Teks : Noor Azzah Mohd Yusof
Sumber Gambar : Koleksi Peribadi
Sumber Gambar : Koleksi Peribadi
Assalamualaikum…
Hujung tahun sememangnya
musim tengkujuh (musim hujan). Cuaca mendung, hawa dingin dan hujan renyai
–renyai dari pagi ke petang kemudian bersambung ke sebelah malam.
Hujan itu nikmat dan dan
rahmat. Juga tersimpan pelbagai cerita suka duka pahit manis di sebaliknya.
Teringat saya ketika
mula-mula memandu dalam keadaan hujan lebat. Pandangan menjadi tidak jelas,
tidak dapat fokus pemanduan sehinggakan semua lopak air yang bertakung diredah.
Maka berlaku lah efek seolah disimbah air di bahagian cermin hadapan. Mula panik
dan kereta seolah di awangan dan sedikit terkeluar dari laluan. Pengalaman kali
pertama memandu kereta manual seorang diri setelah lulus ujian memandu.
Bila mana waktu malam
dan hujan, itulah ketika nya saya mula susah hati. Saya mula hilang keyakinan
memandu dalam keadaan ini, di mana ianya agak memenatkan. Mata, tangan dan kaki
serta fikiran bekerja overtime dari biasa. Semua main peranan dan tempoh
pemanduan menjadi lebih panjang. Tiba di destinasi terasa keletihan yang
teramat sangat.

Comments
Post a Comment