RAKAN FOLLOWERS

Saturday, 27 September 2014

BERSALIN SECARA NORMAL ATAU PEMBEDAHAN (CAESAREAN)

Teks : Noor Azzah Mohd Yusof

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang…

Alhamdulillah, kembali berblog setelah tamat tempoh berpantang 44hari. Syukur atas nikmat kesihatan yang diberi. Kini bergelar seorang ibu dengan tugas dan tanggungjawab baru. Tempoh berpantang bukanlah istilah untuk beristirehat. Dalam erti kata lain perlu lebih sabar  dalam tempoh menyesuaikan diri dengan situasi baru, perlu disiplin dari segi pemakanan dan penjagaan diri, menguruskan bayi dan seringkali berjaga malam disebabkan bayi menangis sepanjang malam ke subuh. Tambahan lagi kedua-dua pergelangan tangan bengkak sejak mengandung. Pergerakan sedikit terbatas memandangkan melahirkan bayi secara pembedahan memerlukan penjagaan rapi. Sakit di bekas luka terasa lebih-lebih lagi ketika batuk. Bekas luka juga perlu dibersihkan setiap kali mandi dan dilap sehingga kering bagi mengelakkan dijangkiti kuman dan bernanah. Pegawai Perubatan menyarankan supaya banyak meminum air kosong serta melakukan pergerakan dalam tempoh berpantang bagi mengelakkan darah beku (clot). Ianya berisiko bagi ibu yang melahirkan secara pembedahan. Kes kematian berlaku ketika dalam berpantang atau selepas berpantang adalah disebabkan pembekuan darah di paru-paru sehingga menyebabkan sukar bernafas.

Ketika berpantang saya berulang ke Klinik Kesihatan bagi memastikan komposisi darah dalam keadaan stabil memandangkan ketika melahirkan tempohari telah kehilangan banyak darah iaitu 900ml. Kerana kebiasaan bersalin normal hanya kehilangan darah kurang 500ml. Tambahan pula bekas luka pembedahan sedikit bernanah bercampur darah. Klinik membekalkan ubat antibiotik untuk mengelakkan luka merebak. Lembapan (peluh) di bekas pembedahan boleh menyebabkan jangkitan kuman.

Melahirkan secara pembedahan mengambil masa yang panjang untuk pulih sepenuhnya. Pendarahan selama 48 hari adalah satu tempoh yang panjang bagi saya.  Berdasarkan kenyataan Dr. Arifah (Pakar Obstetrik & Ginekologi) dalam majalah Pa&Ma keluaran oktober 2014, rahim terpaksa mengambil masa yang lebih untuk mengecut melalui kelahiran pembedahan. Ini menyebabkan salur darah lambat untuk memberhentikan darah juga berkemungkinan salur darah tercedera disebabkan pembedahan.

Ini merupakan pengalaman pertama bagi kelahiran bayi sulong. Saya memang berharap agar dapat melahirkan bayi secara normal. Apakan daya semua ini telah direncanakan oleh Allah SWT. Tarikh jangkaan bersalin pada 21 julai 2014 seminggu sebelum eidul fitri. Tetapi tiada tanda kelahiran yang muncul. Doktor memberikan tempoh selama 8 hari untuk melahirkan secara normal. Walaubagaimana pun saya sempat beraya pada sebelah pagi 1 Syawal 1435 sebelum diarahkan ke hospital pada petang 1 Syawal 1435 bersamaan 29 Julai 2014 disebabkan degupan jantung bayi semakin menurun. Berkampung selama 6 hari di hospital, saya terpaksa diinduce kerana bukaan hanya 3sm setelah beberapa hari dengan kontraksi yang tidak konsisten juga jangkaan kelahiran yang telah lewat (post date) melebihi 10 hari. Dua hari berturut-turut sebelumnya, doktor telah memasukkan satu alat berupa tiub getah yang akan mengembang seperti belon bagi membuka laluan bawah. Walaubagaimana pun, bukaan tetap sama iaitu 3sm. Jam 6 pagi 2 Ogos 2014, doktor memasukkan hormon oksitosin dan memecahkan air ketuban, bukaan hanya 5sm setelah 12 jam berada di bilik bersalin. Bagi mengelakkan risiko kepada bayi dalam kandungan, doktor menyarankan saya menjalani pembedahan. Jam 9.02 malam merupakan detik penuh kesyukuran di atas kelahiran permata hati yang diberi nama Mursyida . Semoga menjadi anak pintar solehah. Ameen… 

==========================================

Dapatkan PRODUK MUSLIM GMP yang mendapat pengiktirafan HALAL JAKIM serta berdaftar bawah MAL. Supplement untuk kecantikan dan kesihatan.

Supplement lengkap No. 1 Asia yang bertindak 3 dalam 1 iaitu anda pasti CANTIK, SIHAT DAN LANGSING dengan INAYAH BEAUTY BOOSTER

1. ANDA BAKAL CANTIK SEBAB KAMI GUNAKAN RAMUAN PURE SHARK COLLAGEN
-Kadar penyerapan paling pantas ke dalam badan. Dengan adanya collagen yang hebat ini. Anda akan berubah menjadi JELITA SEKELIP MATA!!
2. ANDA BAKAL LANGSING SEBAB KAMI GUNAKAN RAMUAN SOY LECITHIN
– supplement pertama yang mengabungkan shark collagen dan soy lecithin bagi mendapatkan bentuk badan idaman. Soy lecithin berfungsi sebagai PEMECAH LEMAK, PENGHAPUS SELULIT, TIADA LAGI SEMBELIT !!!
3. ANDA BAKAL SIHAT CERGAS BERTENAGA SEBAB KAMI GUNAKAN MILK THISTLE 
TONIK HATI NO 1 DUNIA. Di datangkan khas dari EROPAH untuk membuang toksin di dalam badan dan HATI. Badan akan lbh sihat, jantung sihat. Tak ada lagi sakit jantung, badan letih lesu !! Di syorkan 100% kepada penghisap rokok,yg minum alkohol, suka minum atau makan fast food, pernah guna produk kimia.
4. ANDA BAKAL CERAH GLOWING SEBAB KAMI GUNAKAN L – GLUTHAHIONE
10X ganda lebih berkesan daripada gluthathione biasa. Anda akan cerah kembali seperti kulit semasa anda baby dulu. Kulit halus mulus bakal jadi kenyataan dengan INAYAH BEAUTY BOOSTER.


INGIN KEKAL SIHAT DAN KELIHATAN CANTIK , BOLEH DAPATKAN PRODUK INI MELALUI SAYA.
SMS /WHATSAPP : 012-6343413 (AZZAH)
EMEL : noorazzahyusof@gmail.com

1 comment:

  1. Adoi...ngeri mak baca....
    alhamdulillah semoga catatan ini tersimpan dan sempat dibaca oleh anakanda.

    ReplyDelete