SAHAM DUNIA AKHIRAT

Teks : Noor Azzah Mohd Yusof

Hari isnin mak-mak dan bapak-bapak memang terkejar-kejar. Awal minggu lah katakan. Nak kejut dan urus anak-anak bersiap ke sekolah. Itu belum lagi nak menghadap jem kereta bersusun masing-masing nak cepat sampai di pejabat kejar punch kad..hehe

Saya juga alami situasi yang sama dahulu, kini tidak lagi. Simpan sebagai kenangan. Pahit manis menjadi suri bekerjaya. Mengurus keperluan anak-anak dan prihatin dengan situasi ibu ayah adalah keutamaan setelah suami merestui keputusan meninggalkan kerjaya setelah 9 tahun berkhidmat. Sebolehnya memberikan yang terbaik kepada insan yang tersayang. 

Rutin awal pagi menghantar si kakak ke tadika dan mengambilnya pulang waktu tengah hari. Aktiviti harian menguruskan anak yang berumur 1 tahun 9 bulan, seorang yang pintar, aktif dan lincah menguji kesabaran seorang ibu :)  

Masa yang terluang digunakan membuat kerja freelance antaranya mengambil upah menaip, memasukkan data yang diperlukan, menyunting teks untuk penerbita n buku di samping menjalankan perniagaan produk penjagaan diri (Magic Blue dan MMG www.mirathsw.com), bahan bantu belajar dan mengajar anak-anak (mommyhappygroup.com), juga produk keperluan rumah (kedai online cuckoo) secara atas talian.

Waktu petang aktiviti santai bersama anak-anak dan ibu ayah di halaman rumah, adakalanya melayan mood di kebun sayur mini atau melihat kelulut. Sebelah malam pula mengajar anak yang sulong mengaji dan solat.

Alhamdulillah, Allah kurniakan peluang dan ruang untuk fokus kepada keluarga. Saya amat menghargai restu dan sokongan suami. Semoga Allah memberkati niat murni ini, mengurniakan kemudahan dan keberlimpahan rahmat juga rezeki buat diri ini. Allahumma aamiin...







Comments

Post a Comment