Teks
: Noor Azzah Mohd Yusof
Gambar
: sumber google
Biasanya bila hampir tiba di
penghujung bulan, kebanyakan kita memikirkan gaji atau perbelanjaan isi rumah.
Sebahagian besar wang pendapatan kita bekerja digunakan untuk membayar pinjaman
perumahan, peribadi dan kenderaan juga pinjaman pelajaran. Kos sara hidup juga
semakin meningkat. Sekiranya perbelanjaan dan sumber kewangan tidak diurus
dengan baik maka ia menyebabkan situasi “poket
kosong di pertengahan bulan gaji”.

Sejak dahulu lagi sebelum
berumahtangga saya telah menggunakan sistem ‘sampul’ dalam menguruskan
perbelanjaan dan keperluan. Pengalaman hidup susah menjadikan saya lebih
berhati-hati dalam perbelanjaan dan segala urusan perbelanjaan akan direkod
dalam buku lejar. Keadaan ini memudahkan saya untuk mengenalpasti jumlah
perbelanjaan sebenar dan menghadkan mana yang tidak perlu serta menyisihkan
wang untuk waktu kecemasan walaupun gaji bulanan yang diterima adalah jumlah
yang kecil jika mahu dibandingkan dengan komitmen dan pelbagai keperluan. Merekod
perbelanjaan juga boleh membantu dalam merancang bajet keperluan di masa akan
datang.
Apa yang saya lakukan setiap bulan,
adalah wang pendapatan yang diterima saya agihkan ke dalam sampul yang
berasingan mengikut keperluan dan jumlahnya. Perbelanjaan berdasarkan jumlah
yang ditetapkan bagi mengelakkan bajet ‘tergelincir’ dari yang sepatutnya. Ambil
semula contoh di atas, baki jumlah pendapatan RM1,500 setelah ditolak RM150
menjadi RM1,350. Kemudiannya diasingkan ke dalam sampul-sampul yang telah
ditulis.
Contohnya seperti berikut :
Sampul 1 : BARANG
DAPUR (RM250)
Sampul 2 : BIL
ELEKTRIK DAN AIR (RM200)
Sampul 3 : PENGASUH
ANAK (RM300)
Sampul 4 : BROADBAND
(RM100)
Sampul 5 : SEWA
RUMAH (RM350)
Sampul 6 :
RENEW ROADTAX * RM50 X 12 BULAN (RM 600)
Sampul 7
: PENYERTAAN QURBAN * RM42 X 12 BULAN (RM 500)
Sampul 8 :
LAIN-LAIN (RM 58)
Sekiranya
ada lebihan perbelanjaan dari setiap sampul, wang tersebut boleh dibawa ke bulan
hadapan samada diletakkan dalam sampul berkenaan atau boleh dimasukkan lebihan
itu dalam sampul (8) : Lain-lain. Bajet perbelanjaan juga boleh dikumpulkan
hasil sumbangan dan perkongsian dari pasangan.
Alhamdulillah setakat ini ‘teknik
sampul’ membantu saya dalam mengurus perbelanjaan. Adakalanya ketikanya berlaku
kecemasan, saya terpaksa menggunakan wang simpanan untuk tujuan tersebut.
Sebolehnya saya akan menggantikan semula wang simpanan yang telah digunakan
pada bulan-bulan berikutnya serta menyelaras semula perbelanjaan bulanan. Moga perkongsian ini dapat membantu pengurusan perbelajaan bulanan keluarga.
Comments
Post a Comment