Teks : Noor Azzah Mohd Yusof
Gambar : Google

Setelah mendapat maklumat berkaitan
dropship, saya mula membuat carian google dan akhirnya menemui ABDR ( Akademi
Bekerja di Rumah). Pakej yang ditawarkan sangat menarik. Bukan hanya suri rumah
yang menyertai bahkan ramai ahlinya di kalangan suri bekerjaya dan mempunyai
latarbelakang pendidikan yang hebat.
Sejak menyertai ABDR, saya mula
memahami bagaimana bisnes dropship dijalankan dan mendapat respon yang baik dari
rakan-rakan. ABDR menawarkan pelbagai produk dropship iaitu makanan, telekung,
makanan sunnah dan produk Islami. Produk dropship yang digemari pelanggan
adalah Pakej Nasi Arab Al-Bayt.
Bermula dari ABDR juga saya mula menjadi ejen
dropship cadar cotton patchwork kemudian yang terkini adalah produk makanan
keluaran Sangat Sedap dan produk supplement kesihatan Inayah Beauty
Booster. Bisnes dropship sangat mudah kerana saya hanya menguruskan tempahan
dan pembayaran pelanggan secara atas talian (online) sahaja tanpa perlu
bersusah payah melakukan pembungkusan dan penghantaran stok kepada pembeli.
Cara ini sesuai bagi suri yang sibuk menguruskan rumahtangga juga bekerja di
samping itu dapat menjana pendapatan sampingan diri juga keluarga.
Cuma apa yang saya lihat sedikit kekurangan
dan kelemahan bisnes dropship ini, iaitu kecuaian dari pihak pembekal bila mana
tidak mengamalkan khidmat pengurusan yang cekap. Seperti yang saya alami
sendiri, butiran penghantaran tidak lengkap menyebabkan produk yang dipesan
oleh pelanggan lewat tiba. Pihak pembekal tidak mengambil inisiatif untuk
menghubungi pelanggan apabila produk yang dipesan tidak dapat dihantar seperti
yang ditetapkan. Hal ini menimbulkan masalah bagi pihak dropshipper (ejen).
Isu lain yang timbul, apabila pihak
pembekal menghantar produk pesanan yang kurang kualitinya. Ada kesan koyak pada
produk atau kerosakan. Pihak pembekal beranggapan pelanggan akan menerima
sahaja barang tersebut, kerosakan yang berlaku bukan tanggungjawab pembekal
setelah bayaran dan penghantaran dibuat. Ini salah satu sikap tidak
bertanggungjawab dan mengaut keuntungan tanpa mengira hak pelanggan.
Bagi yang ingin menceburi bisnes
dropship ini perlu persiapkan diri dengan ilmu, kerana cabaran mengendalikannya
tidak kurang hebat. Pastikan status pihak pembekal yang ingin kita pilih untuk
bisnes dropship. Terma dan syarat yang diberikan tidak menjerat peniaga
dropship. Ada setengahnya pula mengenakan bayaran pendaftaran dropship yang
tidak munasabah. Peniaga dropship juga perlu sedia dengan pelanggan yang mempunyai
pelbagai kerenah dan ragam. Ada setengah pelanggan tidak tahu bagaimana membuat
pembayaran secara online dan tiada akaun perbank internet. Pelanggan perlu
diberitahu bagaimana membuat transaksi melalui mesin atm atau kaunter
bank.

Comments
Post a Comment