MISI BANTUAN MANGSA BANJIR

Teks : Noor Azzah Mohd Yusof
Sumber gambar : Koleksi peribadi

Assalamualaikum…
Sekejap masa berlalu. Sudah pun petang. Sebelah pagi menguruskan sumbangan barang untuk mangsa banjir. Rakan – rakan turut serta membantu. Inisiatif pihak pengurusan universiti membuat pengumpulan barang-barang sumbangan untuk dihantar sendiri ke lokasi mangsa banjir menggunakan lori.

Proses pengumpulan telah bermula sejak 26 hingga 30 Disember 2014. Pusat pengumpulan di dua lokasi iaitu di Kampus Shah Alam dan Kampus Bestari Jaya. Alhamdulillah ramai yang tampil membantu dan prihatin dengan situasi yang dialami oleh mangsa banjir. Sumbangan wang tunai juga barang keperluan iaitu beras, sardin tin, biskut, pakaian, keperluan bayi dan kanak-kanak (pampers, susu, botol, pakaian), air mineral, minuman dan selimut. Ianya dari pelbagai  jabatan, fakulti dan tidak ketinggalan sumbangan perseorangan.












Moga dana dan bantuan ini selamat sampai ke tangan penerima yang sepatutnya. Diharap dapat meringankan bebanan dan sedikit sebanyak dapat membantu dari segi keperluan harian. Kami di sini membantu mana yang termampu diiringi doa dan harapan dari jauh. Semoga segala urusan sukarelawan dan mangsa banjir di sana dipermudahkan Allah SWT. Allahumma ameen... SABAR membuahkan KEMANISAN IMAN, SYUKUR melahirkan RASA KEINSAFAN.  




Comments