ALLAH.. YA RAZZAQ

Teks oleh : Noor Azzah
Sumber gambar : Google

Assalamulaikum Wrt. Wbt.

Selamat berhujung minggu semua. Ruang dan peluang yang ada digunakan sebaiknya bersama ahli keluarga tersayang. Walau pun masa terlalu pantas, jadikan ianya bermanfaat dan berkualiti. Sebarkan kasih sayang dan tautkan ukhuwwah.

Ya Razzaq, Allah Pemberi Rezeki…permudahkanlah bagi kami beroleh rezeki yang halal untuk keperluan kami. Moga rezeki yang Engkau limpah ruahkan kepada kami dapat juga digunakan bagi membantu insan lain yang memerlukan.


Rezeki itu amat luas tafsirannya. Bukan wang semata tetapi kesihatan, kebahagiaan, ketenangan, pekerjaan, jodoh, zuriat dan bermacam lagi jenis rezeki. Kekurangan dan ujian yang datang juga boleh membawa rezeki kepada kita bersama ganjaran redha dan kesabaran. Rezeki datang dalam pelbagai bentuk. Sesuai dengan perancangan dan keizinan Allah. Segalanya mohon kepada Allah kerana Dialah Pemberi Rezeki. Seolah-olah kita dan majikan.

Bagaimana cara untuk mendapat rezeki yang baik?
Mari kita lihat ciri-ciri rezeki yang berkat dan baik.
1) Membawa hati lebih dekat kepada Allah.
2) Hati akan menjadi tenang
3) Menjadi seorang yang pemurah
4) Jauh dari bala
5) Mempunyai anak cemerlang  
6) Sentiasa merasa cukup dan bersyukur apa yang diperolehi



Berdasarkan ciri-ciri di atas, dapat kita nilai semula adakah rezeki yang kita perolehi berkat. Jika sebaliknya, cara untuk mendapat rezeki yang berkat dan baik adalah sentiasa ingat bahawa “ REZEKI KITA ALLAH YANG PEGANG, USAHA PERLU MENEPATI SYARIAT, TINGGALKAN YANG HARAM DAN SYUBHAT”

Ingin saya kongsikan Petua Rezeki yang diperolehi dari sesi Kelas Fiqh Muslimat yang lalu antaranya :
1) Solat awal waktu
2) Solat Isyraq dan Dhuha
3) Mendoakan orang lain
4) Sedekah - dalam rezeki kita ada bahagian insan lain. 
5) Membantu orang lain 



Sekiranya seseorang itu berasa sukar untuk beroleh rezeki hendaklah :
- beristighfar
- bersyukur /sujud syukur
- ingat kembali segala dosa kepada ibu ayah. Mohon maaf atas segala perlakuan. Dosa itu menjadi hijab kepada rezeki.

Moga apa yang disebutkan di atas memberi peringatan buat diri dan juga rakan pembaca. Ya Hadi Ya Nur Ya Ghoffur ..Ya Allah berilah petunjuk dan nurMu agar kami sentiasa berada di jalanMu mentaati perintahMu dan beroleh keampuananMu…Ameen ya Rabb.






Comments

Post a Comment