Teks : Noor Azzah Mohd
Yusof
Gambar : Sumber Google
Assalamualaikum...
Alhamdulillah, terima kasih
Ya Allah.
Ketika ini perasaan saya
bercampur-baur, ada sedikit gembira, teruja, rasa bersemangat, risau, penat.
Apa pun saya bersyukur ke
hadrat Ilahi atas nikmat kurnia yang diberi.

Puan Faizah merupakan anak
didik Dr. Azizan dan Ustaz Fathuri. Hebatnya aura itu apabila bergabung ilmu
dunia dan ilmu akhirat. Hasilnya memang luar jangkauan. Allah beri berlipat
kali ganda lebih jauh banyak dari apa yang kita fikirkan. Apa yang penting
adalah niat dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Pekerjaan/perlakuan yang baik
ye. Untuk peringatan bersama, MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA. Jangan cuba
jadi seperti 'Robinhood'. Sungguh pun berniat baik, Islam tidak pernah
menghalalkan cara yang jelas haram/buruk untuk mencapainya. Pasti akhirnya
mengundang masalah lebih besar.
Apa sahaja mohon terus pada
Allah, jaga amalan Solat Fardhu di awal waktu, lazimi solat Dhuha, niat untuk
bangun awal pagi sebelum Subuh menunaikan solat sunat. Amalan yang dikongsi
juga LEBIH BANYAK KITA BERI, LEBIH BANYAK KITA DAPAT. Amalan berkongsi ilmu,
niat membantu orang lain serta suka bersedekah dan amalan-amalan di atas adalah
PEMBUKA PINTU REZEKI. Restu dan doa SUAMI juga IBUBAPA amat perlu untuk
berjaya. Tanpa mereka siapalah kita. Redha Allah kepada seorang wanita bergelar
isteri terletak pada si suami, manakala Redha Allah kepada seorang anak
terletak pada kedua orang tuanya.
Puan Faizah berkongsi
pengalaman beliau sendiri, sejak konsisten dengan amalan-amalan tersebut,
banyak perubahan yang berlaku lebih-lebih lagi bisnesnya semakin berkembangluas
dan berpotensi besar. Beliau juga banyak memberi motivasi dan dorongan hasil
ilmu yang diperolehi dari Ustaz Fathuri dan Dr. Azizan Osman. Pada awalnya saya
hanya biasa-biasa sahaja. Niat hanya ingin mengucapkan tahniah atas kejayaan
beliau.

TERIMA KASIH YA ALLAH. MOGA
DIPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN KAMI.
DORONGKAN KAMI KE ARAH
KEBAIKAN DAN MOGA KAMI SENTIASA DALAM PETUNJUKMU.
so inspiring entry ni =)
ReplyDeletesaya follow sini untuk Uni Aqilah giveaway #25
Good sharing ;)
ReplyDeleteFollow sini 49 dari segmen http://www.cekgunorazimah.com/2014/12/giveaway-2014-bersama-mystorymorycom.html