ayam (saya guna kiub ayam maggi 1 ketul) – didihkan air dan
masukkan kiub tadi – kemudian ketepikan.
1/2
cawan krim atau 1 cawan susu segar/cair (mana-mana yang ada)
3
sudu besar tepung gandum
1 ranting Parsli – sekiranya ada
Lada
hitam dan garam secukup rasa.
Penyediaannya :-
1.
Panaskan butter/margarine tadi di dalam periuk sederhana dan masukkan bawang
besar dan bawang putih tadi. Goreng seketika sampai bawang layu dan jangan
sampai bawang bertukar warna.
2.
Kemudian masukkan cendawan butang yg dihiris nipis tadi dan kacau selama 2-3
minit.
3.
Kemudian masukkan tepung gandum dan kacau sehingga sebati.
5.
Masukkan stok ayam tadi – kacau sebati dan biarkan mendidih.
6.
Selepas mendidih – ketepikan sup tadi dan biarkan sejuk seketika.
7.
Dengan menggunakan “food processor” atau “blender” hancurkan (blend) sup tadi
sehingga sebati.
8.
Masukkan kembali sup tadi ke dalam periuk dan masukkan krim atau susu dan
biarkan mendidih.
9.
Selepas mendidih – matikan api dan hidangkan ketika panas.
10. Taburkan parsli dan lada hitam di atas sup. Sesuai
dihidang bersama roti bawang putih (garlic bread)
Comments
Post a Comment