Teks : Noor Azzah Mohd Yusof
Gambar : Koleksi Peribadi
Assalamualaikum…
Salam #15 Syawal 1437
Alhamdulillah masih diberi peluang
melaksanakan ibadah puasa di bulan Ramadan yang lalu dan menyambut hari lebaran
bersama keluarga tersayang. Moga masih berpeluang menemui Ramadan dan Syawal
pada tahun-tahun seterusnya. Insya Allah.
Sudah lama saya tidak berkongsi
coretan di sini, blog hampir bersawang..hehe
Setiap kali buka blog niat mahu
menulis. Nampaknya memang mudah. Tetapi bab nak menaip dan mengarang tambah
lagi pelbagai perkara nak difokus dalam satu masa. Kadangkala terlupa terus nak
update perkongsian. Beberapa bulan sebelum ni, diletakkan dalam situasi yang
agak sukar. Cuba menyesuaikan diri dan menerima ketentuanNya. Alhamdulillah
kini semuanya baik-baik sahaja. Fokus pada penyelesaian bukan pada masalah
tersebut. Berusaha memberkan yang terbaik buat diri dan insan lain dan memenuhi
tanggungjawab dan amanah yang diberi, insya Allah.
Dalam tempoh yang lalu, syukur
kepada Allah atas nikmat dan rezeki yang tidak pernah putus. Datang dari
pelbagai sumber yang Allah tunjukkan. Alhamdulillah. Saya amat bersyukur dan
gembira, bila mana perniagaan saambilan yang saya lakukan membantu insan lain
dan membuka peluang rezeki sahabat-sahabat lain dengan izin Allah. Terutamanya
produk SERBUK CHEESE SANGAT SEDAP yang mendapat sambutan sebelum Ramadan tiba
juga ketika tempoh bulan puasa. Alhamdulillah. Tahniah saya ucapkan pada sahabat yang berjaya
membuat jualan POPIA CHEESE NESTUM sempena hari raya.
Pada entri yang terdahulu
ada saya kongsikan resepinya. Insya Allah tidak menghampakan. Klik sini, boleh
cuba ya. Buat sahabat- sahabat saya yang menjadi pelanggan setia dan menyokong
saya, didoakan agar kalian dipermudah segala urusan yang baik oleh Allah dan
dilipatgandakan rezeki yang berkat lagi halal dari pelbagai sumber.
Sesungguhnya rezeki Allah itu amat luas. Mohon pada Allah, usaha dan
bertawakkal. Jangan pernah jemu dan putus asa. Allah suka pada hambaNya yang
sentiasa berdoa, memohon dan dekat kepadaNya di samping menjaga amalan dan
suruhanNya.
Seperkara lagi, saya juga berterima
kasih pada sahabat-sahabat yang menyokong perjuangan saya menyampaikan dan
menyebarkan ilmu celik emas. Kini, semakin ramai yang sedar dan tahu
kepentingan dan manfaat menabung emas berbanding wang tunai yang semakin susut
nilai disebabkan inflasi dan kemerosotan ekonomi Negara. Bermula setahun yang
lalu, hanya dengan 1 gram sahaja. Sedikit demi sedikit untuk bekalan dan
kegunaan masa hadapan diri dan anak juga keluarga.
Testimoni ahli powergold, emas powergold keluaran Amethyst dterima di Madinah. |
Ada EMAS sudah tentu ada
DUIT, ada DUIT belum tentu ada EMAS. Bagi yang sudah ada EMAS, perlu ada ilmu
untuk memfungsikan emas tersebut. Buat setakat menyimpan tanpa tujuan dan
kegunaan. EMAS sebagai insuran kepada aset yang kita miliki dan tidak perlu
meminjam kepada BANK yang mengenakan interest/riba yang tinggi berbanding
kadar upah simpan yang rendah di ar-Rahnu bila mana kita memerlukan ‘cash’
untuk keperluan. Emas tersebut boleh ditebus semula dalam tempoh yang
ditetapkan malah boleh dipanjangkan tempohnya. Semua ini perlukan ilmu.
Bertindak sebelum terlewat. Bayangkan 1gram setahun yang lalu rm180 kini rm210
beza rm30 untuk emas 999. Jika setahun menyimpan sebulan 1 gram sudah ada
12gram. Agaknya berapa nilainya sekarang? Tekan kalkulator boleh kira beza
kenaikan dan nilai cash yang kita ada dengan simpanan tersebut. Jom bertukar kepada bebas riba. Insya Allah lebih berkat.
Comments
Post a Comment