RAKAN FOLLOWERS

Saturday, 23 May 2015

ALLAH.. YA RAZZAQ

Teks oleh : Noor Azzah
Sumber gambar : Google

Assalamulaikum Wrt. Wbt.

Selamat berhujung minggu semua. Ruang dan peluang yang ada digunakan sebaiknya bersama ahli keluarga tersayang. Walau pun masa terlalu pantas, jadikan ianya bermanfaat dan berkualiti. Sebarkan kasih sayang dan tautkan ukhuwwah.

Ya Razzaq, Allah Pemberi Rezeki…permudahkanlah bagi kami beroleh rezeki yang halal untuk keperluan kami. Moga rezeki yang Engkau limpah ruahkan kepada kami dapat juga digunakan bagi membantu insan lain yang memerlukan.


Rezeki itu amat luas tafsirannya. Bukan wang semata tetapi kesihatan, kebahagiaan, ketenangan, pekerjaan, jodoh, zuriat dan bermacam lagi jenis rezeki. Kekurangan dan ujian yang datang juga boleh membawa rezeki kepada kita bersama ganjaran redha dan kesabaran. Rezeki datang dalam pelbagai bentuk. Sesuai dengan perancangan dan keizinan Allah. Segalanya mohon kepada Allah kerana Dialah Pemberi Rezeki. Seolah-olah kita dan majikan.

Bagaimana cara untuk mendapat rezeki yang baik?
Mari kita lihat ciri-ciri rezeki yang berkat dan baik.
1) Membawa hati lebih dekat kepada Allah.
2) Hati akan menjadi tenang
3) Menjadi seorang yang pemurah
4) Jauh dari bala
5) Mempunyai anak cemerlang  
6) Sentiasa merasa cukup dan bersyukur apa yang diperolehi



Berdasarkan ciri-ciri di atas, dapat kita nilai semula adakah rezeki yang kita perolehi berkat. Jika sebaliknya, cara untuk mendapat rezeki yang berkat dan baik adalah sentiasa ingat bahawa “ REZEKI KITA ALLAH YANG PEGANG, USAHA PERLU MENEPATI SYARIAT, TINGGALKAN YANG HARAM DAN SYUBHAT”

Ingin saya kongsikan Petua Rezeki yang diperolehi dari sesi Kelas Fiqh Muslimat yang lalu antaranya :
1) Solat awal waktu
2) Solat Isyraq dan Dhuha
3) Mendoakan orang lain
4) Sedekah - dalam rezeki kita ada bahagian insan lain. 
5) Membantu orang lain 



Sekiranya seseorang itu berasa sukar untuk beroleh rezeki hendaklah :
- beristighfar
- bersyukur /sujud syukur
- ingat kembali segala dosa kepada ibu ayah. Mohon maaf atas segala perlakuan. Dosa itu menjadi hijab kepada rezeki.

Moga apa yang disebutkan di atas memberi peringatan buat diri dan juga rakan pembaca. Ya Hadi Ya Nur Ya Ghoffur ..Ya Allah berilah petunjuk dan nurMu agar kami sentiasa berada di jalanMu mentaati perintahMu dan beroleh keampuananMu…Ameen ya Rabb.






Friday, 22 May 2015

AKHLAK DAN KASIH SAYANG

Oleh : Noor Azzah
Sumber gambar : Google dan ABDR

Assalamulaikum Wrt. Wbt.

Selamat hari Jumaat penghulu segala hari. Hari yang indah,bersama ketenangan dan keceriaan mendamaikan jiwa. Nikmat hari Jumaat yang barakah.
Sebulan lamanya tiadak bersiaran. Jadual harian yang padat. Sekali-sekala menjengah blog yang hampir bersawang. Blog umpama catatan diari peribadi. Bezanya dengan yang fizikal, ianya boleh dibaca oleh ke semua orang. Dan apa yang kita alami atau orang lain lalui dijadikan pengalaman dan panduan di masa akan datang. Blog ini akan membawa manfaat sekiranya digunakan pada tempat yang betul, menyalurkan informasi dan berkongsi pengalaman serta iktibar kisah. Sebaliknya jika tidak digunakan dengan betul ia akan mengundang mudarat atau kesusahan di pihak sendiri atau orang lain.

Kali ini saya ingin berkongsi tentang KASIH SAYANG.

KASIH SAYANG tidak kira kepada manusia atau pun haiwan.

Orang yang beriman suka berkasih sayang. Maksudnya orang yang suka berkasih sayang ini jiwanya aman, tenang. Sekaligus dia juga akan mengamankan orang lain. Contohnya, dia akan sentiasa tersenyum, memberi salam, murah hati dan lain-lain lagi sifat mahmudah.


Sifat yang ditonjolkan melalui watak peribadi seseorang mencerminkan akhlak yang tertanam di dalam diri. Kemudian, akhlak ini keluar secara spontan dari diri tanpa pertimbangan akal. Contohnya, “ Hari ni aku nak senyum ke tak? ”  “Nak bagi salam kat makcik tu ke?”

Sekiranya seseorang individu mempunyai akhlak yang mulia, tanpa berlengah atau berfikir secara spontan dia akan senyum dan memberi salam, bukan secara paksa atau berfikir dahulu. Sifat ini kita boleh bezakan dengan hipokrit.

Bagaimana pula hubungan sesama haiwan? Kita juga perlu bersifat mulia atau berakhlak kepada haiwan. Kerana apa? HAIWAN merupakan makhluk yang sentiasa bertasbih kepada Allah. Sebagaimana maksud hadis Rasulullah SAW bersabda, "Orang-orang yang penyayang itu disayangi oleh Allah yang Maha Penyayang. Maka sayangilah yang di bumi, nescaya yang berada di langit menyayangi kalian". (HR. Tirmidzi juz 3, hal. 216, no. 1989)


Setakat ini perkongsian hari Jumaat. Sebarkan kasih sayang dan tautkan ukhuwwah kerana Allah SWT.

------------------------------------------------------------------------------

Anda Usahawan atau pemilik Homestay / Resort?
Ingin mengiklankan perniagaan anda?
Kami di Akademi Bekerja dari Rumah (ABDR) sedia membantu.

Bagi yang telah mendaftar, iklan anda akan kami senaraikan di laman blog khas untuk Promosi Cuti- cuti Malaysia dan Senarai Homestay bagi memudahkan perancangan percutian dan  tempat penginapan. Boleh lawati http://senaraihomestaymalaysia.blogspot.com


Kami di ABDR sedia membantu dan menawarkan tapak iklan kekal kepada usahawan atau pemilik Homestay atau Resort yang berminat. Untuk keterangan lanjut boleh wassap / sms di talian 012-6343413 (Azzah). Saya akan menghubungi semula untuk butiran lanjut.