RAKAN FOLLOWERS

Tuesday, 8 April 2014

MASA ITU AMANAH & PELABURAN…


Teks : Noor Azzah Mohd Yusof

Beberapa hari kebelakangan ini, terasa amat penat. Seharian bekerja, pulang ke rumah mengurus rumahtangga. Bayi dalam kandungan kini berusia 6 bulan. Perubahan fizikal yang ketara, juga pergerakan terbatas. Walau pun begitu kerja rumah tetap dilakukan. Suami banyak membantu meringankan tugasan di rumah biarpun ada ketikanya dia tiada di rumah disebabkan urusan dan tanggungjawab lain. Terima kasih dan penghargaan buat suami yang sentiasa memahami dan melakukan yang terbaik buat diri ini dan keluarga.

Apa pun pengurusan masa amat penting dalam rumahtangga. Apatah lagi bagi seorang suri rumah yang bekerja samada makan gaji atau pun bekerja sendiri. Masa itu adalah amanah buat kita. Iaitu cara kita mengurus masa dan menyelesaikan tugasan dan tanggungjawab pada tempoh  atau masa yang sepatutnya. Jika kita gagal melaksanakannya dengan baik, ini bermakna kita telah berhutang. Masa berlalu pantas meninggalkan kita. Setiap kali tugasan atau tanggungjawab yang ditinggalkan dan tertunggak, hutang juga bertambah. HUTANG sama erti KERUGIAN.  Berapa ramai antara kita BERHUTANG DENGAN MASA??? Alangkah baiknya HUTANG itu digantikan dengan PELABURAN!!! Kita tidak dapat mengembalikan putaran waktu melainkan hanya dengan rasa penyesalan. Urus masa dengan sebaiknya. Ianya adalah amanah yang amat mahal buat kita. Apa yang kita lakukan hari ini adalah pelaburan di masa hadapan. Masih belum terlambat untuk memulakan. Yang penting niat, usaha dan tekad tawakkal kepada Allah. PELABURAN BIJAK, MENGURUS MASA DEPAN yang CEMERLANG…
 ---------------------------------------------------------------------------------------------------
Bonus untuk wanita hebat di luar sana  : Dapatkan Ebook Super WAHM, Super Mom sebagai panduan. Pelbagai topik dibincangkan ; antaranya :

Bab 5: Tips sukses urus masa
5.1 Pengurusan masa untuk wanita
5.2  Ibu super sibuk, tips terapi diri
5.3 Urus masa keluarga
5.3 Sibuk yang fleksibel

Bab 6 : Tips urus tenaga super mama
6.1 Tenangkan diri, jangan stress, stres!
6.2 Fokus kepada matlamat
6.3 Rawat dan rehat

Bab 7:  Tips urus rumah tangga
7.1 Mengawal semangat yang teruk
7.2 Perlukah pembantu rumah?
7.2 Cari kelainan untuk segarkan urusan rumahtangga
7.3 Kelaziman surirumah yang menyeronokkan

Banyak lagi topik menarik yang dibincangkan. Miliki sekarang!



Ebook Super WAHM, Super Mom, 
HANYA RM25 

Berminat boleh hubungi :

Emel : noorazzahyusof@gmail.com
sms / wstapp : 012-6343413 (Azzah)

Wednesday, 2 April 2014

BISNES DAN IBADAH

Teks dan gambar : Noor Azzah Mohd Yusof

Assalamualaikum...
Sobahul Khair? Kaifa halukum...( Selamat pagi, apa khabar semua?)

Alhamdulillah diberi kesempatan ini untuk menulis entri setelah beberapa hari terbiar sepi....
Apapun saya tetap berada di sini  berusaha melengkapkan sebuah blog yang dapat dikongsikan bersama untuk mereka di luar sana. Dalam tempoh itu saya berjaya menyiapkan dan mengemaskini label bisnes yang sudah sedia ada sebelum ini supaya ianya memudahkan bisnes yang dijalankan.

Hari ini saya ingin berkongsi sesuatu dengan semua. Hasrat dan tujuan menyertai ABDR saya luahkan kepada suami tercinta. Beliau memberi galakan dan kelihatan teruja mendengar penjelasan saya. Alhamdulillah suami tidak menghalang niat murni ini. Keizinan dan sokongan suami amat perlu bagi isteri sebelum melakukan sesuatu perkara. Bimbang sekiranya suami tidak redha apa yang isteri lakukan, ianya akan menjurus ke arah keburukan dan membawa kepada dosa. Perniagaan adalah sesuatu diharuskan, memberi manfaat dan juga dianggap sebagai IBADAH  yang dijanjikan ganjaran, selagi mana hal ini tidak bercanggah dengan SYARIAT.

Apa yang dimaksudkan tidak bercanggah dengan syariat?  

  • Niat. Perniagaan yang dilakukan dengan tujuan yang baik, mendapat keuntungan dalam masa yang sama membantu orang lain, berkongsi manfaat dan bersedekah. Tidak berlaku penipuan, penganiayaan dan penindasan di pihak lain.


  • Perniagaan yang dilakukan adalah untuk mencari keredhaan Allah SWT. Bagi yang bersuami, apa jua yang dilakukan perlu mendapatkan keizinannya kerana ianya merupakan kunci kepada redha Allah. Isteri yang solehah sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik dan mengembirakan hati suami selagi mana ianya tidak menyalahi syariat.


  • Tidak meninggalkan yang wajib iaitu amalan fardhu. Dalam urusan kita mencari rezeki, tanggungjawab sebagai hamba Allah, isteri, anak, ahli masyarakat wajib ditunaikan. Mendirikan solat fardhu, mengurus rumahtangga dengan baik, mentaati suami, menghormati ayah ibu, menjaga hubungan dengan keluarga serta orang lain.

Insya-Allah jika kita ikhlas dan bersyukur atas apa yang diperolehi, Allah akan melipat gandakan atas apa yang kita beri dan lakukan. Moga kita semua menjadi orang yang sentiasa bersyukur. Bagaimana untuk menjadi Jutawan Islam, kita akan bincangkan di entri akan datang.