RAKAN FOLLOWERS

Tuesday, 30 June 2015

Ramadan yang Dirindui

Teks : Noor Azzah Mohd Yusof
Sumber Foto : Koleksi Peribadi

Alhamdulillah, awal bulan Jun yang lalu saya berkesempatan untuk mengikuti Kelas Fiqh Muslimat sempena bulan Ramadan. Mohon maaf kerana lewat berkongsi info setelah menjalani ibadah puasa masuk hari ini adalah hari ke-13. Seramai 33 orang staf turut sama memeriahkan majlis taman-taman Syurga ini. Topiknya cukup menarik iaitu “Ramadan yang Dirindui” disampaikan oleh Ustazah Shadiya Abbas. Seusai slot kuliah, Ustazah sudi berkongsi resepi Syawarma dan Sup Cendawan Berkrim. Dapat juga merasa hasil air tangan Ustazah hehe... Resepinya saya akan kongsikan pada entri akan datang ye.. :)

Slot Kuliah di bawah pohon tamar di perkarangan masjid



Chef Ustazah Shadiya sedang menunjukkan cara-cara memasak.
Sedikit perkongsian untuk tatapan pembaca semua,
Istimewanya bulan Ramadan ini kerana padanya Lailatul Qadr dan Nuzul Quran.
Hanya setahun sekali kita berpeluang menjalani ibadah puasa dan solat Tarawih. Itupun sekiranya Allah panjangkan usia kita hingga bertemu Ramadan yang berikutnya.

Antara tips menjalani ibadah puasa sepanjang Ramadan :
1) Persediaan Ilmu
- Melengkap diri dengan ilmu, untuk menjadi luarbiasa sepanjang menjalani ibadah Ramadan.
- Rancang apa yang kita mahu capai Ramadan kali ini. (Masih belum terlambat, untuk rebut ganjaran di bulan ini)
- Persediaan ini seolah-olah kita akan menghadapi peperiksaan besar yang memerlukan persiapan awal.
- Sediakan satu pakaian khas untuk bulan Ramadan. ( Jubah untuk menunaikan solat )

2) Jaga Kesihatan untuk Ibadah Puasa
-  Menjaga pemakanan yang sihat agar mendapat kekuatan menjalani Puasa.
-  Elakkan pengambilan makanan yang berlebihan ketika berbuka.  Pengambilan yang berlebihan mengakibatkan mengantuk dan malas untuk beribadah.
-  Amalkan sunnah dengan tamar yang mempunyai khasiat dan vitamin yang lengkap untuk tubuh badan.

3) Keimanan  Menghadapi Puasa
-  Para sahabat terdahulu meletakkan sasaran untuk mendapatkan Ramadan sejak dari bulan Rejab dan Syaaban.
-  Ibadah Puasa itu ibarat POHON – dari AKAR – ke DAHAN – dan akhirnya menghasil BUAH.
Buah yang sedap dan manis perlu dibaja, disiram dan dibaja sejak awal lagi.
Begitu juga Ramadan,  untuk merasai kemanisan beribadah sejak dari Rejab lagi sudah mula melazimi puasa sunat, bersedekah dan beribadah.

“ PARA ULAMA’ MENGATAKAN RAMADAN MUSIM MEMETIK BUAH ”

Semoga Ramadan kali ini dijalani dengan sempurna. Allah menjanjikan  Syurga ar-Rayyan bagi mereka yang  berjaya  menjaga  7 anggota ketika  puasa kerana Allah S.W.T.


Thursday, 25 June 2015

TIPS DAPUR SURI BESTARI

Oleh : Noor Azzah Mohd Yusof
Sumber Foto : Google

Assalamualaikum Wrt. Wbt.

Salam Ramadan Semua..
Hari in masuk hari kelapan berpuasa. Moga Allah menerima amal ibadah yang kita laksanakan.

Biasanya bila tiba Ramadan, Kaum Ibu adalah yang paling sibuk menguruskan kelengkapan dan keperluan ahli keluarga, iaitu suami dan anak-anak.

Melayan ragam anak-anak berpuasa dan permintaan suami untuk juadah berbuka puasa.
Bagi suri yang berkerjaya, habis sahaja waktu pejabat terus bergegas pulang. Bangun seawal pagi menyediakan sahur untu keluarga. Usai membersihkan di dapur, fikir pula hendak memasak apa untuk berbuka.   


Sedikit perkongsian di dapur untuk suri berkerjaya :
1.  Sediakan bahan-bahan menu masakan untuk keesokan hari.
2. Bersihkan bahan-bahan kemudian potong atau kisar.
3. Masukkan dalam bahan-bahan dalam bekas yang bersih dan tertutup.
4. Asingkan bekas dan atur mengikut keperluan. Masukkan dalam peti sejuk.



Di sini saya berikan juga tips ketika memasak dan sedikit perkongsian dari Ustazah Hajah Wan Habsah Wan Ahmad yang diperolehi dari blog beliau.
1.   Baca Bismillah sebelum memotong dan memasak.
2.  Niat memasak ikhlas untuk suami dan ahli keluarga kerana Allah.
3.  Membaca zikir Ya Latif 7 kali
4.  Kemudian diikuti doa :
        “ ALLAHU LATIFUN BI ‘IBADIHI YARZUQU MAN YASAA’ WA HUAL QAWIYYUL AZIZ”
           ( Surah As-Syura : Ayat 19)
         – supaya lembut hati orang yang memakan masakan tersebut.
5.  Gunakan bahan yang halal, baik dan bersih. (Halalan Tayyiba)
6.  Bahan yang sedia ada di dapur. Sekira ingin mencuba menu lain, bahan-bahan tersebut mudah dan mampu dibeli.
7.  Gunakan bahan semulajadi dalam masakan berbanding pewarna dan perisa tiruan.
8.  Mengacau makanan mengikut putaran arah lawan jam seperti tawaf. Ia adalah sunnah. Masakan tersebut memberi aura dan tenaga bagi orang yang memakan.
9.  Berselawat sambil mengacau masakan dalam periuk.
10.Elakkan bersungut dan berkata sesuatu yang tidak baik ketika memasak dan menyediakan makanan.
11. Hidang makanan menggunakan pinggan/mangkuk yang bersih, kemas dan menarik walaupun  hanya menu ringkas.
12. Pastikan dapur dalam keadaan bersih dan teratur sebelum dan selepas memasak. Memudahkan kerja-kerja di dapur.
13. Memakai pakaian yang selesa dan sesuai ketika di dapur. Elakkan memakai pakaian yang terdedah.



                           
Adab Makan dan Minum :
1.  Membasuh tangan terlebih dahulu.
2.  Membaca Basmalah ( Bismillahirrahmanirrahim) dan doa.
3. Mengambil makanan dengan tangan kanan dan yang paling hampir.
4. Menyuap makanan dengan 3 jari.
5. Tidak memasukkan makanan sebelum  menelan makanan yang ada di mulut.
6. Tidak mencela makanan. ( Tidak makan jika tidak suka tanpa perlu berkata apa-apa yang tidak baik)
7. Elakkan meniup makanan yang panas.
8. Minum dengan tangan kanan diselangi nafas dengan 3 kali tegukan.
9. Elakkan bernafas dalam bekas/gelas minuman. Berhenti sebelum menyambung tegukan.
10. Bersabar ketika juadah dihidangkan kepada yang lebih tua.
11. Mengucapkan Hamdalah (Alhamdulillah) selesai makan dan minum.
   ( Sumber : Ihya Ulumuddin, Imam Ghazali)

Semoga tips dan panduan ini membantu para suri menjalankan tanggungjawab dengan baik dan lancar. Seterusnya dikira sebagai ibadah dan dikurniakan ganjaran (pahala) bagi suri dan merapatkan ikatan dan kasih sayang dalam keluarga. Insya Allah… :)








  

Thursday, 11 June 2015

KESIHATAN DAN MAKANAN SUNNAH

Teks : Noor Azzah Mohd Yusof
Sumber gambar : Koleksi peribadi

Assalamualaikum Wrt. Wbt.

Semoga semua rakan-rakan budiman dalam keadaan sihat walafiat. Moga Allah beri kesembuhan dan jangan pernah putus asa. Ikhtiar dan berdoa. Kasih sayang Allah amat luas. Sentiasa bersyukur atas nikmat kesihatan dan sabar apabila diuji dengan kesakitan.
Setiap kita diberi tangungjawab menjaga tubuh badan agar sentiasa sihat dan dapat melaksanakan ibadah kepadaNya. Sebagaimana hadis yang bermaksud “Sesungguhnya kamu mempunyai tanggungjawab untuk menunaikan hak terhadap tubuh badan kamu.”(Hadis Riwayat Bukhari)

Pemakanan yang baik dan sihat membantu mengekalkan kesihatan dan kecergasan tubuh badan. Penjagaan tubuh badan adalah tanda syukur kita kepada Allah. Allah akan menarik nikmat kesihatan tubuh badan sekiranya kita tidak menjaganya dengan baik.

Salah satu makanan sunnah yang banyak khasiatnya adalah delima. Dalam al-Quran surah al-An’aam ada menyebut tentang ar-Rumman ( الرمان ) iaitu delima. Buah delima mempunyai banyak khasiat yang mana mempunyai kadar antioksidan paling tinggi, meningkatkan kepekaan saraf dan otot agar dapat berfungsi dengan baik dan menguatkan jantung.

Pemakanan delima membantu mengurangkan kandungan gula dalam darah dan ia kaya zat besi di mana membantu proses pembinaan sel darah merah. Selain itu delima mengandungi mineral-mineral penting seperti potassium, fosfor, kalsium, sodium, vitamin A, B1, B2, B3 dan C.

Islam amat menitikberatkan amalan kehidupan yang sihat iaitu penjagaan tubuh badan dan pemakanan yang baik (Halalan Tayyiba). Semua ini adalah sebagai ibadah tanda kita mensyukuri nikmat Allah. Sebagaimana maksud Firman Allah SWT : Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadaNya. (Al-Baqarah: 172)

**************************************************************

Kepada yang berminat untuk mengamalkan delima secara konsisten,
NATURE CARE – POMEGRANATE FULL SPECTRUM (Nature care Delima Spectrum Penuh) merangkumi ekstrak keseluruhan buah, biji dan kulit delima. Kaya dengan antioksidan kerana kepekatan acid punicic nya yang tinggi.

Sebotol mengandungi 60 biji softgel untuk tempoh penggunaan sebulan.

Pengambilan 2 biji sehari selepas makan.

1  biji softgel dihasilkan dari keseluruhan buah delima, termasuk biji, pulpa dan kulit.

Setiap gel lembut Spektrum penuh delima merupakan penjana antioksidan semulajadi menyamai 10 biji buah delima dan tiada penambahan gula, air, perisa dan pewarna tiruan.

“LEBIH JIMAT, KHASIAT BERGANDA”
1 BIJI SOFTGEL = 10 BIJI DELIMA





Manfaatnya :
1.   Aliran darah yang lancar
– mengurangkan pembentukan plak

2. Melegakan sakit-sakit sendi
– menggalakkan kelenturan sendi, mengurangkan pembengkakkan dan keradangan sendi

3. Melindungi kulit daripada Sinaran Cahaya Ultra Ungu (UV) 
– mengurangkan kemerahan, bintik-bintik hitam dan pigmentasi.

4. Memelihara Kesihatan Prostat di kalangan lelaki 
– mencegah kekerapan kencing malam dan aliran air kencing yang lemah dan terganggu.

Harga  : RM 89.00 Semenanjung / Sabah Sarawak (tidak termasuk kos pos)
BOLEH SMS/WASSAP : 012-6343413 (AZZAH)



Wednesday, 10 June 2015

ROTI DAN MEROTI LAGI....

Teks : Noor Azzah Mohd Yusof
Sumber gambar : Koleksi peribadi

Assalamualaikum Wrt. Wbt.

Pantas masa berlalu. Beberapa hari lagi kita akan menemui Ramadan insya Allah.
Bagi yang masih belum menggantikan puasa yang lalu, masih berpeluang untuk melaksanakannya.

Takziah juga kepada saudara kita yang menerima musibah gegaran gempa bumi di Ranau, Sabah dan kawasan yang berhampiran. Buruk baik sesuatu yang berlaku adalah rahsia Allah. Sudah semestinya ada ibrah di sebaliknya.

Berbalik kepada catatan yang saya ingin kongsikan kali ini berkaitan dengan “ROTI”.
Saya sendiri amat meminati roti. Lama dahulu angan-angan ingin mempunyai Kedai Bakeri sendiri. Kebanyakan Kedai Bakeri dikuasi oleh bangsa Cina. Tentunya ada rasa sangsi dengan bahan-bahan yang digunakan dalam adunan. Pernah juga ternampak cara pengendalian oleh pekerja kedai bakeri yang tidak menepati konsep Halalan Tayyiba. Bukan setakat bahan dan ramuan yang digunakan halal. Cara pengendaliannya juga diambil kira, perlu bersih. Mempelajari ilmu membuat roti merupakan fardhu kifayah bagi memenuhi keperluan Umat Islam menyediakan makanan Halalan Tayyiba di samping membantu dan meningkatkan ekonomi Umat Islam.


Bergambar kenangan : peserta bersama Cikgu Haliza

Sudah lama menanti peluang untuk mengikuti kelas roti. Akhirnya Allah Ya Baari yang mengatur segalanya. 02 Jun yang lalu Allah mengizinkan saya menghadiri Kelas Roti anjuran Liza Cake & Cookies di Peket 20, Sungai Haji Dorani. Terima kasih CIKGU HALIZA JERAN yang berkongsi resepi dan memberi tunjuk ajar teknik yang betul membuat roti. Syukur Ya Allah. Seramai 5 orang pelajar termasuk pelajar lelaki tunggal yang meminati ilmu kulinari menyertai kelas ini. Sepanjang kelas, semua pelajar mengambil bahagian. Cikgu menerangkan teori dan praktikal membuat roti serta tips berguna. Moga hajat saya untuk membuka perniagaan bakeri ini termakbul suatu hari nanti.

Proses membuat roti kacang

Roti Sarang Gebu



 

Aneka Roti



Hasil Meroti...hehe



Pengalaman dan memori yang sangat menarik, manis dikenang dan moga ianya dapat membantu di masa akan datang. Perlu lagi mengikuti kelas yang berkaitan sehingga mahir. Perjuangan menimba ilmu tidak terhenti setakat ini PERLU USAHA LEBIH GIGIH DAN YAKIN, INSYA ALLAH…BAK KATA CIKGU HALIZA ,SEMUA ORANG BOLEH BUAT ROTI YANG ENAK DAN GEBU, YANG PENTING TEKNIK PERLU BETUL . memang betul. Sudah banyak kali saya membuat roti dengan pelbagai teknik dan resepi. Ada sahaja yang tidak kena. Kuncinya kena sabar menguli dan ikut teknik yang betul. Barulah roti menjadi..hehe.. ROTI MEMANG GEBU DAN SEDAPPP…