SUSU IBU TERBAIK…
Teks
: Noor Azzah Mohd Yusof
Gambar
: Sumber Google
Assalamualaikum…
Alhamdulillah, saya berpeluang untuk
menghadiri slot Tips Penyusuan Bagi Ibu Bekerja. Ianya anjuran majikan tempat
saya bekerja dengan kerjasama Organisasi “Pump On The Go”. Pada saya ini
merupakan perkongsian ilmu yang menarik dan berguna bagi para ibu dan bakal
bergelar isteri juga ibu.
Slot disampaikan oleh Puan Nur Zuain
Abdul Ghani, Consultant Advisor berkenaan kebaikan susu ibu. Susu ibu bersifat
universal dan custom made . Sifatnya berubah mengikut suhu dan keperluan bayi.
Ketika waktu panas, susu yang dikeluarkan menjadi cair. Manakala ketika cuaca
sejuk , ianya berubah menjadi pekat.
Susu ibu merupakan makanan utama selama 6 bulan pertama (penyusuan
ekslusif). Penyusuan ibu diteruskan selama 2 tahun bersama makanan pelengkap. Menurut
pandangan Islam, disarankan menyusukan bayi sehingga bayi berusia 2 tahun (bagi
yang mampu) berdasarkan Firman Allah S.W.T dalam Surah Al-Baqarah, Ayat 233 yang bermaksud:
“Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan
anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang hendak menyempurnakan
penyusuan itu: dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada
ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan
menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana
anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana
anaknya dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada).
Kemudian jika keduanya (suami isteri) mahu menghentikan penyusuan itu dengan
persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka
berdua tidaklah salah (melakukannya). Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu
menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu
serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut. Dan bertaqwalah
kamu kepada Allah, serta ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan
apa jua yang kamu lakukan.”
Penceramah memberikan beberapa tips
antaranya :
Tanda-tanda bayi
lapar, ingin menyusu :
·
Bayi menghisap jari ;
·
Bayi mengecap bibir ;
·
Bayi gelisah, pusing ke kiri dan kanan ;
·
Bayi menangis.
Manakala faedah
penyusuan susu ibu kepada bayi ;
·
Mengikat kasih sayang antara ibu dan anak.
·
Penyembuhan bagi ibu, setiap hisapan bayi akan
mengecutkan rahim ibu.
·
Bayi lebih sihat, menguatkan antibodi badan dan mempunyai
IQ tinggi.
·
Kulit bayi, pembentukan tulang, gigi yang cantik dan
sihat.
Antara Tips Penyusuan
Susu Ibu :
·
Lekapan dan posisi – lekapan yang betul apabila pipi bayi kembung
ketika menyusu kerana bayi yang menghisap susu akan menyimpan di dalam mulut
sebelum menelan susu. Manakala sebaliknya jika pipi masuk ke dalam
bermakna bayi menyedut udara berbanding susu.
·
Sekiranya bayi tersedak atau tercungap ketika menyusu,
ini menandakan pengeluaran susu yang banyak. Digalakkan menyusukan bayi dalam posisi baring atau bersandar. Juga disarankan pam
susu sebelum menyusukan bayi.
·
Ibu boleh mula membuat stok perahan susu selepas 2
minggu bersalin.
Selepas tempoh itu , susu ibu sudah matang.
·
Jadual mengepam susu di pejabat setiap 3 jam sekali
bagi ibu yang bekerja. Keadah power pumping boleh digunakan.
· Ibu digalakkan banyak meminum air suam juga pemakanan
sunnah untuk pengeluaran susu lebih banyak.
·
Minum air kosong 3 – 4.5 liter sehari.
· Teknik simulasi, dengan mengepam selalu bagi meransang dan menggalakkan pengeluaran
susu ibu.
· Bagi ibu yang bersalin secara pembedahan, hanya selepas
6 jam dibenarkan untuk menyusukan bayi.
Semoga sedikit perkongsian ini dapat memberi manfaat dan ilmu kepada para pembaca… Insya Allah.
Comments
Post a Comment