Teks : Noor Azzah Mohd Yusof
Gambar : Sumber google
Gambar : Sumber google
Assalamualaikum…


Melihat
situasi sebegini, apa yang boleh kita lakukan sebagai saudara seislam adalah
mendoakan keselamatan mereka yang terlibat dengan mangsa banjir ini. Mungkin
ada di antaranya sahabat, saudara atau jiran kita dahulu, boleh jadi orang ini
yang pernah membantu kita suatu ketika dulu.

Sentiasa bersangka baik
kepada Allah. Allah jua lah tempat sandaran kita meminta pertolongan (A.T.M -
Allah Tempat Mengadu, Allah Tempat Meminta) Allah Maha Mendengar. Apa jua doa dipanjatkan
tidak kira masa dan ketika. Terus sahaja berdoa. Allah berada dekat dengan
kita. Memohon dengan penuh yakin tanpa ada rasa jemu. Doa apa yang kita mahu,
nyatakan dengan jelas. Akan terjawab segalanya mengikut kehendak dan
ketentuanNya. Doa seseorang kepada saudaranya adalah dimakbulkan Allah.
Di saat
ujian yang datang ini, mari sama-sama berdoa agar Allah selamatkan semua yang
terlibat dengan banjir. Ya Allah kasihani mereka, bantulah mereka, permudahkan segala
urusan dan ringankan bebanan mereka. Moga Allah kurniakan ganjaran dan gantikan
dengan sesuatu yang lebih baik di atas ujian kesabaran dan keimanan yang mereka
hadapi ketika ini. Allahumma amen.
Selain
berdoa, boleh dilakukan solat hajat beramai-ramai mahupun bersendirian
mendoakan keselamatan mrangsa banjir. Bagi yang berkemampuan boleh menyalurkan
sumbangan kewangan juga peralatan, pakaian, makanan juga keperluan harian untuk
mangsa banjir. Sama- sama menjadi warga yang prihatin membantu meringankan
bebanan mereka.
Perhati
dan meneliti dengan matahati. Semoga apa yang berlaku ketika ini dapat memberi keinsafan
dan peringatan buat diri saya sendiri juga semua. Tatkala diri merasakan di
dalam kesusahan, sesungguhnya ada lagi insan yang berat lagi ujiannya di luar
sana. Bila mana kita berada di atas, jangan lupa pada mereka yang berada di
bawah. Kerana kita juga pernah berada di bawah sebelum berada dipuncak ketika
ini. Dalam kesenangan yang kita perolehi, ada bahagiannya bukan milik kita yang
perlu dikongsikan bersama insan lain. Kita
Berjaya dan senang hari ini, ada doa dari insan lain yang tidak pernah kita
tahu. Apa yang kita miliki bukanlah bersifat kekal dan atas usaha kita semata.
Bahkan semuanya adalah pinjaman dari Allah dan atas keizinan juga kehendakNya.
Ianya bersifat ujian buat manusia. Adakah manusia bersyukur atau sebaliknya.
Sesungguhnya Allah tidak pernah menzalimi manusia, melainkan manusia sendiri
yang telah membuat zalim pada diri sendiri.
ada hikmah di sebalik ujian Allah ni,,kawan2 iqha pun ramai yg terlibat dengan banjir dekat kelantan and terengganu..insyaallah,,sama2 kita doa supaya banjir ni cepat surut,,insyaAllah..aminn.. ;)
ReplyDeleteAllah sebaik-baik Perencana. Pemilik seisi alam .
ReplyDeleteMoga Allah permudahkan urusan mereka. Sesungguhnya akan datang khabar gembira buat mereka yang hadapi dgn sabar. Jom kita beri moral support pd mereka.. :) kita semua bersaudara !