Teks
: Noor Azzah Mohd Yusof
Sumber
gambar : Koleksi peribadi
Assalamualaikum
Wrt. Wbt.
Apa
khabar rakan-rakan semua?
Moga
rakan – rakan semua dalam lindungan Allah dan sihat walafiat.
Sepanjang
beberapa bulan ni, tidak berkesempatan untuk update catatan dan perkongsian.
Dek kerana memenuhi beberapa urusan yang ‘urgent’.
Alhamdulillah
hari ini, muncul kembali setelah menghilang…hehe
Banyak
nak sharing dengan rakan-rakan.. J
Sempena
cuti sekolah hujung tahun ni mesti asing-masing nak bawa anak-anak dan ahli
keluarga bercuti. “Jalan- jalan Tukar Angin” hehe… ;)
Saya
nak kongsi satu tempat best (pada pandangan saya, abaikan yang x berapa nak
best sebab lebih banyak yang ok nya ) . Mungkin rakan-rakan sudah ada yang
pergi. Bagi yang belum berkesempatan bercuti boleh ke sana. FELDA RESIDENCE
HOTS SPRING SUNGKAI, PERAK.
Pertama
kali saya ke sana bersama suami, anak dan ahli keluarga yang lain.
Saya
membuat tempahan melalui booking.com dengan harganya berpatutan dan terendah
untuk hotel yang cantik dan selesa. Staf di kaunter juga peramah dan mudah
berurusan. Dapat pula harga diskaun.. senyum lebar waktu tu, ada lebihan
bayaran disebabkan penjimatan diskaun. Alhamdulillah.
Pakej
penginapan selama 2 hari 1 malam. Kami check in hari Ahad dan checkout pada
hari Isnin. Puas juga berendam air panas sebab pengunjung berkurangan pada hari
bekerja. Agak penuh pada hari ahad. Kolam air panas terletak di bahagian
belakang hotel agak jauh berjalan. Pihak hotel ada menyediakan kenderaan dari
tempat letak kereta ke kolam air panas bagi pengunjung luar.
Beberapa
gambar untuk tatapan rakan- rakan yang ingin mengunjungi Kolam Air Panas
Sungkai. Selamat bercuti.. J
![]() |
Pemandangan Hijau sekitar Felda Residence Sungkai |
![]() |
Kolam Air Panas dan Terapi |
![]() |
Merebus Telur di Kolam Air Panas |
![]() |
Taman Tema Air untuk riadah keluarga |
![]() |
Bilik Penginapan Felda Residence |
Comments
Post a Comment