RAKAN FOLLOWERS

Wednesday, 2 April 2014

BISNES DAN IBADAH

Teks dan gambar : Noor Azzah Mohd Yusof

Assalamualaikum...
Sobahul Khair? Kaifa halukum...( Selamat pagi, apa khabar semua?)

Alhamdulillah diberi kesempatan ini untuk menulis entri setelah beberapa hari terbiar sepi....
Apapun saya tetap berada di sini  berusaha melengkapkan sebuah blog yang dapat dikongsikan bersama untuk mereka di luar sana. Dalam tempoh itu saya berjaya menyiapkan dan mengemaskini label bisnes yang sudah sedia ada sebelum ini supaya ianya memudahkan bisnes yang dijalankan.

Hari ini saya ingin berkongsi sesuatu dengan semua. Hasrat dan tujuan menyertai ABDR saya luahkan kepada suami tercinta. Beliau memberi galakan dan kelihatan teruja mendengar penjelasan saya. Alhamdulillah suami tidak menghalang niat murni ini. Keizinan dan sokongan suami amat perlu bagi isteri sebelum melakukan sesuatu perkara. Bimbang sekiranya suami tidak redha apa yang isteri lakukan, ianya akan menjurus ke arah keburukan dan membawa kepada dosa. Perniagaan adalah sesuatu diharuskan, memberi manfaat dan juga dianggap sebagai IBADAH  yang dijanjikan ganjaran, selagi mana hal ini tidak bercanggah dengan SYARIAT.

Apa yang dimaksudkan tidak bercanggah dengan syariat?  

  • Niat. Perniagaan yang dilakukan dengan tujuan yang baik, mendapat keuntungan dalam masa yang sama membantu orang lain, berkongsi manfaat dan bersedekah. Tidak berlaku penipuan, penganiayaan dan penindasan di pihak lain.


  • Perniagaan yang dilakukan adalah untuk mencari keredhaan Allah SWT. Bagi yang bersuami, apa jua yang dilakukan perlu mendapatkan keizinannya kerana ianya merupakan kunci kepada redha Allah. Isteri yang solehah sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik dan mengembirakan hati suami selagi mana ianya tidak menyalahi syariat.


  • Tidak meninggalkan yang wajib iaitu amalan fardhu. Dalam urusan kita mencari rezeki, tanggungjawab sebagai hamba Allah, isteri, anak, ahli masyarakat wajib ditunaikan. Mendirikan solat fardhu, mengurus rumahtangga dengan baik, mentaati suami, menghormati ayah ibu, menjaga hubungan dengan keluarga serta orang lain.

Insya-Allah jika kita ikhlas dan bersyukur atas apa yang diperolehi, Allah akan melipat gandakan atas apa yang kita beri dan lakukan. Moga kita semua menjadi orang yang sentiasa bersyukur. Bagaimana untuk menjadi Jutawan Islam, kita akan bincangkan di entri akan datang. 

No comments:

Post a Comment