USAHAWAN AKHIRAT...SEGMEN TAJAAN "CRISPY CRISPS"

Teks : Noor Azzah Mohd Yusof
Sumber Foto : Koleksi Sis Khairunnisa Yusof

Assalamualaikum wrt. Wbt.

Sudah sedia maklum 16 Ramadan merupakan cuti umum sempena Nuzul Quran. Menjadi kelaziman seluruh umat Islam menyambut Nuzul Quran dengan majlis Tadarrus dan Khatam al-Quran di serata tempat. Itu antara keistimewaan yang ada di bulan Ramadan selain dapat merasai nikmat ketika berbuka puasa dan menunaikan solat Tarawikh. Oleh yang demikian, bagi yang belum khatam masih berpeluang untuk menyempurnakan bacaan 30 Juzuk al-Quran. Insya Allah moga Allah permudahkan. Dan tinggal beberapa hari lagi kita akan memasuki fasa 10 malam terakhir Ramadan. Mari kita membuat persiapan untuk rebut keistimewaan dan ganjaran 10 malam terakhir.

Di bulan Ramadan juga ramai umat Islam yang mengambil peluang untuk berniaga.
Perniagaan juga merupakan sumber pendapatan dan rezeki keluarga.
Tidak salah berniaga, yang penting jujur dalam perniagaan, memberi perkhidmatan yang terbaik  dan tidak mengaut keuntungan dengan cara yang batil (salah). Juga digalakkan bersedekah sambil berniaga. Insya Allah hasil rezekinya lebih jauh berlipat kali ganda. Proses jual beli secara tunai dan elakkan berhutang melainkan dalam jumlah yang terlalu besar dan melibatkan perjanjian menepati syariat itu dibenarkan. 

Amalan berniaga ini digalakkan dalam Islam, Rasulullah S.A.W  juga berniaga dan sahabat Baginda yang paling akrab iaitu Saidina Abdul Rahman Bin Auf merupakan seorang Usahawan Jutawan Dermawan. Rasulullah S.A.W pernah bersabda, "Abdul Rahman Bin Auf adalah saudagar Tuhan " sebagai pujian Baginda di atas pengorbanan dan sumbangan besar beliau  dalam menegakkan syiar Islam dengan harta kekayaan. Beliau juga termasuk 10 orang yang digembirakan oleh Rasulullah memasuki Syurga. 

Kebanyakan Sirah nabi menyebut tentang kehebatan dan pengorbanan Abdul Rahman Bin Auf yang dermawan. Harta kekayaan tidak pernah menggugat keimanannya bahkan menjadi beliau seorang yang taat dan berjuang demi Islam.

Alhamdulillah, di sini saya ingin juga berkongsi dengan rakan blog, saudari kita Khairunnisa Yusof merupakan salah seorang belia yang gigih menjalankan perniagaannya. Baru tamat belajar, di usia awal 20-an beliau mengambil peluang untuk berniaga sebelum menyambung semula pengajian ke peringkat lebih tinggi. Moga lebih ramai belia kita yang menuruti jejak langkah beliau.

CRISPY CRISPS BY SIS NISA YUSOF
Ribuan terima kasih kepada Adik Khairunnisa yang merupakan pelanggan setia “Serbuk Cheese Sedapsangat”. Produk beliau “CRISPY CRISPS ” mendapat sambutan yang menggalakkan sempena  bulan puasa ini dan aidilfitri yang akan datang. Bagi warga IPOH dan yang berdekatan boleh mendapatkan produk homemade beliau sendiri. Tempahan juga diterima bagi permintaan selepas hari raya untuk pelbagai majlis dan sambutan. Bagi yang berminat boleh menghubungi wechat : 012-5358545 (Nisa Yusof)

Comments