RAKAN FOLLOWERS

Wednesday, 30 December 2015

ASB TERKESAN INFLASI

Oleh : Noor Azzah Mohd Yusof
Foto : Sumber Facebook 

Assalamualaikum...

Apa khabar rakan-rakan semua?
Moga mood baik2 dan tenang belaka.
Baru semalam cerita pasal Wang Kertas VS EMAS.. 
Tak lama kemudian jadi viral berkenaan ASB.
Semua sudah sedia maklum.
Kadar dividen terendah dari tahun- tahun sebelum ni.
KESAN INFLASI JELAS TERBUKTI…
==========

Harga  emas bulan Jun 2015 , masa tu 1 gram  = RM 151.50
11% kenaikan walhal baru enam (6) bulan, 
Jika beli dari awal tahun lagi banyak peratus kenaikan...
ASNB baru  7.5% ( 7.50) untuk 1 tahun
Mmg tak berbaloi...
Jom azam 2016 tukarkan simpanan ASB tu kepada simpanan emas fizikal..


SAHAM ASB

==========
Orang ramai beranggapan  ASB .. SAHAM ...dan seangkatan DUIT lagi untung dari EMAS...
Sedangkan apa jua yang berkaitan dengan simpanan duit ni sudah semestinya ada kaitan dengan  inflasi dan kehilangan nilai matawang itu sendiri.
Wang @ RM nilainya semakin menurun.
Ramai tidak tahu EMAS adalah simpanan terbaik dan sangat bagus untuk ‘long term investment’ (pelaburan jangka masa panjang).

Duit adalah ekuiti, emas adalah aset. Ekuiti dicairkan maka nilainya akan berkurangan.
Tetapi... aset bila dicairkan nilainya tidak akan berkurangan.

Contohnya, ada duit dlm ASB, kita withdraw. Dividen kita tahun tu mesti akan kurang.
Tetapi kalau ada emas, kita pajak di ar-Rahnu. Nilai emas tu tetap sama...kalau 1kg maka kekal 1kg.
Tidak kurang gram emas pun walau kita dapat duit dari pajakan tu. Dapat tebus semula emas tadi kemungkinan besar nilainya sudah meningkat mengikut hrga semasa selepas dalam tempoh 6 bulan penebusan.
Sama macam tanah dan rumah, kita pajak untuk dapatkan modal berniaga. Dapat duit dari bank tetapi nilai rumah dan tanah kita tu tidak susut pun. Malah jika berlaku penambahan infrastruktur dan fasiliti di kawasan perumahan kita tu, secara automatik harga rumah kita tu akan meningkat. 
R Emas
R Hartanah 
R Rumah 
3 item di atas adalah aset simpanan kerana nilainya tidak susut.

Jom HIJRAH..Tukar simpanan kepada EMAS FIZIKAL yang kalis inflasi dan stabil nilainya..
Logam bernilai yg disebut di dalam al Quran dan perintah Allah mewajibkan zakat ke atasnya..
Sudah pasti EMAS ada keistimewaan dan keberkatan padanya..



azzahgold @ 0126343413 
www.auraemas.com/azzahgold
Stokis Powergold.biz (1036711-K)
* Saving
* Trading
* Networking

Tuesday, 29 December 2015

WANG KERTAS VS EMAS... JOM BERPOWERGOLD

Teks : Noor Azzah Mohd Yusof
Sumber gambar : Koleksi peribadi dan koleksi rakan hati powergold.biz

Assalamualaikum Wrt. Wbt.

Tinggal beberapa hari lagi kita akan memasuki tahun 2016.
2015 BAKAL KITA TINGGALKAN BERSAMA MEMORI PAHIT MANIS, SUKA DUKA…

Pastikah akan reda ombak yang melanda atau semakin besar gelombang yang akan tiba.
Yang penting bersedia dengan apa jua kemungkinan yang ada. Sediakan payung sebelum hujan.

Isu utama yang ketara berkaitan tahap ekonomi rakyat Malaysia.
Rata-rata tidak bersetuju dengan kenaikan harga kos yang mendadak.
Nilai inflasi yang tinggi berlaku tanpa disedari dari hari, minggu, bulan ke tahun.
Apa yang mampu kita lakukan???
Bersederhana…
Berbelanja mengikut keperluan bukan kehendak.
Amalkan sikap menabung dan bersedekah. Allah telah menjanjikan ganjaran buat mereka yang bersedekah. Alim Ulama' berkata " Wang itu ibarat air sungai yang mengalir. Jika ditahan air itu, ia akan melimpah keluar ( contoh analogi : kerap sakit bayar bil klinik, kereta rosak dsb). Justeru biarkanlah air mengalir, tetapi ceduklah airnya untuk manfaat orang lain supaya airnya mengalir lancar."


 
Mulakan hari ini dengan menabung emas.
Emas tidak pernah susut nilai. Sejak zaman Rasulullah SAW telah mengiktiraf emas (dinar) dan perak ( dirham) sebagai matawang.

Wang kertas adalah ciptaan pihak Yahudi. Mereka juga yang menguasai ekonomi dunia, turun naik matawang dunia.

Adalah lebih baik tabungan wang kita ditukarkan kepada tabungan emas fizikal. Emas tak pernah lapuk dek zaman. Emas tetap emas iaitu tinggi nilai dan harganya. boleh mencapai peningkatan tahunan sebanyak 20% malah lebih lagi berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh ar-Rahnu. 

Orang yang mempunyai emas sudah tentu mempunyai wang, orang yang mempunyai wang belum tentu mempunyai emas.
Emas kalis INFLASI dan CEGAH KETIRISAN / KEBOCORAN WANG.

Kelebihan emas dinar :
  ü  Matawang Syariah
  ü  Mudah dicairkan
  ü  Mudah diwariskan 
  ü  Nilai sebenar
  ü  Lambang kekayaan
  ü  Tiada inflasi
  ü  Tiada tarikh luput
  ü  Tidak berkarat
  ü  Tidak terbakar
  ü  Tiada batas penggunaan 
  ü  Diungkapkan dalam al-Quran dan al-Hadis
  ü  Dan banyak lagi kelebihan emas /dinar …..

Kita sering mendengar istilah pajak atau gadai.
Ramai orang Islam yang tidak tahu apa itu ar-rahnu. Penubuhan asal ar-Rahnu bertujuan membantu umat Islam, emas yang diterima dalam bentuk emas kerana kebanyakan wanita memakainya.

Ar- Rahnu sangat membantu ekonomi umat Islam. Tetapi tidak ramai yang celik ilmu ar-rahnu. Kebanyakan penyimpan emas (gold saver) memajak emas mereka untuk mendapatkan 70% nilai marhun dari nilai sebenar. Tempoh selama 6 bulan diberikan untuk menebus semula emas yang dipajak. Pemajak dikenakan bayaran/ upah simpanan dengan kadar rendah dan berpatutan. Dengan cara ini kita telah menngunakan emas untuk mendapatkan modal tanpa riba.

Ada juga pemajak emas menggunkan modal yang diperolehi untuk membeli emas ketika harga pasaran emas dunia turun. Modal yang ada dapat membeli lebih gram emas dan membayar upah simpanan. Pendapatan bulanan atau hasil perniagaan yang diperolehi untuk menebus semula emas yang dipajak. Secara tidak langsung tabungan emas kita makin bertambah.

Terbaru, ar- Rahnu mula menerima dinar emas dan syiling emas. Kerana pengeluaran emas jenis ini sangat terhad dan mengelakkan penipuan penganjur skim pelaburan tidak berlesen. Manakala emas jenis jongkong atau kepingan emas tidak diterima di ar-Rahnu untuk mengelakkan menjadi sasaran pihak penganjur skim tertentu bagi meyakinkan pelabur.

Yang pastinya kita sering beranggapan kita tidak mampu memiliki emas. Emas hanya untuk orang kaya. Sedangkan sebaliknya kita boros berbelanja, pantang ada potongan dan produk terbaru tentunya ingin membeli. Yang lama masih boleh guna dan dalam keadaan baik. Tanpa sedar sudah berbelanja lebih dari itu.

Kini, kita boleh mula menabung dengan 1 gram 1 bulan. Emas boleh dibeli sedikit demi sedikit berbanding aset lain seperti rumah dan tanah perlu modal yang besar. Tiada puluhan ribu jangankan bermimpi untuk memilikinya. Jika membeli rumah secara ansuran pun tentu kadar bulanannya tinggi.

Tukar wang simpanan kepada emas. Kerana emas itu sendiri adalah logam yang bernilai di dunia dan disebut di dalam al-Quran… itulah kebenaran dan nikmat yang Allah beri.

Pada emas adanya keberkatan. Kerana emas adalah harta yang diwajibkan zakat. Ia merupakan perintah Allah. Sudah tentu logam ini amat istimewa. 

Allah akan mengurniakan keberkatan dan ketenteraman jiwa, rezeki yang tidak pernah putus melalui penyucian harta (emas) dan penyucian diri ( dari sifat tercela) dengan membayar zakat.

Pada rakan-rakan yang ingin memulakan simpanan emas fizikal, saya sedia membantu dengan modal yang berpatutan serta faedah-faedah yang lain. Pastikan simpanan emas fizikal, bukannya skim pelaburan emas. Beli emas dapat emas, bukan surat atau sebagainya.

Emas pada kadar yang masih mampu dimiliki oleh semua. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih.
Menabung dari sekarang 1gram 1bulan 1keluarga. 1gram itu mampu mengubah masa depan insya Allah dari tiada apa-apa..

Saya bermula dengan simpanan emas kini membantu rakan-rakan lain untuk celik ilmu emas dan menabung emas untuk masa depan keluarga.


## STOKIS BERDAFTAR POWERGOLD.BIZ
    azzahgold @ 0126343413

Tuesday, 22 December 2015

RESEPI # BISKUT BATIK D' CEMPAKA

Teks : Noor Azzah Mohd Yusof
Sumber gambar : Koleksi peribadi

Assalamualaikum Wrt. Wbt.

Sejak kebelakangan ini mood lebih terarah kepada memasak. Penat seharian bekerja, memasak menjadi TERAPI buat diri. Pantang Nampak resepi baru dan menarik. Mesti  semua  nak dicatat. Cuma tak berkesempatan nak membuatnya.

Entri kali ini dan berikutnya saya akan kongsi resepi yang best ( pada pandangan saya dan diterima oleh ahli keluarga. Perlu juga ‘food tester’ untuk nak pastikan resepi ni ok atau tak kannn..)

Baiklah. Resepi kali ini “ BISKUT BATIK ”
Rata-rata semua dah biasa dengar dan makan biskut batik ni. Bahan utama nya biskut marie. Takde bahan ni bukanlah namanya biskut marie..ye tak?

BAHAN-BAHANNYA :

 300 Gm Marjerin ( bagi yang suka butter boleh ganti marjerin)

300 Gm Campuran Milo & Serbuk Koko
               - 250 Gm Milo
               - 50   Gm Serbuk Koko Vanhouten

500gm / 1 Tin  Susu Pekat Manis ( tak kisah brand apa pun yang penting halal)

500 Gm Biskut Marie
(Perisa Original atau boleh guna biskut marie perisa coklat/ kopi terpulang pada citarasa masing-masing. Saya suka perisa original J)

Sedikit  badam cincang atau kacang tanah ditumbuk kasar ( tambahan pada yang minat. Biasa saya guna kacang tanah yang telah digoreng)


CARA MEMBUATNYA :

1.  Cairkan marjerin dengan api sederhana.
2. Tuang susu pekat ke dalam butter/ marjerin yang dicairkan. Perlahankan api.
3. Kacau sebati kemudian tuang campuran milo dan coklat ke dalam adunan tadi.
4. Kacau sehingga bahan keseluruhan bahan tadi menjadi likat dan tidak berketul . Anggaran 15 minit dengan api sederhana.
5. Padamkan api, masukkan biskut marie yang telah dipatah dua ke dalam kuali. Gaul adunan coklat dan biskut sehingga rata.
6. Alas plastik dalam bekas, kemudian masukkan bahan yang telah digaul ke dalam bekas tadi. Plastik bertujuan mudah utk keluarkan biskut setelah sejuk dan keras.
7. Adunan biskut tadi dimampatkan sehingga padat dalam bekas.
8. Masukkan ke dalam peti sejuk di bahagian bawah supaya keras.
9. Keluarkan dari peti sejuk untuk dipotong. Masukkan dalam bekas kedap dan simpan dalam peti sejuk. Sedia untuk dimakan J

*** Resepi ni memang best pada saya, kawan-kawan pun dah banyak kali order. Dah bagi resepi tapi still nak order juga…hehe..


Saya share gambar biskut yang dah siap dipotong. 
Tiada gambar simpanan ketika proses membuatnya. MAAF YE..
Sebab cameraman buzy juga. Chef pula dah bersilat dengan kuali dan sudip.. hehe

Pada rakan-rakan selamat mencuba. Sekiranya ada pertanyaan boleh bertanya ye..

Friday, 18 December 2015

Percutian Keluarga di Felda Residence Sungkai

Teks : Noor Azzah Mohd Yusof
Sumber gambar : Koleksi peribadi

Assalamualaikum Wrt. Wbt.
Apa khabar rakan-rakan semua?
Moga rakan – rakan semua dalam lindungan Allah dan sihat walafiat.

Sepanjang beberapa bulan ni, tidak berkesempatan untuk update catatan dan perkongsian. Dek kerana memenuhi beberapa urusan yang ‘urgent’. 
Alhamdulillah hari ini, muncul kembali setelah menghilang…hehe

Banyak nak sharing dengan rakan-rakan.. J
Sempena cuti sekolah hujung tahun ni mesti asing-masing nak bawa anak-anak dan ahli keluarga bercuti. “Jalan- jalan Tukar Angin” hehe… ;)

Saya nak kongsi satu tempat best (pada pandangan saya, abaikan yang x berapa nak best sebab lebih banyak yang ok nya ) . Mungkin rakan-rakan sudah ada yang pergi. Bagi yang belum berkesempatan bercuti boleh ke sana. FELDA RESIDENCE HOTS SPRING SUNGKAI, PERAK.

Pertama kali saya ke sana bersama suami, anak dan ahli keluarga yang lain.
Saya membuat tempahan melalui booking.com dengan harganya berpatutan dan terendah untuk hotel yang cantik dan selesa. Staf di kaunter juga peramah dan mudah berurusan. Dapat pula harga diskaun.. senyum lebar waktu tu, ada lebihan bayaran disebabkan penjimatan diskaun. Alhamdulillah.

Pakej penginapan selama 2 hari 1 malam. Kami check in hari Ahad dan checkout pada hari Isnin. Puas juga berendam air panas sebab pengunjung berkurangan pada hari bekerja. Agak penuh pada hari ahad. Kolam air panas terletak di bahagian belakang hotel agak jauh berjalan. Pihak hotel ada menyediakan kenderaan dari tempat letak kereta ke kolam air panas bagi pengunjung luar.

Beberapa gambar untuk tatapan rakan- rakan yang ingin mengunjungi Kolam Air Panas Sungkai. Selamat bercuti.. J


Pemandangan Hijau sekitar Felda Residence Sungkai

Kolam Air Panas dan Terapi 

Merebus Telur di Kolam Air Panas






Taman Tema Air untuk riadah keluarga

Bilik Penginapan Felda Residence