RAKAN FOLLOWERS

Monday, 26 May 2014

"BERGERAK" ATAU "DIGERAKKAN"

Teks : Noor Azzah Mohd Yusof

“ Bagi sesiapa yang mahu di antara kamu, hendak maju ke depan atau mundur ke belakang. Tiap-tiap diri manusia terikat disebabkan oleh usahanya.” (Al-Muddastsir : 37-38)

Komitmen itu sendiri saling berkait dengan konsep itqan (bersungguh-sungguh). Tanggungjawab merupakan amanah bagi setiap individu. Baik buruk hasilnya bergantung kepada komitmen individu itu sendiri. Kelak kita semua dipertanggungjawabkan atas tindakan dan perbuatan yang dilakukan. Seorang yang itqan itu bijak menggunakan dan mengurus masa dalam melakukan kerja serta mengikut tertib dan peraturan. Selain itu juga sentiasa berikhtiar dan berusaha meningkatkan mutu kerja untuk menghasilkan produktiviti yang cemerlang juga wasatiah (seimbang) dalam urusan dunia dan akhirat.

“ Bahawa Allah mencintai seseorang yang apabila dia mengerjakan sesuatu kerja, ia dilaksanakan dengan cemerlang (HR al-Baihaqi)

Mukmin yang berjaya adalah mereka yang beriltizam, penuh komitmen dan melaksanakan suruhanNya. Sesungguhnya Allah mengasihi hambaNya yang bersungguh-sungguh dalam melakukan pekerjaan. Sebagaimana Islam juga membenarkan muslimah untuk keluar berkerja selagi mana tidak mengabaikan tanggungjawab dan tidak melanggar ketetapan syariat. Ini selaras dengan konsep kerja adalah satu ibadah. Antara ciri-ciri mukmin yang berjaya juga adalah mereka yang berpegang teguh dalam mentauhidkan Allah SWT dan mencintai Rasulullah SAW.

Firman Allah SWT dalam surah al-Isra’ ayat 1 yang bermaksud : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.”

Bukan sekadar mengingati tetapi apa yang lebih penting adalah penghayatan di sebalik peristiwa Israk dan Mikraj . Ianya membuktikan kekuasaan dan kebesaran  Allah seterusnya mengingatkan kita agar sentiasa menginsafi diri dan mengelakkan diri dari melakukan kejahatan dan maksiat. Syukur dan sabar adalah kunci kejayaan dan kebahagiaan hidup. Kegagalan umat Islam pada hari ini berpunca dari sikap mereka sendiri yang tidak mengikuti syariatullah dan meninggalkan ajaran Islam. 

Sesungguhnya seluruh ciptaanNya menepati Sunnatullah dan Allah ingin mendidik kita agar menjadi khalifah yang berjaya mentadbir dan memakmurkan bumi serta mencontohi perjuangan serta peribadi Rasulullah dan para sahabat baginda dalam seluruh aspek kehidupan. Semoga kita tidak putus asa dalam meniti laluan hidup dan sentiasa bersangka baik kepadaNya. Sesungguhnya Allah sentiasa ada bersama kita.


Insan berkualiti, iman terpatri, mantap jati diri, Insya-Allah dirahmati…

--------------------------------------------------------------------------------------------
Dapatkan eBook Bekerja & Berniaga: Panduan Untuk Suri kini dibuka untuk tempahan/pre-order pada harga RM50 sahaja sehingga 20hb.Jun, 2014. Anda akan mendapat bonus ebook nukilan Pengasas Akademi Bekerja Di Rumah, Puan Masayu Ahmad bertajuk 101 Home Based-Bisnes.




Selepas tempoh pre-order, harga akan kembali ke asal iaitu RM40.00 sahaja bagi sebuah ebook ini.

Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR)  menawarkan perkhidmatan seperti yang berikut :
1. Kelas asas blog dan penulisan.
2. Kelas asas blog, fan page dan mula bisnes.
3. Kelas asas blog dan penulisan kreatif.
4. Kelas beriklan mudah.my.
5. Kelas borong telekung solat.
6. Projek Duit Raya
6. Kelas penulisan ebook pertama.
7. Pendaftaran Pengurus Online @ Rakan Niaga.
8. Tempahan blog bisnes-siap 3 hari.
9. Sewa ruang iklan.
11. Kelas asas akaun wahm/ soho online/offline.
12. Bengkel Branding Yourself & Business Strategies offline.

Untuk mendaftar hubungi Pengurus Online ABDR Noor Azzah Mohd Yusof.
Blog >>> www.noorazzahyusof.blogspot.com
Akademi Bekerja Di Rumah Noor Azzah Mohd Yusof
Emel : noorazzahyusof@gmail.com
Sms/Whatsapp 012-6343413

Wednesday, 7 May 2014

TEMPAYAN RETAK






KISAH TEMPAYAN RETAK
Teks : Noor Azzah Mohd Yusof
Gambar : Google
Sudah lama tidak bersiaran. Kali ini saya ingin berkongsi sesuatu dengan para pembaca. Moga kita sama-sama sentiasa dalam rahmat dan petunjukNya, Insya Allah...
Pernahkah anda membaca cerita ini :

Seorang tukang air memiliki dua tempayan besar, masing-masing bergantung pada kedua hujung suatu pikulan, yang dibawa menyilang pada bahunya. Satu daripada tempayan itu retak sedangkan tempayan yang satu lagi tidak. Jika tempayan yang utuh itu selalu dapat membawa air penuh setelah perjalanan panjang dari mata air ke rumah majikannya, tempayan retak itu hanya dapat membawa air setengah penuh.
Selama dua tahun hal itu terjadi setiap hari. Si tukang air hanya dapat membawa satu setengah tempayan air ke rumah majikannya. Tentu saja si tempayan yang utuh berasa bangga akan prestasinya kerana dapat menunaikan tugasnya dengan sempurna. Namun, si tempayan retak yang malang itu malu sekali akan ketidaksempurnaannya dan sedih sebab ia hanya dapat memberi setengah dari bahagian yang seharusnya.
Setelah dua tahun tertekan oleh kegagalan pahit ini, tempayan retak itu berkata pada si tukang air, “Saya sungguh malu pada diri saya sendiri, dan saya ingin mohon maaf kepadamu”. “Kenapa kamu berasa malu?” tanya si tukang air. “Saya hanya mampu selama dua tahun ini membawa setengah bahagian air dari yang sepatutnya saya bawa kerana adanya retakan pada sisi saya yang membuatkan air yang saya bawa bocor sepanjang jalan menuju ke rumah majikan kita. Kerana cacatku itu, saya telah membuatmu rugi,” kata tempayan itu.

Si tukang air berasa kasihan pada si tempayan retak, dan dalam belas kasihannya ia berkata, “Jika kita kembali ke rumah majikan esok, aku ingin kamu memperhatikan bunga-bunga indah di sepanjang sisi jalan”. Benar, ketika mereka naik ke bukit, si tempayan retak memperhatikan dan baru menyedari bahawa ada bunga-bunga indah di sepanjang sisi jalan, dan itu membuatnya sedikit terhibur. Namun pada akhir perjalanan, ia kembali sedih kerana separuh air yang dibawanya telah bocor. Dan kembali dia minta maaf pada si tukang air atas kegagalannya.
Si tukang air berkata kepada tempayan itu, “Apakah kamu memperhatikan adanya bunga-bunga di sepanjang jalan di sisimu tetapi tidak ada bunga di sepanjang jalan di sisi tempayan yang utuh? Itu kerana aku selalu menyedari cacatmu dan aku memanfaatkannya. Aku telah menanam benih-benih bunga di sepanjang jalan di sisimu. Dan setiap hari jika kita berjalan pulang dari mata air, kamu mengairi benih-benih itu. Selama dua tahun ini aku telah dapat memetik bunga-bunga indah itu untuk menghias meja majikan kita. Tanpa kamu sebagaimana kamu ada, majikan kita tak akan dapat menghias rumahnya seindah sekarang”. (Dipetik daripada Mingguan Malaysia “Kesihatan”, 1 Julai 2007, m/s 9)

Hikmah Kehidupan dan Hala Tuju
Setiap sesuatu yang Allah jadikan di alam ini ada tujuannya tersendiri..Di samping memberi manfaat kepada manusia, ia juga merupakan tamsilan yang paling hampir dalam kehidupan kita..Hanya yang betul-betul menghayati dan bijak mentafsir akan memperolehi sesuatu yang cukup bermakna. Setiap apa yang berlaku dalam kehidupan kita,susah mahupun senang,bahagia ataupun pun sengsara,semua itu bersebab dan tidak sia-sia. Ada kebaikan dan ganjaran yang dijanjikan oleh Allah bagi mereka yang sabar dan beriman kepadaNya.
Maksud firman Allah SWT dalam al-Quran :

                “ Dan Kami tidak menciptakan langit dan bumi , dan apa yang ada antara
keduanya tanpa hikmah”                                           ( Surah Shaad : 27)

Kisah yang kita baca ini adalah sebahagian daripada maksud sebenar sebuah kehidupan manusia. Allah menjadikan manusia dengan sebaik-baik kejadian iaitu dengan nikmat akal agar mereka boleh pelajari di sebalik kisah dan kejadian  yang berlaku dalam kehidupan.  Begitu juga dapat pengajaran dari al- Quran dan Hadis. Setiap manusia adalah sebagai khalifah untuk mentadbir dan memakmurkan bumi selaras dengan hukum-hukum yang telah ditetapkan oleh Islam. Manusia dijadikan saling memerlukan dan saling melengkapi iaitu masing-masing  mempunyai kekuatan atau kelebihan dan mereka juga mempunyai kekurangan. Begitu juga seperti kisah Si Tukang Air yang mempunyai tempayan yang utuh dan retak. Kita andaikan Tempayan Retak adalah kelemahan diri ,manakala Tempayan Utuh sebagai kekuatan dan kelebihan diri. Walaupun Si Tukang Air tahu tentang Tempayan Retak,dia tidak pernah berputus asa. Sebaliknya dia tetap menggunakan Tempayan Retak tetapi pada masa yang sama dapat memberi pelbagai manfaat dan menggembirakan orang lain.

Apa yang dapat kita dapat pelajari bagaimana untuk mengatasi kelemahan diri..Ancaman yang sebenar adalah datang dari diri sendiri. Ini adalah kerana tanpa Iman dan Ehsan diri mudah dikuasai oleh nafsu. Sekiranya kita dapat melawan nafsu, maka tenang dan tenteram lah jiwa kita. Ujian atau ancaman datang dengan pelbagai rupa. Apa yang penting adalah kesediaan diri dalam menerima apa jua yang berlaku dalam kehidupan. Jika kita bersedia ,segalanya berjalan dengan baik. Jika salah membuat keputusan ,maka kita akan tersasar.
Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud :

“Andaikata kebenaran itu menurut hawa nafsu mereka,pasti binasalah langit dan
bumi ini, dan semua yang ada di dalamnya. Sebenarnya Kami telah mendatangkan
kepada mereka kebanggaan(al-Quran)mereka , tetapi mereka  berpaling dari
kebanggaan itu.” (Surah al-Mukminun : 71)

Kita dapat mengenali diri seandainya kita mengenali al-Khaliq  (Maha Pencipta). Dan kita akan mensyukuri nikmat yang ada dan lebih dekat dengan Allah. Ibadah yang kita lakukan adalah sebagai

tanda syukur kepada-Nya.Walaubagaimana pun kita seringkali alpa dan leka. Apa yang kita perolehi masih lagi tidak mencukupi. Ini disebabkan kita sentiasa tewas dengan hasutan nafsu sehingga  mempersiakan peluang dan amanah yang telah dipertanggungjawabkan. Sesungguhnya setiap amanah yang diberikan ada keberkatan di sebaliknya.
Di sebalik kisah Si Tukang Air tersirat konsep SABAR yang perlu kita teladani.
Maksud firman Allah SWT :

“Dan Allah menyintai orang-orang yang sabar”(Surah Ali Imran : 146)
“Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar(Surah al-Baqarah : 153)

Di dalam sepotong hadith yang panjang riwayat Muslim, Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam pernah bersabda:
والصبر ضياء
“Dan sabar itu sinar seperti mentari”

Menurut Ustaz Hasrizal Abd. Jamil, Ulama telah merumuskan sabar itu diibaratkan seperti matahari kerana dua perkara.
Pertamanya, matahari itu sumber kehidupan. Sama seperti sabar yang menjadi sumber kepada kebaikan. Sabar dalam ibadat, sabar dalam taat, sabar menahan diri daripada maksiat, sabar dalam musibah dan sabar dalam nikmat, semua itu menjadi sumber untuk melimpahkan pelbagai kebaikan yang lain. Sebab kedua, untuk sabar dan menghasilkan kebaikan seperti khasiat matahari, diri kita terbakar panas.


Kesimpulannya dapat kita lihat bahawa, di sebalik sesuatu dugaan dan ujian yang kita lalui sebenarnya mematangkan diri kita. Ujian tersebut adalah latihan dan pengalaman yang menjadikan kita seorang yang hebat. Belajar bertolak ansur dengan keadaan akhirnya menjadi seorang yang lebih cekal, tabah, tenang dan berjaya. Keteguhan jati diri dalam menempuhi dunia yang realitinya penuh rintangan dengan perpandukan al-Quran dan Hadis akan menjadikan  seseorang itu lebih sabar dan bersyukur . Apa yang berlaku dalam realiti kehidupan, kita tidak akan sentiasa memperolehi apa yang kita inginkan. Oleh sebab itu, kita perlu belajar untuk menerima apa yang kita perolehi dan bagaimana cara kita menangani keadaan atau sesuatu perkara itu bergantung kepada sejauh mana persediaan, kebijaksanaan dan perspektif kita tentang kehidupan.. Marilah kita sama-sama menerapkan nilai-nilai Islam ,berfikiran positif, menerobos dalam hati dan koreksi diri serta membina jati diri. Sesungguhnya tiada kemanisan tanpa kepahitan, dugaan dan ujian adalah asam garam warna-warni kehidupan.