Oleh : Noor Azzah Mohd Yusof
Sumber Foto : Google
Sumber Foto : Google
Assalamualaikum Wrt. Wbt.
Salam
Ramadan Semua..
Hari in masuk hari kelapan berpuasa. Moga Allah menerima amal ibadah yang kita laksanakan.
Hari in masuk hari kelapan berpuasa. Moga Allah menerima amal ibadah yang kita laksanakan.
Biasanya
bila tiba Ramadan, Kaum Ibu adalah yang paling sibuk menguruskan kelengkapan dan
keperluan ahli keluarga, iaitu suami dan anak-anak.
Melayan
ragam anak-anak berpuasa dan permintaan suami untuk juadah berbuka puasa.
Bagi suri yang berkerjaya, habis sahaja waktu pejabat terus bergegas pulang. Bangun seawal pagi menyediakan sahur untu keluarga. Usai membersihkan di dapur, fikir pula hendak memasak apa untuk berbuka.

Sedikit
perkongsian di dapur untuk suri berkerjaya :
1. Sediakan bahan-bahan menu masakan untuk keesokan hari.
2. Bersihkan bahan-bahan kemudian potong atau kisar.
3. Masukkan dalam bahan-bahan dalam bekas yang bersih dan tertutup.
4. Asingkan bekas dan atur mengikut keperluan. Masukkan dalam peti sejuk.

1. Baca Bismillah sebelum memotong dan memasak.
2. Niat memasak ikhlas untuk suami dan ahli keluarga kerana Allah.
3. Membaca zikir Ya Latif 7 kali
4. Kemudian diikuti doa :
“ ALLAHU LATIFUN BI ‘IBADIHI YARZUQU MAN YASAA’ WA HUAL QAWIYYUL AZIZ”
( Surah As-Syura : Ayat 19)
– supaya lembut hati orang yang memakan masakan tersebut.
5. Gunakan bahan yang halal, baik dan bersih. (Halalan Tayyiba)
6. Bahan yang sedia ada di dapur. Sekira ingin mencuba menu lain, bahan-bahan tersebut mudah dan mampu dibeli.
7. Gunakan bahan semulajadi dalam masakan berbanding pewarna dan perisa tiruan.
8. Mengacau makanan mengikut putaran arah lawan jam seperti tawaf. Ia adalah sunnah. Masakan tersebut memberi aura dan tenaga bagi orang yang memakan.
9. Berselawat sambil mengacau masakan dalam periuk.
10.Elakkan bersungut dan berkata sesuatu yang tidak baik ketika memasak dan menyediakan makanan.
11. Hidang makanan menggunakan pinggan/mangkuk yang bersih, kemas dan menarik walaupun hanya menu ringkas.
12. Pastikan dapur dalam keadaan bersih dan teratur sebelum dan selepas memasak. Memudahkan kerja-kerja di dapur.
13. Memakai pakaian yang selesa dan sesuai ketika di dapur. Elakkan memakai pakaian yang terdedah.
Adab Makan
dan Minum :
1. Membasuh tangan terlebih dahulu.
2. Membaca Basmalah ( Bismillahirrahmanirrahim) dan doa.
3. Mengambil makanan dengan tangan kanan dan yang paling hampir.
4. Menyuap makanan dengan 3 jari.
5. Tidak memasukkan makanan sebelum menelan makanan yang ada di mulut.
6. Tidak mencela makanan. ( Tidak makan jika tidak suka tanpa perlu berkata apa-apa yang tidak baik)
7. Elakkan meniup makanan yang panas.
8. Minum dengan tangan kanan diselangi nafas dengan 3 kali tegukan.
9. Elakkan bernafas dalam bekas/gelas minuman. Berhenti sebelum menyambung tegukan.
10. Bersabar ketika juadah dihidangkan kepada yang lebih tua.
11. Mengucapkan Hamdalah (Alhamdulillah) selesai makan dan minum.
( Sumber : Ihya Ulumuddin, Imam Ghazali)

Semoga tips
dan panduan ini membantu para suri menjalankan tanggungjawab dengan baik dan
lancar. Seterusnya dikira sebagai ibadah dan dikurniakan ganjaran (pahala) bagi
suri dan merapatkan ikatan dan kasih sayang dalam keluarga. Insya Allah… :)
Comments
Post a Comment