RAKAN FOLLOWERS

Thursday, 30 October 2014

HASIL JEMARI - KRAFTANGAN FELT

Teks : Noor Azzah Mohd Yusof
Gambar : Koleksi Peribadi

Assalamualaikum…

Alhamdulillah... Alhamdulillah... Moga Allah mempermudahkan urusan kita pada hari ini, insya Allah.

Apa yang ingin saya kongsikan pada entri kali ini berkaitan seni kraftangan felt. Suatu ketika dahulu saya amat menggemari felt. Segala maklumat saya perolehi melalui internet walaupun ketika itu saya mengakses hanya menggunakan handphone sony Ericson lama.
Saya ingat lagi, timbulnya minat kraftangan felt ketika dalam cuti selepas menjalani pembedahan. Dalam proses penyembuhan tersebut saya tidak dapat bergerak aktif disebabkan kesan pembedahan. Perasaan bosan membuatkan saya mengambil keputusan untuk mempelajari teknik felt. Terlalu teruja untuk menghasilkan sendiri kraftangan felt. Segala peralatan dan kelengkapan saya beli secara online (atas talian). 

Minat tersebut terus bercambah dan saya telah menghasilkan beberapa tempahan daripada saudara dan juga rakan-rakan. Antaranya penanda buku "bookmark" felt, bekas pensil felt, dompet felt, klip rambut dan fridge magnet. 



Dompet Felt





Tempahan Bookmark Felt




Bekas Pensil

Klip Rambut


Fridge Magnet (Love)

Fridge Magnet (Mushroom)

Fridge Magnet ( House)

Gambar di atas adalah antara koleksi tempahan yang saya buat sebelum ini. Sewaktu saya masih bujang. Namun saya tidak dapat meneruskan minat kraftangan felt ini kerana tidak terkejar untuk menyiapkan tempahan tambahan pula keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan . Siangnya pula saya bekerja sepenuh masa. Kerja-kerja kraf biasanya saya lakukan pada waktu malam setelah selesai segala keperluan untuk keesokan hari. Adakalanya saya cuma tidur beberapa jam dek kerana menyiapkan tempahan. Walau apa pun, kraf felt ini amat menyeronokkan biar pun agak rumit dan leceh kerana semuanya menggunakan jahitan tangan semata-mata serta mengambil masa yang panjang untuk menyiapkan tempahan yang banyak. 

Dengan harapan suatu hari nanti berpeluang untuk membuat semula kraf felt ini. Buat masa ini komitmen lebih fokus kepada rumahtangga dan anak. Dan juga perlu berulang dari tempat kerja ke kampung selama 1 jam lebih perjalanan , untuk melihat anak kecil yang dijaga buat sementara ini oleh ibu saya. Masa yang ada terlalu berharga , dan perlu diurus dengan sebaiknya.

Saya ucapkan selamat belajar kepada rakan-rakan yang baru mengenali felt. Selamat berkraf... 

No comments:

Post a Comment