Teks : Noor Azzah Mohd Yusof
Gambar : Google
Assalamualaikum…
Hajat
saya kali ini mahu berkongsikan sesuatu yang diperolehi dari satu slot seminar
yang dihadiri 2 tahun lalu. Ia berkaitan dengan SPRITUAL NLP TRAINING.
Bagaimana kita mengawal minda berfikir dan pengaruhnya terhadap perilaku dan
kehidupan. Seminar ini telah berjaya mengubah cara pemikiran saya yang
dahulunya seorang pesimis menjadi lebih optimis. Apa jua yang berlaku saya
anggap ia sebagai suatu hikmah dan hadiah istimewa Allah kepada hambaNya.
Segala buruk dan baik yang datang adalah rahmat dan manfaat daripada Allah SWT
Maha Pencipta Yang Mengetahui setiap sesuatu.
Tahukah
kita bahawa tingkahlaku dipengaruhi oleh 55 peratus dari gerak bahasa badan,
manakala 38 peratus melalui tona percakapan dan selebihnya 7 peratus adalah
dari percakapan. Kita sering kali membuat kesilapan tanpa disedari ia memberi impak
yang negatif dalam tindakan. Sebagai contoh penggunaan perkataan “masalah”.
“
Masalah ini berpunca …..”
Perkataan
“ Masalah” itu merujuk kepada sesuatu yang bersifat negatif dan hal ini menyebabkan sesuatu itu bertambah rumit sedangkan ianya tidaklah seteruk yang disangka. Kita disarankan
supaya menggunakan perkataan positif dalam percakapan. Ia berupaya mengawal minda kita supaya lebih positif dan menganggap hal tersebut dapat diselesaikan dengan baik. Penggunaan perkataan “masalah” itu boleh kita tukar kepada "cerita" atau "isu" atau "hal" dan sebagainya yang bersesuaian.
“
Isu ini berpunca….”
Selain
itu, membiasakan diri dengan penggunaan kata “boleh”.
“
Boleh kita bincang?”
“
….boleh kan..”
“
tolong saya boleh? ” adalah lebih baik dari menggunakan ayat "boleh tak tolong saya?" "kita bincang boleh tak?"
Penggunaan "boleh tak" mempunyai unsur negatif , memberi ruang pilihan bagi jawapan "tidak" .
Penggunaan "boleh tak" mempunyai unsur negatif , memberi ruang pilihan bagi jawapan "tidak" .
Penggunaan
kata positif mampu mempengaruhi pemikiran seterusnya memberi tindak balas
positif dari sudut tingkah laku.
Seperkara
lagi yang menarik untuk saya kongsikan adalah berkaitan KONSEP DA/DA (Hidup Bertuhan). DIA di awal dan DIA
diakhir. DIA itu adalah ALLAH. Apa jua yang kita ingin lakukan hendaklah kembali kepadaNya. Begitu
juga di pengakhiran sesuatu perkara, perlu merujuk kepadaNya.
Sebagai contoh :
“
Ya Allah, aku lapar. Dengan wang yang sedikit ini, makanan apa yang dapat aku
beli untuk menjadi alas perut ku ini?” ( DA yang pertama)
---------------------------------------------------------
(DA
yang kedua) “ Terima kasih Ya Allah atas pemberian nikmatMu ini kepada ku”
Sudah
tentu pembaca ingin tahu apa jawapan bagi permintaan di atas.
Jawapan
tersebut Allah beri melalui bahasa alam. Sesuatu yang berlaku luar dari jangkauan
pemikiran kita. Situasinya berlaku secara spontan dan pantas .
Pelbagai
kemungkinan boleh berlaku.
Saya
andaikan jawapannya seperti :
-
“makanan abang sudah dibayar, ada hamba Allah yang membayarnya sebentar tadi.”
-
ketika menghampiri kedai makan ada seekor kucing yang mengekori kita, sehingga
kita tidak sedar terus berjalan dan berhenti di hadapan sebuah kedai makanan
yang lain.
-
tiba-tiba mendapat panggilan telefon dari rakan yang ingin membelanja makan.
-
makanan yang diambil dikenakan harga yang sangat murah berbanding biasa.
Semua
contoh kemungkinan yang diberikan di atas adalah di luar kawalan kita. Apa juga
yang berlaku adalah atas kekuasaan Allah SWT untuk menggerakkan hati sesiapa
sahaja. Cuma yang penting, segala hajat kita mohon dan serah kepada DIA.
Sesungguhnya Allah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.
“
Ya Allah, aku memohon kepadaMu agar diberi jalan penyelesaian yang terbaik
dalam situasi ku ini …………..”
“Terima
kasih Ya Allah”
Setelah
mendapat hasil atau jawapan kepada persoalan atau permohonan, perlu ucapkan
terima kasih dan syukur kepada Allah.
Konsep ini menekan kepentingan berserah atau bertawakkal kepada Allah samada di permulaan atau pengakhiran sesuatu perkara. Bukan seperti yang sering dilakukan oleh kebanyakan orang, nampaknya lebih suka dan mudah mengadu kepada manusia selain merujuk terlebih dahulu kepada Allah .
Konsep DA/DA adalah asas cinta kepada Allah yang menjadi sumber rezeki, kebahagiaan, kesembuhan, perlindungan dan segala hajat. Menggunakan konsep ini mengungkapkan rasa cinta dan syukur kepada Allah tanpa ada hadnya.
Konsep ini menekan kepentingan berserah atau bertawakkal kepada Allah samada di permulaan atau pengakhiran sesuatu perkara. Bukan seperti yang sering dilakukan oleh kebanyakan orang, nampaknya lebih suka dan mudah mengadu kepada manusia selain merujuk terlebih dahulu kepada Allah .
Konsep DA/DA adalah asas cinta kepada Allah yang menjadi sumber rezeki, kebahagiaan, kesembuhan, perlindungan dan segala hajat. Menggunakan konsep ini mengungkapkan rasa cinta dan syukur kepada Allah tanpa ada hadnya.
Berfikir
secara positif bertindak dengan sewajarnya. Mohonlah kepada Allah moga segala
urusan kita dipermudahkanNya... Allahumma ameen..
Comments
Post a Comment