Ramadan yang Dirindui

Teks : Noor Azzah Mohd Yusof
Sumber Foto : Koleksi Peribadi

Alhamdulillah, awal bulan Jun yang lalu saya berkesempatan untuk mengikuti Kelas Fiqh Muslimat sempena bulan Ramadan. Mohon maaf kerana lewat berkongsi info setelah menjalani ibadah puasa masuk hari ini adalah hari ke-13. Seramai 33 orang staf turut sama memeriahkan majlis taman-taman Syurga ini. Topiknya cukup menarik iaitu “Ramadan yang Dirindui” disampaikan oleh Ustazah Shadiya Abbas. Seusai slot kuliah, Ustazah sudi berkongsi resepi Syawarma dan Sup Cendawan Berkrim. Dapat juga merasa hasil air tangan Ustazah hehe... Resepinya saya akan kongsikan pada entri akan datang ye.. :)

Slot Kuliah di bawah pohon tamar di perkarangan masjid



Chef Ustazah Shadiya sedang menunjukkan cara-cara memasak.
Sedikit perkongsian untuk tatapan pembaca semua,
Istimewanya bulan Ramadan ini kerana padanya Lailatul Qadr dan Nuzul Quran.
Hanya setahun sekali kita berpeluang menjalani ibadah puasa dan solat Tarawih. Itupun sekiranya Allah panjangkan usia kita hingga bertemu Ramadan yang berikutnya.

Antara tips menjalani ibadah puasa sepanjang Ramadan :
1) Persediaan Ilmu
- Melengkap diri dengan ilmu, untuk menjadi luarbiasa sepanjang menjalani ibadah Ramadan.
- Rancang apa yang kita mahu capai Ramadan kali ini. (Masih belum terlambat, untuk rebut ganjaran di bulan ini)
- Persediaan ini seolah-olah kita akan menghadapi peperiksaan besar yang memerlukan persiapan awal.
- Sediakan satu pakaian khas untuk bulan Ramadan. ( Jubah untuk menunaikan solat )

2) Jaga Kesihatan untuk Ibadah Puasa
-  Menjaga pemakanan yang sihat agar mendapat kekuatan menjalani Puasa.
-  Elakkan pengambilan makanan yang berlebihan ketika berbuka.  Pengambilan yang berlebihan mengakibatkan mengantuk dan malas untuk beribadah.
-  Amalkan sunnah dengan tamar yang mempunyai khasiat dan vitamin yang lengkap untuk tubuh badan.

3) Keimanan  Menghadapi Puasa
-  Para sahabat terdahulu meletakkan sasaran untuk mendapatkan Ramadan sejak dari bulan Rejab dan Syaaban.
-  Ibadah Puasa itu ibarat POHON – dari AKAR – ke DAHAN – dan akhirnya menghasil BUAH.
Buah yang sedap dan manis perlu dibaja, disiram dan dibaja sejak awal lagi.
Begitu juga Ramadan,  untuk merasai kemanisan beribadah sejak dari Rejab lagi sudah mula melazimi puasa sunat, bersedekah dan beribadah.

“ PARA ULAMA’ MENGATAKAN RAMADAN MUSIM MEMETIK BUAH ”

Semoga Ramadan kali ini dijalani dengan sempurna. Allah menjanjikan  Syurga ar-Rayyan bagi mereka yang  berjaya  menjaga  7 anggota ketika  puasa kerana Allah S.W.T.


Comments