RAKAN FOLLOWERS

Tuesday, 22 December 2015

RESEPI # BISKUT BATIK D' CEMPAKA

Teks : Noor Azzah Mohd Yusof
Sumber gambar : Koleksi peribadi

Assalamualaikum Wrt. Wbt.

Sejak kebelakangan ini mood lebih terarah kepada memasak. Penat seharian bekerja, memasak menjadi TERAPI buat diri. Pantang Nampak resepi baru dan menarik. Mesti  semua  nak dicatat. Cuma tak berkesempatan nak membuatnya.

Entri kali ini dan berikutnya saya akan kongsi resepi yang best ( pada pandangan saya dan diterima oleh ahli keluarga. Perlu juga ‘food tester’ untuk nak pastikan resepi ni ok atau tak kannn..)

Baiklah. Resepi kali ini “ BISKUT BATIK ”
Rata-rata semua dah biasa dengar dan makan biskut batik ni. Bahan utama nya biskut marie. Takde bahan ni bukanlah namanya biskut marie..ye tak?

BAHAN-BAHANNYA :

 300 Gm Marjerin ( bagi yang suka butter boleh ganti marjerin)

300 Gm Campuran Milo & Serbuk Koko
               - 250 Gm Milo
               - 50   Gm Serbuk Koko Vanhouten

500gm / 1 Tin  Susu Pekat Manis ( tak kisah brand apa pun yang penting halal)

500 Gm Biskut Marie
(Perisa Original atau boleh guna biskut marie perisa coklat/ kopi terpulang pada citarasa masing-masing. Saya suka perisa original J)

Sedikit  badam cincang atau kacang tanah ditumbuk kasar ( tambahan pada yang minat. Biasa saya guna kacang tanah yang telah digoreng)


CARA MEMBUATNYA :

1.  Cairkan marjerin dengan api sederhana.
2. Tuang susu pekat ke dalam butter/ marjerin yang dicairkan. Perlahankan api.
3. Kacau sebati kemudian tuang campuran milo dan coklat ke dalam adunan tadi.
4. Kacau sehingga bahan keseluruhan bahan tadi menjadi likat dan tidak berketul . Anggaran 15 minit dengan api sederhana.
5. Padamkan api, masukkan biskut marie yang telah dipatah dua ke dalam kuali. Gaul adunan coklat dan biskut sehingga rata.
6. Alas plastik dalam bekas, kemudian masukkan bahan yang telah digaul ke dalam bekas tadi. Plastik bertujuan mudah utk keluarkan biskut setelah sejuk dan keras.
7. Adunan biskut tadi dimampatkan sehingga padat dalam bekas.
8. Masukkan ke dalam peti sejuk di bahagian bawah supaya keras.
9. Keluarkan dari peti sejuk untuk dipotong. Masukkan dalam bekas kedap dan simpan dalam peti sejuk. Sedia untuk dimakan J

*** Resepi ni memang best pada saya, kawan-kawan pun dah banyak kali order. Dah bagi resepi tapi still nak order juga…hehe..


Saya share gambar biskut yang dah siap dipotong. 
Tiada gambar simpanan ketika proses membuatnya. MAAF YE..
Sebab cameraman buzy juga. Chef pula dah bersilat dengan kuali dan sudip.. hehe

Pada rakan-rakan selamat mencuba. Sekiranya ada pertanyaan boleh bertanya ye..

1 comment:

  1. anda di tag:

    http://akubukaninnocent.blogspot.com/2015/12/year-end-giveaway-by-imashue.html

    ReplyDelete