Teks : Noor Azzah Mohd Yusof
Gambar : Carian Google
Di Sebalik Kisah "Gelas VS Danau"
Gambar : Carian Google
Di Sebalik Kisah "Gelas VS Danau"
Pada
perkongsian yang lalu, kita telah mengetahui kisah seorang guru sufi dan anak
muridnya. Bagaimana guru tersebut membuat perbandingan antara gelas dan danau
lalu yang mempunyai perkaitan masaalah dengan kehidupan. Kali ini saya ingin
membawa para pembaca budiman dan suri bestari menyelusuri intisari dan
iktibar di sebalik kisah teladan “GELAS VS DANAU”.
PERJUANGAN
MENUNTUT KESABARAN…
Hidup
adalah perjuangan, anda akan menempuhi berbagai halangan, rintangan dan ujian,
untuk menguji sejauhmana tahap keimanan diri. Dalam perjuangan memerlukan
kesabaran. “ Barangsiapa yang diuji lalu bersabar, diberi
lalu bersyukur,dizalimi lalu memaafkan dan menzalimi lalu beristighfar,maka
bagi mereka keselamatan dan mereka tergolong dalam orang-orang yang memperolehi
hidayah”. (HR al-Baihaqi)
Sebagaimana
kisah yang telah kita baca di atas, setiap masalah pasti ada jalan keluarnya,
kesucian hati adalah penentunya. Islam amat mementingkan persoalan hati kerana
hatilah penentu buruk baik sesuatu perkara. Kita dapat memahami bahawa kesabaran, kejayaan dan kebahagiaan
seseorang individu itu berkait rapat
dengan kekuatan jiwa atau kalbu. Jiwa yang diumpamakan seperti gelas atau pun
seperti danau. Oleh yang demikian apa ingin disampaikan adalah berkisar “HATI”
dan kesan-kesannya dalam kehidupan individu…
Sabar
itu datangnya dari hati dan keimanan seseorang yang membuahkan sifat redha,
tenang, teguh dan yakin. Sabar itu terlalu sukar dan amat berat. Sabar itu
masalah hati, dengan solat kita dapat memperbaharui hati dan dapat terus
berhubung dengan Allah meningkatkan kembali kesabaran kita dan meneguhkan
keimanan.
Orang yang yakin dengan takdir akan menerima apa jua yang Allah
berikan kepadanya dengan meyakini apa yang terjadi pada dirinya adalah yang
terbaik bagi dirinya. Sikap inilah yang akan melahirkan kekuatan jiwa, tidak
kecewa, sedih, putus asa dan lain-lain.
Yakin dengan takdir Allah juga akan
menjadi sumber kekuatan luarbiasa di mana dia terus berusaha, menggilap potensi
yang ada dan bekerja keras. Orang inilah yang memiliki nilai diri yang amat tinggi.
Musibah yang datang dihadapi dengan tenang kerana yang terjadi dengan
kehendak-Nya jua. Tiada keraguan kerana telah berusaha,Allah jua yang
menentukan.
Tiada penyesalan tentang masa lalu, dia meyakini dengan masa kini
yang ditempuhi dan berani menghadapi hari esok. “La haula wala Quwwata
illa biLLah”. Tiada daya upaya dan tiada kekuatan kecuali dengan
pertolongan Allah. Kekuatan itu dari Allah, dan Dia yang memberikan kekuatan
pada diri kita.
KEKUATAN
HATI (QALBU) …
Sebagaimana
pesan Si Guru kepada muridnya dalam kisah di atas bahawa sebesar mana pun
masalah yang dihadapi semuanya bergantung pada kekuatan hati. Jadikan jiwa
sebesar danau… KEKUATAN HATI, JIWA MEMBUAHKAN KESABARAN.
Kekuatan,kebahagian
dan kejayaan manusia bukan diukur melalui fizikal dan kelengkapan material
semata, akan tetapi ianya terbina daripada gabungan antara kemampuan fizikal
(jasad) dan kemantapan spiritual (roh). Kesepaduan dan keseimbangan antara
kehebatan jasmani dan rohani akan meninggikan nilai martabat dan harga diri seseorang itu. Imam Ghazali di
dalam kitabnya Ihya’ ‘Ulumuddin menjelaskan bahawa aspek roh di dalam diri
manusia itu merangkumi istilah al-qalb (kalbu), al-nafs
(jiwa) dan al-`aql (akal fikiran).
Al-Ghazali menggunakan keempat-empat
istilah iaitu roh, kalbu, jiwa dan akal bersifat rohaniah yang terdapat di
dalam diri manusia dan merupakan jati diri , intipati atau hakikat sejati diri
manusia. Menurut al-Ghazali lagi, aspek kerohanian yang istimewa inilah yang
menyebabkan manusia dilantik sebagai khalifah untuk melaksanakan syariat Allah
di atas muka bumi ini.
Unsur
rohaniah inilah yang menghidupkan jasad manusia, juga berfungsi memberikan ciri
kehebatan serta keunggulan manusia. Dalam jasad manusia ada sebentuk hati yang
menentukan peribadi kita. Seperti mafhum hadis Rasulullah SAW : “
Sesungguhnya dalam tubuh jasad anak Adam itu ada seketul daging, bila baik
nescaya baiklah seluruh anggota tubuhnya, dan bila jahat ia nescaya jahatlah
seluruh anggota tubuhnya. Ketahuilah! Iaitulah Qalbu (hati).”( HR
Bukhari Muslim). Qalbu itu sendiri bermaksud berubah-ubah. Begitulah sifat
qalbu,kadang-kadang rasa benci,putus asa, dendam. Kadang-kadang rasa
kasih,sabar, pemaaf. Semua yang berlaku berkaitan dengan iman yang boleh
bertambah dan boleh berkurang. Sekiranya hati kita bersih, maka baik lah
perilaku, jika kotor hati kita maka buruklah perangai kita.
Ada
3 peringkat hati seseorang manusia :
1.
Hati paling rendah –yang mempunyai nafs al-amarah iaitu mempunyai
kecenderungan memuaskan syahwat, mudah marah, tamak haloba, sombong, bongkak,
suka dipuji, takutkan kesusahan dan mudah kecewa sehingga menyalahkan Allah
kerana terbeban dengan masalah yang dihadapi. Allah SWT berfirman yang
bermaksud : “Dan aku tidak melepaskan hawa nafsunya, kerana nafsu itu
menyuruh berbuat kejahatan kecuali siapa yang disayangi Tuhanku. Sesungguhnya
Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Surah Yusuf : ayat 53)
2.
Nafs al-Lawwamah – iaitu nafsu dan hati yang menasihati diri akan
kefanaan dunia. Firman Allah SWT yang bermaksud : “Aku bersumpah dengan
hari kiamat dan aku bersumpah dengan jiwa al-lawwamah iaitu yang amat menyesali
dirinya.” (Surah al-Qiamah : 1-2). Hati ini jika sentiasa digilap
dengan tasbih, istighfar dan zikrullah lama-kelamaan akan mencapai tahap “nafs
al-mutmainnah”
3.
Nafs al-Mutmainah – iaitu hati yang tenang damai. Firman Allah
dalam surah al-Fajr : ayat 27-30 mafhumnya : “ Wahai (nafs) jiwa yang
tenang(suci), kembalilah kamu kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan
diredhai (Tuhan). Maka termasuklah kamu dalam golongan hamba-hambaKu. Dan
masuklah kamu ke dalam Syurga.”
Hati yang mempunyai “nafs al-mutmainnah” sentiasa tenang menghadapi
ujian kerana merindukan kesenangan di akhirat. Orang yang memiliki hati ini
yakin dengan janji Allah, tenang ketika menghadapi masalah. Sebagaimana dalam
surah Insyirah ayat 5-6 : “Sesungguhnya di samping kesukaran ada
kemudahan, Sesungguhnya di samping kesukaran ada kemudahan”.
Di
mana setiap kali diuji, mereka teringat janji-janji Allah berdasarkan hadis
Qudsi (Riwayat Bukhari) yang bermaksud : “Aku sediakan bagi
hamba-hamba-Ku yang soleh sesuatu yang tidak pernah dilihat oleh mata, didengar
oleh telinga, tidak pernah dirasakan oleh hati”.
MEMBERSIHKAN
HATI…
Kekuatan
hati atau jiwa datangnya dari iman yang teguh. Manakala iman yang teguh itu
datangnya dari hati yang bersih. Dengan hati yang bersih menjadikan seseorang
itu bersifat redha, tenang, bersyukur dan yakin dengan ketentuan-Nya. Bagaimana
untuk menyucikan kekotoran dan karat yang ada dalam hati kita?
Rasulullah
SAW mengingatkan kita dalam sebuah hadis daripada Abu Hurairah R.A berkata :
Rasulullah SAW bersabda : “ Sesungguhnya orang mukmin apabila melakukan
suatu dosa terbentuklah bintik hitam di
dalam hatinya. Apabila dia bertaubat, kemudian menghentikan dosa-dosanya dan
beristighfar, maka bersihlah daripadanya bintik hitam itu. Dan apabila dia
terus melakukan dosa, bertambahlah bintik hitam pada hatinya sehingga
tertutuplah seluruh hatinya, itulah karat yang disebut Allah di dalam
Kitab-Nya: “ Sekali-kali tidak (demikian), sebenarnya apa yang mereka usahakan
telah menutup hati mereka”.( Surah al-Mutaffifin :14). (Hadis Riwayat
al-Baihaqi).
Imam
al-Ghazali pernah berkata, bahawa hati(qalbu) itu ibarat cermin. Ketika
seseorang itu melakukan dosa atau maksiat, maka ada satu titik menodai hatinya.
Semakin banyak dosa, semakin banyak titik itumenutupi hatinya. Jika sudah
tertutup dengan banyak bintik hitam, hati yang ibarat cermin itu tidak mampu
lagi digunakan untuk bercermin,oleh yang demikian kepekaan hatinya akan lenyap
daripada dirinya. Maka dia tidak lagi mampu mengenali dosa, semakin jauh
tersesat, berterusan melakukan dosa-dosa besar dan menjadikan dia jauh dari
rahmat Allah…
Adapun
hati itu ada 3 jenis keadaan, iaitu :
1.
Hati yang bersih; akan merasa resah gelisah dan bersalah bahawa dia sudah
melakukan dosa. Mudah sensitif dengan gerak geri laku perbuatannya.
2.
Hati yang sakit; tidak akan merasa sensitif terhadap dosa dan kesalahan yang
dilakukan. Walaupun masih sedar berbuat salah tetapi menangguhkan taubat dan
istighfar.
3.
Hati yang mati; hati yang gelap dan hitam diselebungi dosa, terus tersesat
dengan melakukan dosa berterusan , halal dan haram tiada bezanya.
Yang
manakah gambaran hati kita yang sebenarnya???
Rasulullah
SAW menganjurkan kita memperbaharui iman bertujuan untuk menyucikan hati,
mengikat qalbu(hati) manusia kepada Allah kerana setiap dari kita sering
melakukan kesalahan samada disedari atau tidak. Rasulullah SAW bersabda
maksudnya : “Perbaharuilah iman kamu, Baginda ditanya : “Bagaimana kami
boleh memperbaharui iman kami,Beliau menjawab : “Perbanyaklah mengucapkan
kalimat “Laa Ilaha IllaLLah.” (Riwayat Ahmad dan Al-Hakim)
Melalui
solat, istighfar,doa dan zikrullah,membaca al-Quran, memelihara perintahNya
dengan sebaiknya, maka hati manusia menjadi lunak, lembut dan sentiasa
berhubung dengan Allah SWT serta mendapat pertolongan dari-Nya. Ini telah
dijelaskan melalui maksud Firman Allah SWT : “Wahai orang-orang yang
beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk
mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.” (Surah
Muhammad : 7)
“Dan
mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan (mengerjakan)solat.”(Surah
al-Baqarah:45)
Semoga
kita memperolehi kekuatan jiwa dengan membersihkan hati dan menjaganya selalu.
Sedetik kita mahu kembali ke pangkuan Allah, Allah akan sambut kita dengan
kasih sayang-Nya… Wallahu A’alam..
Comments
Post a Comment