RAKAN FOLLOWERS

Wednesday, 8 April 2015

POPIA CHEEZY SELERA REZQI KASIH

Teks : Noor Azzah Mohd Yusof
Gambar : Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan salam ceria semua...

Alhamdulillah... Alhamdulillah... Alhamdulillah...
Terlalu banyak nikmat yang Allah beri...tidak terhitung, terasa diri ini kerdil. 

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih pada IBUBAPA, suami dan keluarga yang banyak membantu dan memahami diri ini.

Seterusnya, rakan-rakan yang banyak memberi sokongan dan dorongan untuk terus tabah, meraih bahagia dan berjaya dunia akhirat. Saya juga mendoakan kebahagiaan buat kalian. 

Terima kasih juga kepada pelanggan yang terus memberi sokongan pada produk-produk Muslim ini. Moga ianya dapat membantu dan meningkatkan ekonomi umat Islam, insya Allah.




Syukur Ya Allah.. Dapat juga menyiapkan bungkusan untuk jualan. Nampak sedikit, moga mendapat berkat insya Allah. POPIA CHEEZY dari Rezqi Kasih. Ramuan dari kulit popia, serbuk kari dan serbuk cheese. Hasilnya pasti menambah selera.. hehe.. Siap untuk dijual. 

Sesiapa yang berminat untuk dapatkan serbuk cheese boleh hubungi saya ye...
Whatsapp/sms Azzah(012-6343413).
Bagi yang belum dapat order, insya-Allah akan saya maklumkan apabila stok masuk.
Terima kasih...Alhamdulillah...


    





  

Tuesday, 7 April 2015

RAHSIA SOLAT DAN AIR

Teks : Noor Azzah Mohd Yusof
Gambar : Sumber Google

Assalamualaikum Pembaca Budiman,

Sejak kebelakangan ini, jarang sekali dapat menulis. Sempat menjengah sekali sekala. Banyak yang ingin dikongsikan, cuma tidak berkesempatan .

Alhamdulillah hari ini, saya diberi kelapangan untuk menulis lagi. Alhamdulillah, syukur Ya Allah.

Sekitar bulan Februari yang lalu, saya mengikuti program bacaan Yaasin dan sesi tazkirah yang diadakan ditempat kerja. Alhamdulillah, tajuk tazkirah yang disampaikan adalah berkaitan solat. Banyak rahsia solat yang mungkin tidak diketahui. Antara kelebihan solat iaitu solat berjemaah.

Bukan sahaja ganjaran berlipat ganda malah ianya dapat memberi kesan kepada tubuh badan kita. Menurut kajian saintifik, dalam tubuh badan manusia mempunyai ion positif dan negatif. Berlebihan ion negatif akan menyebabkan stress dan muncul pelbagai penyakit fizikal yang lain.

 Seharian penat bekerja, dalam tubuh badan kita banyak ion negatif yang dapat dineutralkan melalui solat berjemaah. Bahu bertemu bahu dalam satu saf solat, bersalaman selepas solat dapat memindahkan ion-ion positif dalam badan kepada saudara seislam kita juga sekaligus menyeimbangkan ion-ion dalam badan. Kestabilan sistem tubuh badan banyak menyumbang kepada kesejahteraan hidup dan dapat menjalani ibadah dengan baik.

Jarang sekali kita rasa keluh kesah selepas solat berjemaah, pastinya kita akan rasa damai dan tenang. Bagi yang belum merasai cubalah.

Satu lagi info yang ingin saya kongsikan. Masih adakah kolah masjid yang terbuka untuk berwudhuk? Pernahkah pembaca terdengar kisah air kolah masjid dijadikan bahan dalam rawatan Islam.

Pada awalnya saya terfikir. Apa logiknya.

Akhirnya baru saya tahu apa istimewanya air kolah masjid. 

Bagi yang sering datang ke masjid solat berjemaah juga sudah tentu akan berwuduk. Tangan sebelah kanan mempunyai enzim, apabila berwuduk air tadi akan bercampur di dalam kolah. Bukan seorang dua yang berwuduk..sudah tentu beratus orang. Dan setiap kali berwuduk juga akan membaca Basmalah dan doa selepas berwuduk. Boleh jadi orang yang berwuduk juga dari kalangan orang yang berilmu dan dikasihi Allah.

Selain itu, air kolah juga terdedah dengan bacaan zikir, azan dan ayat al-Quran di masjid. Dalam entri terdahulu ada diterangkan berkenaan molekul air yang terdedah dengan bacaan al-Quran. Ianya memberi kesan positif. Tambahan pula air kolah ini termasuk jenis air yang mutlak. Suci lagi menyucikan mengikut hukum fiqah. Maka tidak mustahil mengapa ada yang menggunakan air kolah untuk tujuan rawatan.

Sekadar berkongsi apa yang diperolehi, moga sedikit sebanyak dapat membantu pembaca sekalian. Sekiranya ada kesilapan maafkan saya. Segala yang baik datang dari Allah, yang buruk itu datang dari kelemahan saya. Wallahu a’alam…