RAKAN FOLLOWERS

Wednesday, 20 July 2016

REZEKI DARI ALLAH SWT

Teks : Noor Azzah Mohd Yusof
Gambar : Koleksi Peribadi

Assalamualaikum…
Salam #15 Syawal 1437
Alhamdulillah masih diberi peluang melaksanakan ibadah puasa di bulan Ramadan yang lalu dan menyambut hari lebaran bersama keluarga tersayang. Moga masih berpeluang menemui Ramadan dan Syawal pada tahun-tahun seterusnya. Insya Allah.
Sudah lama saya tidak berkongsi coretan di sini, blog hampir bersawang..hehe

Setiap kali buka blog niat mahu menulis. Nampaknya memang mudah. Tetapi bab nak menaip dan mengarang tambah lagi pelbagai perkara nak difokus dalam satu masa. Kadangkala terlupa terus nak update perkongsian. Beberapa bulan sebelum ni, diletakkan dalam situasi yang agak sukar. Cuba menyesuaikan diri dan menerima ketentuanNya. Alhamdulillah kini semuanya baik-baik sahaja. Fokus pada penyelesaian bukan pada masalah tersebut. Berusaha memberkan yang terbaik buat diri dan insan lain dan memenuhi tanggungjawab dan amanah yang diberi, insya Allah.

Dalam tempoh yang lalu, syukur kepada Allah atas nikmat dan rezeki yang tidak pernah putus. Datang dari pelbagai sumber yang Allah tunjukkan. Alhamdulillah. Saya amat bersyukur dan gembira, bila mana perniagaan saambilan yang saya lakukan membantu insan lain dan membuka peluang rezeki sahabat-sahabat lain dengan izin Allah. Terutamanya produk SERBUK CHEESE SANGAT SEDAP yang mendapat sambutan sebelum Ramadan tiba juga ketika tempoh bulan puasa. Alhamdulillah.  Tahniah saya ucapkan pada sahabat yang berjaya membuat jualan POPIA CHEESE NESTUM sempena hari raya. 




Pada entri yang terdahulu ada saya kongsikan resepinya. Insya Allah tidak menghampakan. Klik sini, boleh cuba ya. Buat sahabat- sahabat saya yang menjadi pelanggan setia dan menyokong saya, didoakan agar kalian dipermudah segala urusan yang baik oleh Allah dan dilipatgandakan rezeki yang berkat lagi halal dari pelbagai sumber. Sesungguhnya rezeki Allah itu amat luas. Mohon pada Allah, usaha dan bertawakkal. Jangan pernah jemu dan putus asa. Allah suka pada hambaNya yang sentiasa berdoa, memohon dan dekat kepadaNya di samping menjaga amalan dan suruhanNya.


Seperkara lagi, saya juga berterima kasih pada sahabat-sahabat yang menyokong perjuangan saya menyampaikan dan menyebarkan ilmu celik emas. Kini, semakin ramai yang sedar dan tahu kepentingan dan manfaat menabung emas berbanding wang tunai yang semakin susut nilai disebabkan inflasi dan kemerosotan ekonomi Negara. Bermula setahun yang lalu, hanya dengan 1 gram sahaja. Sedikit demi sedikit untuk bekalan dan kegunaan masa hadapan diri dan anak juga keluarga. 



Testimoni ahli powergold, emas powergold keluaran Amethyst dterima di Madinah.



Ada EMAS sudah tentu ada DUIT, ada DUIT belum tentu ada EMAS. Bagi yang sudah ada EMAS, perlu ada ilmu untuk memfungsikan emas tersebut. Buat setakat menyimpan tanpa tujuan dan kegunaan. EMAS sebagai insuran kepada aset yang kita miliki dan tidak perlu meminjam kepada BANK yang mengenakan interest/riba yang tinggi berbanding kadar upah simpan yang rendah di ar-Rahnu bila mana kita memerlukan ‘cash’ untuk keperluan. Emas tersebut boleh ditebus semula dalam tempoh yang ditetapkan malah boleh dipanjangkan tempohnya. Semua ini perlukan ilmu. Bertindak sebelum terlewat. Bayangkan 1gram setahun yang lalu rm180 kini rm210 beza rm30 untuk emas 999. Jika setahun menyimpan sebulan 1 gram sudah ada 12gram. Agaknya berapa nilainya sekarang? Tekan kalkulator boleh kira beza kenaikan dan nilai cash yang kita ada dengan simpanan tersebut. Jom bertukar kepada bebas riba. Insya Allah lebih berkat. 

No comments:

Post a Comment