Teks : Noor Azzah Mohd Yusof
Gambar : Google
Bismillahirrahmanirrahim...
Sebagaimana Rasulullah
SAW menganjurkan umatnya supaya berdoa “ Ya Allah janganlah Engkau serahkan
diriku kepada diriku sendiri walau sekelip mata”. Doa ini menjelaskan
bahawa sesungguhnya keupayaan dan kekuatan diri manusia amat terbatas. Segala
kebergantungan hanya kepada Allah SWT dan setiap apa yang berlaku adalah
kehendakNya. Adakalanya kita (manusia) gagal untuk menyelami dan memahami apa
yang tersirat di sebalik taqdir yang tertulis, lantaran kita terlalu memikirkan…
begitu… begini… mengapa… bila… bagaimana…
Mengungkap
petikan dalam sebuah bait syair : “Takdir Allah telah putus dan putusan
Allah telah terjadi. Istirehatkan hati dari kata-kata “Barangkali” dan “Kalau”.
Kita sering
menyalahkan situasi yang berlaku. Lalu mengatakan “kalau lah” maka hal
itu tidak akan berlaku. Adakalanya
terlintas dalam hati “ Adakah Allah sayangkan ku?” Lalu nafsu dan syaitan mengambil peluang, sedaya
upaya mendorong manusia untuk melakukan sesuatu yang tidak wajar dan dimurkai Allah. Sesuatu yang sukar dan
pahit itu tidak selamanya berkekalan, datang silih berganti.. Bait-bait
lirik nasyid berikut benar-benar
terkesan “…Jangan difikir derita akan berpanjangan , kelak akan membawa
putus asa pada Tuhan…Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan. Setelah kabus
berlalu pasti cerah kembali… Ujian adalah tarbiah dari Allah, apakah kita kan
sabar ataupun sebaliknya. Kesenangan yang datang selepas kesusahan , semuanya
adalah nikmat dari Tuhan…”
Teringat perkongsian ketika menghadiri bengkel
penulisan yang disampaikan oleh Ustaz Pahrol Mohd Juoi. Dalam masa menasihati
dan berdakwah melalui penulisan, beliau sendiri didatangi mehnah. Memetik
kata-kata beliau “Jika yang diharapkan berlaku, syukur. Namun sekiranya
berlaku sesuatu yang tidak dijangka dan tidak disangka… sabarlah. Belum tentu
itu satu keburukan. Seringkali keberkatan, kebaikan dan kejayaan dibungkus oleh
takdir dengan kepahitan, kerugian dan kegagalan. Seringkali kita gagal melihat
hakikat ini ketika ia sedang berlaku… namun apabila sedikit masa berlalu
barulah kita sedar, rupa-rupanya Allah takdirkan kita berundur ke belakang
untuk mengambil lajak bagi melonjak lebih tinggi dan lebih jauh ke hadapan.”
Kita perlu sentiasa koreksi diri, sesiapa pun tidak terkecuali. Semua keputusan
(takdir) dan kurniaan Allah adalah terbaik untuk hambaNya. Kita sering
mengimpikan semua yang berlaku indah, menarik dan manis belaka. Apabila berlaku
sesuatu yang bertentangan dengan kehendak diri, maka diri mula memprotes,
memberontak menyalahkan takdir. Tatkala diri menerima takdir dengan lapang dada
dan berfikiran positif, ianya menjadi pemangkin dan pencetus kepada perubahan
diri bila mana menganggap ianya satu peluang yang baik. Selayaknya seorang
Muslim dan Mukmin diuji untuk dinilai
sejauhmana tahap keimanan, bukan setakat lahiriah dan pengucapan semata-mata. Mafhum
Firman Allah SWT dalam surah al- Baqarah Al –Ankabut ayat 2-3 : “ Apakah manusia
menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata : “Kami beriman”,
sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan Demi sesungguhnya! Kami
telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka , maka (dengan
ujianyang demikian) sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang beriman dan
mengetahui orang-orang yang berdusta”.
Kata arifbillah (orang
yang mengenal Allah), “sekiranya kita merasakan kasih sayang Allah itu terpisah
apabila DIA menguji kita, itu petanda tumpulnya akal, butanya mata hati.” Qada’
dan qadarNya adalah tanda kasih sayang Allah dalam membersihkan hati kita dari
dosa dan mengurniakan pengampunan. Membenci ujian dan ketetapanNya bermakna
kita masih belum mengenal Allah. Rasulullah SAW bersabda, “barang siapa yang dikehendaki
Allah pada orang itu kebaikan, maka Allah akan cuba dengan ujian-Nya.” Ketika
ujian bertamu : Kuatkan iman, sabar dan rujuk segera kepada Allah. Yakinlah dan
pandanglah dengan positif takdirnya ada hikmah juga membersihkan diri – minda
dan jiwa sekaligus mendekatkan kita kepada al-Khaliq..
Meminjam kata-kata
pencetus daya mempositif minda dan jiwa “ Ujian (Mehnah) yang besar, untuk
‘membesarkan’ kita. Pemimpin yang besar itu dikenali melalui ujian yang
dihadapinya. Semakin besar tahap kepimpinannya, maka semakin besarlah ujian
yang Tuhan sediakan untuk ‘membesarkan’ lagi pengaruh kepimpinannya… Dan setiap
kita adalah pemimpin… sekurang-kurang pemimpin buat diri sendiri. Jadi, kita
pasti diuji! Justeru apabila diuji katakanlah , “aku sudah terpilih!”
Pandanglah dengan MATAHATI… POSITIF MINDA & JIWA !!!!
Salam Kasih Sayang...
suka sangat sebut...kalau...
ReplyDeletemoga ianya menjadi peringatan buat diri saya juga...
ReplyDelete