AURA HEBAT

Teks : Noor Azzah Mohd Yusof
Sumber Gambar : Laman Page MMR

Assalamualaikum...

Semua yang berlaku telah tertulis dan diatur oleh Allah. Tidak pernah saya terduga.
Sejak Allah mempertemukan laman sosial Facebook "Mudahnya Menjemput Rezeki" (MMR), banyak manfaat telah diperolehi. Saya rasa hari-hari yang dilalui terlalu bermakna tidak kira siapa pun kita di mana kita dan apa juga situasi kita hadapi. Semuanya mempunyai hikmah tersendiri dan rahsia Allah buat hambaNya menjadi inspirasi buat yang mahu ambil tahu dan cuba memahami.

Bagi yang belum mengenali Ustaz Fathuri dan juga belum membaca karya beliau, boleh kunjungi beliau di : https://www.facebook.com/JemputRezeki atau boleh bersilaturrahim dengan penulis di talian 012-9876717. Cuma saya ingin mengingatkan supaya jangan pernah serik dan jemu untuk cuba menghubungi. Susah sebenarnya untuk tembusi talian dan dapat bercakap dengan Ustaz ini. Boleh tanyakan pandangan beliau bagi yang berhajat.

  
Pada saya seolah ada satu magnet yang ada pada Ustaz Fathuri ini. Allah beri kelebihan pada beliau untuk membantu berjuta-juta insan yang memerlukan di luar sana. Hanya dengan kata-kata dan tips amalan membuka pintu hati dan minda manusia untuk berfikir dan perhalusi melalui tindakan. SubhanAllah.. 

Saya dapat rasakan ilmu yang Allah beri kepada beliau telah tersebar ke seluruh pelusuk Malaysia khususnya. Saya merupakan follower "MMR", bagi yang mengikutinya dapat pelajari dan menghayati pelbagai kisah yang tidak pernah terduga dan akhir memperolehi jalan keluar dan penyelesaian kepada masalah juga kemelut yang dihadapi. Semua ini adalah merujuk kepada usaha dan kebergantungan kita pada Allah SWT. Atau lebih tepat sekali pasti terkejut dengan KEAJAIBAN yang berlaku. KUN FAYAKUN. Allah Maha Berkuasa. 

Melalui laman ini juga dengan takdir Allah saya telah dipertemukan dengan seorang usahawan wanita aura hebat. Selama ini tidak pernah saya terfikir akan berkenalan apatah lagi dapat menemuinya. Kasih sayang Allah mengatasi segalanya. Setiap kali diri dalam kesusahan bantuan Allah sentiasa ada. Cuma adakalanya kita tidak dapat rasakan bila mana hati ini dipenuhi dengan palitan dosa sehingga menutupi segalanya. Hanya dengan cara mendekatkan diri kepada Rabb dan meraih belas kasihNya, pasti dapat menilai dan terungkai segala kekusutan. Bila Allah kasih kepada kita, minta apa sahaja insya Allah tersenyum bahagia. Jalannya pasti ada.. Itu namanya BAHAGIA...

Igin tahu dengan siapa Allah temukan saya? Nantikan kisah seterusnya di entri akan datang.
Perasaan gembira dapat bertemu dengan insan ini dan memberi momentum buat saya untuk teruskan perjuangan dalam kehidupan. 


 


Comments