KATAKAN LAH BENAR WALAU PUN PAHIT

Teks : Noor Azzah Mohd Yusof
Sumber Gambar : Google

Assalamualaikum...

Sudah beberapa hari tidak berkesempatan untuk menulis entri. Rindu rasanya. Seolah mahu bertemu kekasih hati. Apa kan daya. Bagi yang sudah biasa menulis blog adalah satu kemestian untuk 'update' entri setiap hari.

Sambungan entri yang lalu akan saya tulis pada entri berikutnya ya.. sebab banyak yang diceritakan satu persatu dengan hubungkaitnya. Saya pun sebenarnya teruja nak kongsi cerita.

Kita biasa mendengar pepatah ini " Katakanlah Benar Walaupun Pahit".
Pepatah ini memang ada benarnya, namun hakikatnya tidak semua orang boleh menerimanya dan sanggup menanggung risiko. Siapa yang MAMPU DAN SANGGUP untuk sakit hati, gundah dan risau, malah lebih dari itu mungkin hilang pekerjaan, hilang rakan taulan, dibenci orang yang disayangi, dipinggir oleh ahli keluarga HANYA disebabkan berkata benar.

Apa yang ingin saya sampaikan... Di sebalik pepatah itu, kita hanya nampak sesuatu yang negatif. Namun, pernahkah kita menilai di sebalik pepatah itu mengapa ianya wujud. 



Pepatah " Katakanlah Benar Walaupun Pahit" mempunyai maksud yang mendalam. Ia sebenarnya sangat rapat dengan konsep saling nasihat menasihati tegur menegur ke arah kebaikan atau pun lebih sinonim dengan AMAL MAKRUF NAHI MUNGKAR. Sudah sedia maklum, bukan mudah untuk menyampaikan sesuatu kebaikan. Pasti ada sahaja HALANGAN dan CABARAN.

Di sebalik kepayahan, kesusahan dan keperitan itu ada hikmahnya. 
Berkatalah benar walaupun pahit mengajar kita konsep kebergantungan kepada Allah SWT. Allah memberi peluang kepada kita untuk meraih ganjaran JUGA supaya lebih mendekatiNYA, iaitu :

Pertama : Ganjaran kerana menyampaikan. Lebih-lebih lagi sesuatu yang orang sukar terima. 
Kedua    : Ganjaran/Pahala kerana kita bersabar jika kata-kata tidak diterima.

Sesungguhnya Allah telah menyediakan peluang dan laluan yang mudah untuk kita melipatgandakan pahala. Barangsiapa yang mengasihi Allah, maka Allah akan mengasihinya. Semua ujian ini adalah asbab untuk kita mendapat pahala dan redha Allah ataupun sebaliknya. 
ALLAH SUMBER KEKUATAN. MENCARI KEKUATAN CARILAH ALLAH.
Mari kita renung bersama. Berjumpa lagi di entri akan datang. Salam kasih sayang...
  




Comments