RAKAN FOLLOWERS

Thursday, 20 October 2016

BROWNIES MUDAH DAN SEDAP

Teks : Noor Azzah Mohd Yusof
Foto : Koleksi Peribadi

Assalamualaikum Wrt. Wbt.

Bersua kembali setelah berbulan menyepi dek kerana kesibukan menjalani tugas dan rutin harian. 

En. Suami pula kesihatannya beransur pulih selepas insiden jatuh pokok sebelum Aidil Adha yang lalu. Moga Allah beri kesembuhan sepenuhnya dan dapat kembali bertugas seperti sediakala. Allahumma ameen.

Alhamdulillah, hari ini saya berkelapangan untuk berkongsi juadah hidangan keluarga semudah
 1, 2, 3 dan bakar. Sedap tau !!! Jom kita tengok langkah-langkahnya ya… 


1) Masukkan 5 bji telur dan 250 gm mentega ke dalam bekas. 


2) Pukul telur dan mentega

3) Masukkan tepung premix brownies ke dalam adunan telur dan mentega.



4) Gaul rata sehingga mesra semua adunan..hehe



5) Masukkan coklat chip dan walnut yang disediakan bersama dalam pek tepung premix.



6) Sedia untuk diovenkan selama 20 minit, suhu 150 





Inilah hasil brownies yang telah siap dibakar. Semua ini hanya dengan satu pek Tepung Premix Brownies 650 gram. Bahan-bahannya : Tepung tanpa peluntur, serbuk koko berkualiti, walnut, coklat chip, gula dan serbuk penaik.

Cuma perlu tambah : 
1)  5 biji telur ayam dan ;
2) 250 gram mentega ( jenama apa pun boleh. Saya guna farmcows je)

Boleh dijadikan aktiviti santai bersama anak-anak di hujung minggu serta mengeratkan hubungan kekeluargaan. Mudah, jimat dan cepat. 

Pada rakan-rakan blogger yang berminat untuk dapatkan Pek Tepung Premix Brownies - 650gm (RM 20.00 sahaja)  boleh buat tempahan awal ya. Text sahaja order ke : 012-6343413. Insya - Allah saya akan respon mesej rakan-rakan. Selamat mencuba... Jumpa lagi. Wa ilalliqa' :)


No comments:

Post a Comment