RAKAN FOLLOWERS

Saturday, 29 August 2015

KISAH LONTONG GORENG DAN EMAS DINAR

Teks : Noor Azzah Mohd Yusof
Sumber gambar : Google dan Koleksi peribadi

Assalamualaikum Wrt. Wbt.


Selamat bercuti semua sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke- 58.
Apakah kita  'MERDEKA' dalam ertikata yang sebenarnya? Jika dahulu kita sambut merdeka kerana tanah air Malaysia bebas dari penjajah. Hari ini, walaupun Malaysia kelihatan aman namun hakikat adalah sebaliknya. Masyarakat hari ini umumnya gusar dan bimbang akan perubahan yang berlaku samada dari segi politik, ekonomi dan sosial. Mari kita renungkan sejenak.

Baiklah hari ini ‘mood’ nak cerita berkaitan makanan. Sejak beberapa minggu sakit kepala tidak pasti apa puncanya. Sambil santai bersama keluarga di hujung minggu dan cuci mata imbas semula menu yang berkenan di hati.

Cerita penghujung Syawal yang lalu, sempat juga mencuba resepi hasil dari carian google. Puding Triffle resepi asalnya kemudian diubah suai menjadi Puding Koktail Kastard.. Mmm..  Boleh sahaja kan.  Alhamdulillah walaupun rupa tidak seberapa, ada juga rasanya. Biasa la, percubaan pertama.



Menu kedua pula ‘Lontong Goreng’ mudah resepi dan cara penyediaannya. Cuma menu ni biasanya jika ada sambutan perayaan atau majlis tertentu baru lah rajin sikit nak membuatnya. Sebab ada lebihan nasi impit segera.. Hehe. Perencahnya macam buat nasi goreng juga. Nak rasa lebih menyengat boleh tambah cili padi dan bawang merah lebih sikit sebagai perencah. Tambahkan juga seafood seperti udang dan bebola ikan atau boleh gantikan dengan isi ayam bagi yang berpantang makanan laut terutama pesakit gout. Untuk menu yang seimbang, tambahkan sayuran seperti kobis dan lobak atau sawi. Saya belanja gambar ye. Dah hujung-hujung baru sempat nak ambil gambar, tinggal bakinya sahaja yang seadanya.. maaf ye.. Hehe

LONTONG GORENG


Bahan A :
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
10 – 15 tangkai cili padi ( boleh juga ganti cili kisar )

Bahan B :
2 sudu besar minyak untuk menumis
6 – 8 biji bebola ikan – dibelah dua
100 gm udang segar saiz kecil - anggaran segenggam
100 gm sotong – dipotong
2 sudu besar sos tiram
2 sudu kicap lemak manis ( saya suka guna kicap jalen label oren)
2 sudu besar air

Bahan C :
7 biji nasi impit segera saiz mini – dipotong empat
1 mangkuk kecil campuran sayur (kobis/lobak dihiris halus)
Garam secukup rasa
1 sudu kecil Serbuk Perisa Pasti Sedap Knorr



Untuk Hiasan :
Daun bawang ( dihiris halus )
Bawang goreng


Cara Memasak :
1)  Tumbuk lumat atau kisar bahan A.
2)  Masukkan minyak ke dalam kuali dan tumis bahan A beserta bahan B.Tumis hingga naik bau dan kelihatan garing. Masukkan sedikit air anggaran 2 sudu besar air. Tunggu sedikit mendidih.
3)  Masukkan nasi impit yang telah dipotong dadu. Gaul rata perencah dan masukkan campuran sayur.
4) Tambah sedikit garam dan perisa bergantung citarasa masing-masing.
5) Akhir sekali tabor bahan hiasan untuk hidangan juadah.

Selamat Menjamu Selera.. resepi di atas boleh diubahsuai mengikut selera masing-masing.
Boleh lah mencuba.

***********************

KEMPEN 1 BULAN 1 GRAM EMAS 1 KELUARGA
Simpanan untuk jangka masa panjang.
Emas tidak pernah susut nilai MALAHAN SEMAKIN MENINGKAT SABAN TAHUN . 
Emas oleh tukar di seluruh dunia.
EMAS mengelakkan kebocoran wang.


HARGA EMAS AKAN NAIK LAGI.

JOM MULAKAN SIMPANAN SEKARANG, MASIH BELUM TERLEWAT.
MILIKI EMAS FIZIKAL BUKAN EMAS DARI SKIM PELABURAN .

*** DINAR @ EMAS ADALAH MATAWANG SEBENAR.
 WANG KERTAS HANYA MEDIUM PERTUKARAN UNTUK MEMBELI SESUATU ASET. 
Nilai wang semakin menyusut, emas pula semakin meningkat.


Berminat untuk detail berkaitan emas fizikal untuk simpanan 
boleh sms/whatsapp : 012-6343413 (Azzah) @ www.auraemas.com/azzahgol
JOM CELIK EMAS untuk KEMASLAHATAN UMMAH.



No comments:

Post a Comment