Percutian Keluarga di Felda Residence Sungkai

Teks : Noor Azzah Mohd Yusof
Sumber gambar : Koleksi peribadi

Assalamualaikum Wrt. Wbt.
Apa khabar rakan-rakan semua?
Moga rakan – rakan semua dalam lindungan Allah dan sihat walafiat.

Sepanjang beberapa bulan ni, tidak berkesempatan untuk update catatan dan perkongsian. Dek kerana memenuhi beberapa urusan yang ‘urgent’. 
Alhamdulillah hari ini, muncul kembali setelah menghilang…hehe

Banyak nak sharing dengan rakan-rakan.. J
Sempena cuti sekolah hujung tahun ni mesti asing-masing nak bawa anak-anak dan ahli keluarga bercuti. “Jalan- jalan Tukar Angin” hehe… ;)

Saya nak kongsi satu tempat best (pada pandangan saya, abaikan yang x berapa nak best sebab lebih banyak yang ok nya ) . Mungkin rakan-rakan sudah ada yang pergi. Bagi yang belum berkesempatan bercuti boleh ke sana. FELDA RESIDENCE HOTS SPRING SUNGKAI, PERAK.

Pertama kali saya ke sana bersama suami, anak dan ahli keluarga yang lain.
Saya membuat tempahan melalui booking.com dengan harganya berpatutan dan terendah untuk hotel yang cantik dan selesa. Staf di kaunter juga peramah dan mudah berurusan. Dapat pula harga diskaun.. senyum lebar waktu tu, ada lebihan bayaran disebabkan penjimatan diskaun. Alhamdulillah.

Pakej penginapan selama 2 hari 1 malam. Kami check in hari Ahad dan checkout pada hari Isnin. Puas juga berendam air panas sebab pengunjung berkurangan pada hari bekerja. Agak penuh pada hari ahad. Kolam air panas terletak di bahagian belakang hotel agak jauh berjalan. Pihak hotel ada menyediakan kenderaan dari tempat letak kereta ke kolam air panas bagi pengunjung luar.

Beberapa gambar untuk tatapan rakan- rakan yang ingin mengunjungi Kolam Air Panas Sungkai. Selamat bercuti.. J


Pemandangan Hijau sekitar Felda Residence Sungkai

Kolam Air Panas dan Terapi 

Merebus Telur di Kolam Air Panas






Taman Tema Air untuk riadah keluarga

Bilik Penginapan Felda Residence



Comments