Teks : Noor Azzah Mohd
Yusof
Gambar : Sumber Google
Assalamualaikum
Pembaca Budiman,
Sejak
kebelakangan ini, jarang sekali dapat menulis. Sempat menjengah sekali sekala.
Banyak yang ingin dikongsikan, cuma tidak berkesempatan .
Alhamdulillah
hari ini, saya diberi kelapangan untuk menulis lagi. Alhamdulillah, syukur Ya
Allah.
Sekitar
bulan Februari yang lalu, saya mengikuti program bacaan Yaasin dan sesi
tazkirah yang diadakan ditempat kerja. Alhamdulillah, tajuk tazkirah yang
disampaikan adalah berkaitan solat. Banyak rahsia solat yang mungkin tidak
diketahui. Antara kelebihan solat iaitu solat berjemaah.

Seharian
penat bekerja, dalam tubuh badan kita banyak ion negatif yang dapat
dineutralkan melalui solat berjemaah. Bahu bertemu bahu dalam satu saf solat,
bersalaman selepas solat dapat memindahkan ion-ion positif dalam badan kepada
saudara seislam kita juga sekaligus menyeimbangkan ion-ion dalam badan.
Kestabilan sistem tubuh badan banyak menyumbang kepada kesejahteraan hidup dan dapat menjalani ibadah dengan baik.
Jarang
sekali kita rasa keluh kesah selepas solat berjemaah, pastinya kita akan rasa
damai dan tenang. Bagi yang belum merasai cubalah.
Satu
lagi info yang ingin saya kongsikan. Masih adakah kolah masjid yang terbuka
untuk berwudhuk? Pernahkah pembaca terdengar kisah air kolah masjid
dijadikan bahan dalam rawatan Islam.
Pada
awalnya saya terfikir. Apa logiknya.
Akhirnya
baru saya tahu apa istimewanya air kolah masjid.

Selain
itu, air kolah juga terdedah dengan bacaan zikir, azan dan ayat al-Quran
di masjid. Dalam entri terdahulu ada diterangkan berkenaan molekul air yang
terdedah dengan bacaan al-Quran. Ianya memberi kesan positif. Tambahan
pula air kolah ini termasuk jenis air yang mutlak. Suci lagi
menyucikan mengikut hukum fiqah. Maka tidak mustahil mengapa ada yang
menggunakan air kolah untuk tujuan rawatan.
Sekadar
berkongsi apa yang diperolehi, moga sedikit sebanyak dapat membantu pembaca
sekalian. Sekiranya ada kesilapan maafkan saya. Segala yang baik datang dari
Allah, yang buruk itu datang dari kelemahan saya. Wallahu a’alam…
Comments
Post a Comment