WANG KERTAS VS EMAS... JOM BERPOWERGOLD

Teks : Noor Azzah Mohd Yusof
Sumber gambar : Koleksi peribadi dan koleksi rakan hati powergold.biz

Assalamualaikum Wrt. Wbt.

Tinggal beberapa hari lagi kita akan memasuki tahun 2016.
2015 BAKAL KITA TINGGALKAN BERSAMA MEMORI PAHIT MANIS, SUKA DUKA…

Pastikah akan reda ombak yang melanda atau semakin besar gelombang yang akan tiba.
Yang penting bersedia dengan apa jua kemungkinan yang ada. Sediakan payung sebelum hujan.

Isu utama yang ketara berkaitan tahap ekonomi rakyat Malaysia.
Rata-rata tidak bersetuju dengan kenaikan harga kos yang mendadak.
Nilai inflasi yang tinggi berlaku tanpa disedari dari hari, minggu, bulan ke tahun.
Apa yang mampu kita lakukan???
Bersederhana…
Berbelanja mengikut keperluan bukan kehendak.
Amalkan sikap menabung dan bersedekah. Allah telah menjanjikan ganjaran buat mereka yang bersedekah. Alim Ulama' berkata " Wang itu ibarat air sungai yang mengalir. Jika ditahan air itu, ia akan melimpah keluar ( contoh analogi : kerap sakit bayar bil klinik, kereta rosak dsb). Justeru biarkanlah air mengalir, tetapi ceduklah airnya untuk manfaat orang lain supaya airnya mengalir lancar."


 
Mulakan hari ini dengan menabung emas.
Emas tidak pernah susut nilai. Sejak zaman Rasulullah SAW telah mengiktiraf emas (dinar) dan perak ( dirham) sebagai matawang.

Wang kertas adalah ciptaan pihak Yahudi. Mereka juga yang menguasai ekonomi dunia, turun naik matawang dunia.

Adalah lebih baik tabungan wang kita ditukarkan kepada tabungan emas fizikal. Emas tak pernah lapuk dek zaman. Emas tetap emas iaitu tinggi nilai dan harganya. boleh mencapai peningkatan tahunan sebanyak 20% malah lebih lagi berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh ar-Rahnu. 

Orang yang mempunyai emas sudah tentu mempunyai wang, orang yang mempunyai wang belum tentu mempunyai emas.
Emas kalis INFLASI dan CEGAH KETIRISAN / KEBOCORAN WANG.

Kelebihan emas dinar :
  ü  Matawang Syariah
  ü  Mudah dicairkan
  ü  Mudah diwariskan 
  ü  Nilai sebenar
  ü  Lambang kekayaan
  ü  Tiada inflasi
  ü  Tiada tarikh luput
  ü  Tidak berkarat
  ü  Tidak terbakar
  ü  Tiada batas penggunaan 
  ü  Diungkapkan dalam al-Quran dan al-Hadis
  ü  Dan banyak lagi kelebihan emas /dinar …..

Kita sering mendengar istilah pajak atau gadai.
Ramai orang Islam yang tidak tahu apa itu ar-rahnu. Penubuhan asal ar-Rahnu bertujuan membantu umat Islam, emas yang diterima dalam bentuk emas kerana kebanyakan wanita memakainya.

Ar- Rahnu sangat membantu ekonomi umat Islam. Tetapi tidak ramai yang celik ilmu ar-rahnu. Kebanyakan penyimpan emas (gold saver) memajak emas mereka untuk mendapatkan 70% nilai marhun dari nilai sebenar. Tempoh selama 6 bulan diberikan untuk menebus semula emas yang dipajak. Pemajak dikenakan bayaran/ upah simpanan dengan kadar rendah dan berpatutan. Dengan cara ini kita telah menngunakan emas untuk mendapatkan modal tanpa riba.

Ada juga pemajak emas menggunkan modal yang diperolehi untuk membeli emas ketika harga pasaran emas dunia turun. Modal yang ada dapat membeli lebih gram emas dan membayar upah simpanan. Pendapatan bulanan atau hasil perniagaan yang diperolehi untuk menebus semula emas yang dipajak. Secara tidak langsung tabungan emas kita makin bertambah.

Terbaru, ar- Rahnu mula menerima dinar emas dan syiling emas. Kerana pengeluaran emas jenis ini sangat terhad dan mengelakkan penipuan penganjur skim pelaburan tidak berlesen. Manakala emas jenis jongkong atau kepingan emas tidak diterima di ar-Rahnu untuk mengelakkan menjadi sasaran pihak penganjur skim tertentu bagi meyakinkan pelabur.

Yang pastinya kita sering beranggapan kita tidak mampu memiliki emas. Emas hanya untuk orang kaya. Sedangkan sebaliknya kita boros berbelanja, pantang ada potongan dan produk terbaru tentunya ingin membeli. Yang lama masih boleh guna dan dalam keadaan baik. Tanpa sedar sudah berbelanja lebih dari itu.

Kini, kita boleh mula menabung dengan 1 gram 1 bulan. Emas boleh dibeli sedikit demi sedikit berbanding aset lain seperti rumah dan tanah perlu modal yang besar. Tiada puluhan ribu jangankan bermimpi untuk memilikinya. Jika membeli rumah secara ansuran pun tentu kadar bulanannya tinggi.

Tukar wang simpanan kepada emas. Kerana emas itu sendiri adalah logam yang bernilai di dunia dan disebut di dalam al-Quran… itulah kebenaran dan nikmat yang Allah beri.

Pada emas adanya keberkatan. Kerana emas adalah harta yang diwajibkan zakat. Ia merupakan perintah Allah. Sudah tentu logam ini amat istimewa. 

Allah akan mengurniakan keberkatan dan ketenteraman jiwa, rezeki yang tidak pernah putus melalui penyucian harta (emas) dan penyucian diri ( dari sifat tercela) dengan membayar zakat.

Pada rakan-rakan yang ingin memulakan simpanan emas fizikal, saya sedia membantu dengan modal yang berpatutan serta faedah-faedah yang lain. Pastikan simpanan emas fizikal, bukannya skim pelaburan emas. Beli emas dapat emas, bukan surat atau sebagainya.

Emas pada kadar yang masih mampu dimiliki oleh semua. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih.
Menabung dari sekarang 1gram 1bulan 1keluarga. 1gram itu mampu mengubah masa depan insya Allah dari tiada apa-apa..

Saya bermula dengan simpanan emas kini membantu rakan-rakan lain untuk celik ilmu emas dan menabung emas untuk masa depan keluarga.


## STOKIS BERDAFTAR POWERGOLD.BIZ
    azzahgold @ 0126343413

Comments