RAKAN FOLLOWERS

Friday, 31 October 2014

SAMPAIKANLAH HAJATMU

Teks : Noor Azzah Mohd Yusof
Gambar : Google 

Assalamualaikum…

Hajat saya kali ini mahu berkongsikan sesuatu yang diperolehi dari satu slot seminar yang dihadiri 2 tahun lalu. Ia berkaitan dengan SPRITUAL NLP TRAINING. Bagaimana kita mengawal minda berfikir dan pengaruhnya terhadap perilaku dan kehidupan. Seminar ini telah berjaya mengubah cara pemikiran saya yang dahulunya seorang pesimis menjadi lebih optimis. Apa jua yang berlaku saya anggap ia sebagai suatu hikmah dan hadiah istimewa Allah kepada hambaNya. Segala buruk dan baik yang datang adalah rahmat dan manfaat daripada Allah SWT Maha Pencipta Yang Mengetahui setiap sesuatu.

Tahukah kita bahawa tingkahlaku dipengaruhi oleh 55 peratus dari gerak bahasa badan, manakala 38 peratus melalui tona percakapan dan selebihnya 7 peratus adalah dari percakapan. Kita sering kali membuat kesilapan tanpa disedari ia memberi impak yang negatif dalam tindakan. Sebagai contoh penggunaan perkataan “masalah”.

Masalah ini berpunca …..”
Perkataan “ Masalah” itu merujuk kepada sesuatu yang bersifat negatif dan hal ini menyebabkan sesuatu itu bertambah rumit sedangkan ianya tidaklah seteruk yang disangka. Kita disarankan supaya menggunakan perkataan positif dalam percakapan. Ia berupaya mengawal minda kita supaya lebih positif dan menganggap hal tersebut dapat diselesaikan dengan baik. Penggunaan perkataan “masalah” itu boleh kita tukar kepada "cerita" atau "isu" atau "hal" dan sebagainya yang bersesuaian.  

Isu ini berpunca….”

Selain itu, membiasakan diri dengan penggunaan kata “boleh”.
Boleh kita bincang?”
“ ….boleh kan..”

“ tolong saya boleh? ” adalah lebih baik dari menggunakan ayat "boleh tak tolong saya?"  "kita bincang boleh tak?"

Penggunaan "boleh tak" mempunyai unsur negatif , memberi ruang pilihan bagi jawapan  "tidak" .

Penggunaan kata positif mampu mempengaruhi pemikiran seterusnya memberi tindak balas positif dari sudut tingkah laku.
Seperkara lagi yang menarik untuk saya kongsikan adalah berkaitan KONSEP DA/DA (Hidup Bertuhan). DIA di awal dan DIA diakhir. DIA itu adalah ALLAH. Apa jua yang kita ingin lakukan hendaklah kembali kepadaNya. Begitu juga di pengakhiran sesuatu perkara, perlu merujuk kepadaNya. 

Sebagai contoh :

Ya Allah, aku lapar. Dengan wang yang sedikit ini, makanan apa yang dapat aku beli untuk menjadi alas perut ku ini?” ( DA yang pertama)
---------------------------------------------------------
(DA yang kedua) “ Terima kasih Ya Allah atas pemberian nikmatMu ini kepada ku”

Sudah tentu pembaca ingin tahu apa jawapan bagi permintaan di atas.

Jawapan tersebut Allah beri melalui bahasa alam. Sesuatu yang berlaku luar dari jangkauan pemikiran kita. Situasinya berlaku secara spontan dan pantas .

Pelbagai kemungkinan boleh berlaku.

Saya andaikan jawapannya seperti :

- “makanan abang sudah dibayar, ada hamba Allah yang membayarnya sebentar tadi.”

- ketika menghampiri kedai makan ada seekor kucing yang mengekori kita, sehingga kita tidak sedar terus berjalan dan berhenti di hadapan sebuah kedai makanan yang lain.

- tiba-tiba mendapat panggilan telefon dari rakan yang ingin membelanja makan.

- makanan yang diambil dikenakan harga yang sangat murah berbanding biasa.

Semua contoh kemungkinan yang diberikan di atas adalah di luar kawalan kita. Apa juga yang berlaku adalah atas kekuasaan Allah SWT untuk menggerakkan hati sesiapa sahaja. Cuma yang penting, segala hajat kita mohon dan serah kepada DIA. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.

“ Ya Allah, aku memohon kepadaMu agar diberi jalan penyelesaian yang terbaik dalam situasi ku ini …………..”

“Terima kasih Ya Allah”

Setelah mendapat hasil atau jawapan kepada persoalan atau permohonan, perlu ucapkan terima kasih dan syukur kepada Allah. 

Konsep ini menekan kepentingan berserah atau bertawakkal kepada Allah samada di permulaan atau pengakhiran sesuatu perkara. Bukan seperti yang sering dilakukan oleh kebanyakan orang, nampaknya lebih suka dan mudah mengadu kepada manusia selain merujuk terlebih dahulu kepada Allah . 

Konsep DA/DA adalah asas cinta kepada Allah yang menjadi sumber rezeki, kebahagiaan, kesembuhan, perlindungan dan segala hajat. Menggunakan konsep ini mengungkapkan rasa cinta dan syukur kepada Allah tanpa ada hadnya.

Berfikir secara positif bertindak dengan sewajarnya. Mohonlah kepada Allah moga segala urusan kita dipermudahkanNya... Allahumma ameen..



Thursday, 30 October 2014

HASIL JEMARI - KRAFTANGAN FELT

Teks : Noor Azzah Mohd Yusof
Gambar : Koleksi Peribadi

Assalamualaikum…

Alhamdulillah... Alhamdulillah... Moga Allah mempermudahkan urusan kita pada hari ini, insya Allah.

Apa yang ingin saya kongsikan pada entri kali ini berkaitan seni kraftangan felt. Suatu ketika dahulu saya amat menggemari felt. Segala maklumat saya perolehi melalui internet walaupun ketika itu saya mengakses hanya menggunakan handphone sony Ericson lama.
Saya ingat lagi, timbulnya minat kraftangan felt ketika dalam cuti selepas menjalani pembedahan. Dalam proses penyembuhan tersebut saya tidak dapat bergerak aktif disebabkan kesan pembedahan. Perasaan bosan membuatkan saya mengambil keputusan untuk mempelajari teknik felt. Terlalu teruja untuk menghasilkan sendiri kraftangan felt. Segala peralatan dan kelengkapan saya beli secara online (atas talian). 

Minat tersebut terus bercambah dan saya telah menghasilkan beberapa tempahan daripada saudara dan juga rakan-rakan. Antaranya penanda buku "bookmark" felt, bekas pensil felt, dompet felt, klip rambut dan fridge magnet. 



Dompet Felt





Tempahan Bookmark Felt




Bekas Pensil

Klip Rambut


Fridge Magnet (Love)

Fridge Magnet (Mushroom)

Fridge Magnet ( House)

Gambar di atas adalah antara koleksi tempahan yang saya buat sebelum ini. Sewaktu saya masih bujang. Namun saya tidak dapat meneruskan minat kraftangan felt ini kerana tidak terkejar untuk menyiapkan tempahan tambahan pula keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan . Siangnya pula saya bekerja sepenuh masa. Kerja-kerja kraf biasanya saya lakukan pada waktu malam setelah selesai segala keperluan untuk keesokan hari. Adakalanya saya cuma tidur beberapa jam dek kerana menyiapkan tempahan. Walau apa pun, kraf felt ini amat menyeronokkan biar pun agak rumit dan leceh kerana semuanya menggunakan jahitan tangan semata-mata serta mengambil masa yang panjang untuk menyiapkan tempahan yang banyak. 

Dengan harapan suatu hari nanti berpeluang untuk membuat semula kraf felt ini. Buat masa ini komitmen lebih fokus kepada rumahtangga dan anak. Dan juga perlu berulang dari tempat kerja ke kampung selama 1 jam lebih perjalanan , untuk melihat anak kecil yang dijaga buat sementara ini oleh ibu saya. Masa yang ada terlalu berharga , dan perlu diurus dengan sebaiknya.

Saya ucapkan selamat belajar kepada rakan-rakan yang baru mengenali felt. Selamat berkraf... 

Wednesday, 29 October 2014

ANJURAN MEMBERI SALAM

Teks : Noor Azzah Mohd Yusof
Gambar : Google

Assalamualaikum…
Selamat sejahtera ke atas kamu...

Moga hari ini lebih ceria, sihat dan tenang menjalani rutin harian.
Apa yang saya ingin kongsikan kali ini berkaitan dengan kehidupan seharian kita. Bila dan berapa kali sehari kita mengucapkan salam? Salam merupakan lafaz yang sangat mudah diungkapkan biar pun ringkas tetapi besar pahalanya . Rasulullah menganjurkan umat Islam memberi salam seperti mana mafhum hadis yang berikut :

" Dari Abi Umarah AlBarra bin "Azib r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW memerintahkan kepada kami dengan tujuh perkara ; menjenguk orang sakit, mengikuti jenazah, mendoakan orang yang bersin, membantu yang lemah, menolong yang dizalimi orang, memberi salam, mengabulkan permintaan seseorang ( yang memohon dengan memakai sumpah).-Hadis Muttafaqun 'Alaih

Adab Memberi Salam
  • orang yang menaiki kenderaan memberi salam kepada orang yang berjalan kaki
  • orang yang berjalan kaki memberi salam kepada orang yang duduk
  • orang yang sedikit kepada yang banyak
  • orang yang lebih muda kepada yang lebih tua
        Sunnah memberi salam ketika bertemu juga ketika beredar. 


      
      Hukum Memberi dan menjawab Salam
Memberi salam adalah sunat dan menjawabnya adalah wajib ke atas umat Islam.

Firman Allah SWT :
Apabila kamu dihormati dengan suatu penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan lebih baik, atau balaslah (dengan yang serupa). Sesungguhnya Allah memperhitungkan segala sesuatu. (QS. 4:86)

Kelebihan Memberi Salam

Sabda Rasulullah SAW mafhumnya;

“Demi Tuhan yang diriku di dalam kekuasaan-Nya! Kamu tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman. Dan kamu tidak akan beriman sehingga dapat berkasih mesra. Adakah aku belum menunjukkan kepada kamu satu amalan, yang apabila kamu mengerjakan nescaya kamu akan berkasih mesara?”
Para sahabat baginda menjawab; “Belum Wahai Rasulullah SAW”. Kemudian Rasulullah SAW pun menerangkan: “Kembangkanlah memberi salam di antara kamu.” (Hadis Riwayat Muslim daripada Abu Hurairah)






Tuesday, 28 October 2014

MASHED POTATO POWDER WITH GRAVY


Teks : Noor Azzah Mohd Yusof
Gambar : Google dan Koleksi Peribadi

Assalamualaikum...

Kali ini saya ingin kongsikan produk keluaran Muslim Bumiputra Jenama Sedap Sangat.
Saya merupakan ejen kepada Produk Sedap Sangat. Antaranya iaitu MASHED POTATO POWDER & GRAVY POWDER. Sesuai untuk seisi keluarga. Rasanya hampir sama seperti kentang putar kfc. Lebih jimat bancuh sendiri boleh makan beramai-ramai berulang kali. Tidak perlu berbaris panjang di kaunter KFC.


Cara penyediaannya cukup mudah. Tuang serbuk kentang ke dalam bekas, tuang air panas sedikit demi sedikit ke dalam bekas tersebut. Kacau hingga sebati dan rata. Tambah lagi air sekiranya tidak cukup lembut.  Untuk rasa lebih enak lembut dan lemak boleh tambahkan bancuhan susu tepung, sedikit garam dan  marjerin. 

Kemudian, bancuh dan gaul rata gravy powder dengan air panas. Setelah itu sedia untuk dihidang bersama mashed potato.

Sekali dah rasa mesti nak makan lagi...



SATU PEK RM 15 SAHAJA 
( 200GM MASHED POTATO POWDER & 100GM GRAVY POWDER)
KOS PENGHANTARAN RM 6 SAHAJA

BOLEH HUBUNGI :
Azzah (012-6343413)
emel : noorazzahyusof@gmail.com
fanpage : Azz D'cempaka Shop








Monday, 27 October 2014

RESEPI MENGGUNAKAN CHEESY POWDER SEDAP SANGAT


Teks : Noor Azzah Mohd Yusof
Gambar : Koleksi Peribadi dan sumber google.

Pertama kali rasa macam ketagih dengan CHEESY POWDER SEDAP SANGAT ni. Rasa creamy sungguh sedap ditambah sedikit pedas. SAYA BERANI REKEMEN.

Cara penyediaannya mudah sahaja. Tuangkan serbuk ke dalam bekas kemudian dibancuh rata dengan air panas. Tuang air sedikit demi sedikit. Biarkan bancuhan seketika dan gaul rata sekali lagi bagi memastikan serbuk sudah larut dan sebati. Jika nak sos lebih cair boleh tambah lagi sedikit air. Masukkan bancuhan ke dalam bekas bertutup dan boleh simpan di dalam peti sejuk setelah digunakan.

Sos sedia digunakan. Boleh dimakan bersama kentang goreng, burger, hotdog dan lain-lain.
Lebih menyelerakan jika SOS CHEESY ini dimakan bersama MASHED POTATO. Sekali rasa pasti mahu tambah lagi..  Saya memang suka. Makin bertambah berat badan.



Bagi yang ingin mendapatkan CHEESY POWDER SEDAP SANGAT
 boleh sms/wassap 012-6343413 (Azzah)
Apa tunggu lagi, mari pakat ramai-ramai rasa!!!

CHEESY POWDER juga boleh dijadikan bahan untuk produk makanan. RESEPI POPIA GULUNG GORENG BERSAMA NESTUM DAN CHEESE (sumber: http://biedlicious.blogspot.com/2013/07/popia-goreng-nestum-cheese-powder.html )

Boleh cuba resepi berikut.

BAHAN A :
*10 keping kulit popia
*bancuhan 1/2 sudu kecil tepung + air (utk lekatkan kulit popia semasa menggulung)
*1 1/2 cawan minyak (untuk goreng)

Cara memasak :
1) gulung popia dan lekatkan dengan bancuhan tepung dan gunting serong – serong  atau
2) potong kulit popia kepada 4 bahagian. Setiap bahagian dipotong dua kemudian gulung dan lekatkan.

*boleh pilih salah satu cara yg disukai. Kemudian goreng dalam minyak panas. Guna api sederhana dan sering balik-balikkan semasa menggoreng. Boleh angkat popia apabila kelihatan kuning keemasan dan toskan.

BAHAN B
1 sudu besar serbuk cheese
2 sudu besar nestum
1 sudu besar gula
1 sudu kecil rempah kari daging
1 sudu kecil susu tepung  

* kisar halus semua bahan di atas. Kemudian gaulkan dengan kulit popiah yg telah siap digoreng.
Hasilnya pasti menyelerakan.


CHEESY POWDER DALAM PEK 
200GM (RM15)
100GM (RM 8) 
KOS PENGHANTARAN RM6 (SEMENANJUNG) 
 
Bagi yang ingin mendapatkan CHEESY POWDER 
boleh sms/wassap 012-6343413 (Azzah).
Apa tunggu lagi, mari pakat ramai-ramai rasa!!!
SAYA BERANI REKEMEN... SEDAP DAN BERBALOI...

Sunday, 26 October 2014

SUPPLEMENT INAYAH BEAUTY BOOSTER 3 IN 1


Teks : Noor Azzah Mohd Yusof
Gambar : Inayah HQ

Masih tercari-cari produk yang sesuai ?
Sudah cuba bermacam produk tetapi tidak serasi…
Terpaksa mengambil supplement yang pelbagai dalam satu masa…
















Saya boleh bantu anda dengan SUPPLEMENT INAYAH BEAUTY BOOSTER.
Insya Allah mampu merawat dan menyelesaikan masalah yang dihidapi.
Kini anda boleh tersenyum dengan ceria lebih fokus… SELAMAT TINGGAL STRES!!!

  •      Dapat tidur dengan lena
  •      Wajah kelihatan cantik dan berseri
  •      Tiada lagi kusam dan lesu
  •      Membantu menghilangkan jerawat
  •      Insya Allah membantu untuk hamil
  •     Menyeimbangkan hormon badan
  •    Menurunkan berat badan
  •      Mengurangkan selera makan
  •      Membantu mengurangkan tabiat merokok
  •      Melancarkan period
  •      Membantu penghadaman dan melawaskan
  •      Mengurangkan sakit lutut
-          Sesuai untuk penghidap kencing manis dan darah tinggi.
INAYAH BEAUTY BOOSTER adalah kombinasi bahan-bahan berkualiti tinggi yang dirumus khas bagi membantu lebih sihat, cantik dan langsing.  Ianya mengandungi :

PURE SHARK COLLAGEN :
1. Menggurangkan senggugut dan keputihan
2. Kadar penyerapan lebih tinggi dari collagen lain
3. Melegakan sakit sendi
4. Melawan Proses Penuaan
5. Menghilangkan ruamm, jerawat, jeragat dan kedutan
6. Meningkatkan tenaga
7. Menguatkan sistem imunisasi badan
8. Mengalakkan penumbuhan rambut
9. Menguatkan kuku
10. Pengurangan garis halus dan kedutan

SOY LECITHIN :
1. Meningkatkan daya ingatan
2. Memecahkan lemak
3. Membantu masalah imsonia
4. Mencegah eczema
5. Mencegah pengumpulan lemak dalam hati
6. Membantu mempercepatkan metabolisma untuk membakar lemak
7. Membantu dalam proses penghadaman
8. Membantu mengurangkan bengkak susu
9. Melangsingkan badan
10. Mengekalkan bentuk badan ideal

MILK THISTLE :
1. Tonik hati NO 1 di dunia
2. Membantu membina sel sel hati yang sihat
3. Melegakan sembelit
4. Menyingkirkan toksin dari hati
5. Mengekalkan sistem penghadaman yang sihat
6. Pengambilan secara beterusaan selama beberapa bulan dapat meningkatkan penghasilan glutathione secara semula jadi
7. Menurunkan paras kolesterol
8. Mencegah tumor payudara
9. Menghilangkan rasa gatal, kemerahan, radang dan eczema
10. Sebagai antioksidan 10x lebih kuat dari vitamin E

L- GLUTHATHIONE :
1. Menukarkan kulit gelap kepada kulit cerah gebu
2. Warna kulit menjadi sekata, lembap dan tidak berminyak
3. Lebih berkuasa dan kebal dalam penyerapan ke dalam badan berbanding glutathione
4. Meningkatkan penyembuhan luka
5. Menjadikan kulit lembut, licin. segar dan berseri
6. Memutihkan kulit

MAQUIBERRY : 
1.    Menurunkan berat badan
2.    Meningkatkan kekuatan dan daya ketahanan badan 
3.    Meneutralkan radikal bebas 
4.    Sumber Vitamin C
5.    Menambahkan paras tenaga 
6.    Menguatkan tulang dan sendi 
7.    Memutihkan kulit dan melindungi kulit daripada sinaran matahari 
8.    Mengurangkan tahap kolesterol jahat 
9.    Menyokong kesihatan saluran darah dan jantung

 POMEGRANATE :
1.    Membaik pulih fungsi hati dan limpa
2.    Mencuci buah pinggang dan salur kencing
3.    Membantu penghadaman
4.    Membuang lemak berlebihan
5.    Mengelakkan alahan bagi wanita mengandung
6.    Mengubahsuai dan mengimbangi hormon bagi wanita menopause
7.    Membaiki sistem pembersihan dan pengaliran darah
8.    Merawat dan membaikpulih pesakit kencing manis
9.    Menambahbaik stamina dan mengcegah penyakit lemah tenaga batin
10.   Mencantikkan kulit
11.   Mengurangkan pengumpulan lemak di dinding pembuluh darah

VITAMIN C :
1.       Diperlukan untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu
2.       Melindungi sel tubuh daripada kesan pencemaran
3.       Melindungi daripada jangkitan dan selsema
4.       Membantu mengurangkan paras kolesterol
5.       Berguna dalam rawatan anemia
6.       Sebagai penambah booster kepada shark collagen dan L Glutathione dalam Inayah

 VITAMIN B :
1.     Menukar makanan kepada tenaga 
2.       Meredakan tekanan / stress
3.       Membantu tumbesaran
4.       Membaiki masalah kulit kepala, kelemumur, rambut gugur dan beruban 
5.       Mengurangkan masalah keletihan mata 
6.       Meredakan senggugut 
7.       Mencegah ulser



CARA PENGAMBILAN :
- Ambil INAYAH BEAUTY BOOSTER  hanya SEBIJI sehari pada waktu pagi selepas bangun tidur 30 minit sebelum sarapan pagi untuk kadar serapan yang tinggi. Bagi penghidap gastrik dan darah tinggi perlu mengambil INAYAH BEAUTY BOOSTER selepas sarapan. 
KANDUNGAN : 30 BIJI / BOTOL
Saya telah mencuba dan alami kesannya. Nyata berbaloi…
Harga Pasaran RM 150
Harga Kasih Sayang RM 140
PERCUMA PENGHANTARAN…
BERMINAT ???
Boleh sms/wassap - 0126343413 (AZZAH)