RAKAN FOLLOWERS

Thursday, 27 March 2014

JOM JANA PELABURAN

JOM JANA PELABURAN 

Teks : Noor Azzah Mohd Yusof
Gambar : Google

Assalamualaikum…
Salam Ceria…

Sudahkah kita bersedekah hari ini?

كــل معروف صدقة
“ Tiap-tiap kebajikan adalah sedekah.”  ( Hadis Muslim)

Sedekah yang dimaksudkan bukanlah semestinya dengan wang atau harta benda. Sesungguhnya setiap anggota tubuh badan dan perbuatan kita merupakan sedekah bila mana kita melakukan kebaikan atau ihsan untuk diri sendiri juga kepada orang lain. Ianya juga sebagai tanda kesyukuran kita kepada Allah SWT. Melakukan solat Dhuha merupakan sedekah. Malah ianya pintu rezeki buat kita. Bertasbih, bertahmid, bertahlil dan bertakbir juga sedekah yang mana Allah janjikan ganjaran dan pahala. Sebagaimana sabda Rasulullah yang bermaksud :   

“Subhanallah” dan  “Alhamdulillah” dan “La ilaha illallah” dan “Allahu Akbar” dituliskan kepadanya bagi tiap-tiap huruf itu sebanyak sepuluh kebaikan.”

Dalam kita sibuk dengan urusan mencari rezeki, kita ada pelaburan kekal abadi . Jom jadi WAHM yang sukses. Sambil membantu, keuntungan bertambah, bekalan akhirat sama diraih.


Salam Sayang… J

No comments:

Post a Comment