BANGAU OH BANGAU

Teks : Noor Azzah Mohd Yusof
Gambar :  Sumber Google

Syukur Alhamdulillah…
Masih diberi kesempatan untuk merasai nikmat kurnian Ilahi.
Masa terlalu pantas beredar.Hari ini saya ingin membuat perkongsian berkaitan “ Bangau Oh Bangau”.

Saya rasa semua orang tahu lagu ‘Bangau Oh Bangau’, iaitu Si Bangau yang suka mencari pelbagai alasan dan menyalahkan yang lain atas berlakunya sesuatu.

Apa kaitan bangau dengan kehidupan manusia?

Manusia sifatnya mudah lupa. Berbagai ragam manusia. Ada yang sombong, ego , tidak mahu menerima kesilapan diri, hasad dengki, dendam dan macam-macam lagi.
Seringkali menyalahkan takdir apabila berlaku sesuatu yang buruk atau ditimpa musibah. Sukar untuk menerima kenyataan. Sampai bila- bila pun masalah tidak pernah akan selesai kerana sentiasa mencari kesalahan orang lain. Walhal apa yang berlaku berkemungkinan atas kesilapan dirinya sendiri.

Jalan yang terbaik seharusnya menyedari kesilapan diri dan cuba memperbaikinya. Belajar menerima kenyataan apa jua yang berlaku. Dari situ kita dapat mempelajari sesuatu.

Sesuatu yang berlaku pasti ada hikmahnya. Buruk atau baik tetap ada kebaikan di sisi Allah. Kerana Allah ingin mentarbiah hambaNya dengan sifat rendah diri, sabar dan redha. SubhanaLLah… Betapa sayangnya Allah pada kita, mendidik kita supaya menjadi insan yang lebih baik.

Seperti contoh, kita seringkali bersangka buruk mengapa kita seringkali di timpa masalah. Kunci kereta hilang waktu hendak pergi ke pejabat. Dan kita mula memarahi suami/isteri/anak kerana menghilangkan kunci, walhal mungkin kita tersalah letak. Perasaan marah dan stress akan menggangu keseimbangan emosi sehingga tidak mampu untuk fokus dalam melakukan tugasan. Sudahlah lambat ke tempat kerja. Pastinya akan dimarahi bos. Perasaan marah ini kian marak bagai api disimbah petrol. Minda kita selalu melihat apa yang berlaku dari sudut negatif. Masalah yang satu ini akan menjadi punca timbul masalah yang lain.

Belajar berfikir secara positif. Tidak susah sebenarnya. Anggap sahaja sendiri terlupa meletakkan kunci. Atau pun memaafkan anak/isteri/suami yang secara tidak sengaja mengalihkan kunci dari tempatnya. Memang lambat pergi ke tempat kerja asalkan pergi kerja dengan hati yang tenang walaupun akan dimarahi bos. Kenapa rasa tenang? Kerana diri mampu menerima kenyataan dan memaafkan orang lain. Pasti ada sebab mengapa ini berlaku. Di sebalik kelewatan itu tadi Allah telah menyelamatkan diri dari kemalangan yang berlaku dalam tempoh itu. Bukankah kita sepatutnya berterima kasih kepada Allah. Sesungguhnya Allah sebaik-baik Perencana.


Latih diri dan berusaha untuk memaafkan orang lain. Beri ruang kepada diri sendiri untuk menerima hakikat sesuatu perkara yang berlaku. Pandanglah dengan matahati. Mohon petunjuk dariNya. Mengalah juga tidak semestinya kalah. Tidak semua orang mampu melakukan melainkan mereka yang bersyukur, redha dan sabar. Kemaafan itu pasti akan membuahkan ketenangan. Hidup kita terasa bahagia dan begitu bermakna. Menyayangi pasti disayangi.  

***************************************************
PROMOSI 
Ramai yang tercari-cari idea untuk mula bisnes dari rumah. Masih bekerjaya tak semestinya kalian tidak boleh memulakan bisnes secara sambilan. Sepatutnya itulah jalan terbaik sebelum betul-betul memilih untuk menjadi WAHM sepenuh masa. Supaya kita tidak ribut di kemudian hari.

Kelas mula bisnes online :
-suri belajar membuat tempahan
-suri belajar menerima transaksi
-suri belajar mengurus pelanggan
-suri belajar skrip jualan
- suri belajar dan tahu produk fizikal atau produk digital

4 kelas berikut masih dibuka untuk pendaftaran :
-kelas mula bisnes makanan sunnah
-kelas mula bisnes produk makanan 
-kelas telekung solat borong dan runcit
-kelas mula bisnes produk islami, quran, tajwid, etc

Perlu buat persediaan terutama sekali merancang kewangan untuk 3 tahun pertama selepas berhenti kerja.
Wajib ada :
1. Tabung modal (khusus untuk bisnes)
2. Tabung simpan dan lupakan (tabung ini mulakan dari awal ketika kalian merancang untuk berhenti). Katakanlah 3 tahun lagi, jadi mula buat simpan dan lupakan secara konsisten setiap bulan. Tidak boleh usik-usik ya.
3. Tabung penyelarasan kewangan (iaitu hutang piutang, kereta, rumah dan sebagainya berbincanglah dengan suami akan hal ini)
Pakej ini khas untuk mereka yang sedang mencari idea untuk mula bisnes secara sambilan atau sepenuh masa.
Daftar kelas blog fanpage mula bisnes bersama akademi bekerja di rumah, kalian akan dibimbing oleh guru online bertugas untuk membina blog bisnes, melalui produk akademi, iaitu sebagai rakan niaga akademi atau boleh terus promosi produk sendiri.

Sudah sedia boleh hubungi saya untuk pendaftaran kelas
Daftar kelas melalui saya 
Noor Azzah Mohd Yusof (012-6343413)


Comments