RAKAN FOLLOWERS

Wednesday, 11 February 2015

KELAS KEK & BUTTERCREAM

Teks : Noor Azzah Mohd Yusof
Sumber Gambar : Koleksi Peribadi

Assalamualaikum Wrt. Wbt.

Apa khabar teman-teman semua…

Sudah lama tidak bersiaran di blog. Terasa cepat masa beredar, sudah pun berada di minggu kedua bulan Februari. Lagi beberapa hari cuti perayaan Tahun Baru Cina. Ramai yang telah membuat perancangan bersama keluarga dan sahabat handai.

Dalam tempoh sebulan yang lalu, saya berpeluang mengikuti beberapa aktiviti. Antaranya yang menarik ingin saya kongsikan di sini adalah KELAS KEK & BUTTERCREAM.  Kelas ini berlangsung pada 17 Januari yang lalu bertempat di Benafi Enterprise, Parit 2 , Sg. Hj. Dorani , Sungai Besar. Yurannya kelas amatlah berpatutan.

Peserta diberi tunjuk ajar bagaimana membuat kek chocolate moist dan sponge kek. Seterusnya penerangan dan praktikal menghias kek menggunakan buttercream serta membuat bunga buttercream. Setiap peserta perlu menyiapkan sebiji kek dengan hiasan mengikut kreativiti masing-masing. Selesai kelas, dapat bawa pulang sebiji kek.


Alhamdulillah, bukan setakat dapat menambah senarai kenalan. Moga dengan ilmu dan kemahiran yang diperolehi sepanjang kelas tersebut dapat dimanfaatkan . Ameen .