Teks
: Noor Azzah Mohd Yusof
Sumber
gambar : Koleksi peribadi
Assalamualaikum
Wrt. Wbt.
Sejak
kebelakangan ini mood lebih terarah kepada memasak. Penat seharian bekerja,
memasak menjadi TERAPI buat diri. Pantang Nampak resepi baru dan menarik. Mesti
semua nak dicatat. Cuma tak berkesempatan nak
membuatnya.
Entri kali
ini dan berikutnya saya akan kongsi resepi yang best ( pada pandangan saya dan
diterima oleh ahli keluarga. Perlu juga ‘food tester’ untuk nak pastikan resepi
ni ok atau tak kannn..)
Baiklah.
Resepi kali ini “ BISKUT BATIK ”
Rata-rata
semua dah biasa dengar dan makan biskut batik ni. Bahan utama nya biskut marie.
Takde bahan ni bukanlah namanya biskut marie..ye tak?
BAHAN-BAHANNYA
:
300 Gm Marjerin ( bagi yang suka butter boleh
ganti marjerin)
300 Gm Campuran Milo
& Serbuk Koko
- 250 Gm Milo
- 50 Gm Serbuk Koko Vanhouten
500gm / 1 Tin Susu Pekat Manis ( tak kisah brand apa pun
yang penting halal)
500 Gm Biskut Marie
(Perisa Original atau
boleh guna biskut marie perisa coklat/ kopi terpulang pada citarasa
masing-masing. Saya suka perisa original J)
Sedikit badam cincang atau kacang tanah ditumbuk kasar
( tambahan pada yang minat. Biasa saya guna kacang tanah yang telah digoreng)
CARA MEMBUATNYA
:
1. Cairkan marjerin dengan api sederhana.
2. Tuang susu pekat ke
dalam butter/ marjerin yang dicairkan. Perlahankan api.
3. Kacau sebati
kemudian tuang campuran milo dan coklat ke dalam adunan tadi.
4. Kacau sehingga
bahan keseluruhan bahan tadi menjadi likat dan tidak berketul . Anggaran 15
minit dengan api sederhana.
5. Padamkan api,
masukkan biskut marie yang telah dipatah dua ke dalam kuali. Gaul adunan coklat
dan biskut sehingga rata.
6. Alas plastik dalam
bekas, kemudian masukkan bahan yang telah digaul ke dalam bekas tadi. Plastik
bertujuan mudah utk keluarkan biskut setelah sejuk dan keras.
7. Adunan biskut tadi
dimampatkan sehingga padat dalam bekas.
8. Masukkan ke dalam
peti sejuk di bahagian bawah supaya keras.
9. Keluarkan dari peti
sejuk untuk dipotong. Masukkan dalam bekas kedap dan simpan dalam peti sejuk.
Sedia untuk dimakan J
*** Resepi ni memang best
pada saya, kawan-kawan pun dah banyak kali order. Dah bagi resepi tapi still
nak order juga…hehe..
Saya share
gambar biskut yang dah siap dipotong.
Tiada gambar simpanan ketika proses
membuatnya. MAAF YE..
Sebab cameraman buzy juga. Chef pula dah bersilat dengan kuali dan sudip..
hehe
Pada
rakan-rakan selamat mencuba. Sekiranya ada pertanyaan boleh bertanya ye..
anda di tag:
ReplyDeletehttp://akubukaninnocent.blogspot.com/2015/12/year-end-giveaway-by-imashue.html