Teks : Noor
Azzah Mohd Yusof
Sumber Foto : Koleksi Sis Khairunnisa Yusof
Sumber Foto : Koleksi Sis Khairunnisa Yusof
Assalamualaikum
wrt. Wbt.
Sudah sedia
maklum 16 Ramadan merupakan cuti umum sempena Nuzul Quran. Menjadi kelaziman
seluruh umat Islam menyambut Nuzul Quran dengan majlis Tadarrus dan Khatam
al-Quran di serata tempat. Itu antara keistimewaan yang ada di bulan Ramadan
selain dapat merasai nikmat ketika berbuka puasa dan menunaikan solat Tarawikh. Oleh yang demikian, bagi yang
belum khatam masih berpeluang untuk menyempurnakan bacaan 30 Juzuk al-Quran. Insya
Allah moga Allah permudahkan. Dan tinggal beberapa hari lagi kita akan memasuki fasa 10 malam terakhir Ramadan. Mari kita membuat persiapan untuk rebut keistimewaan dan ganjaran 10 malam terakhir.
Di bulan
Ramadan juga ramai umat Islam yang mengambil peluang untuk berniaga.
Perniagaan juga merupakan sumber pendapatan dan rezeki keluarga.
Perniagaan juga merupakan sumber pendapatan dan rezeki keluarga.
Tidak salah berniaga, yang penting jujur dalam perniagaan, memberi perkhidmatan yang terbaik dan tidak mengaut keuntungan dengan cara yang batil (salah). Juga digalakkan bersedekah sambil berniaga. Insya Allah hasil rezekinya lebih jauh berlipat kali ganda. Proses jual beli secara tunai dan elakkan berhutang melainkan dalam jumlah yang terlalu besar dan melibatkan perjanjian menepati syariat itu dibenarkan.
Amalan berniaga ini digalakkan dalam Islam, Rasulullah S.A.W juga berniaga dan sahabat Baginda yang paling akrab iaitu Saidina Abdul Rahman Bin Auf merupakan seorang Usahawan Jutawan Dermawan. Rasulullah S.A.W pernah bersabda, "Abdul Rahman Bin Auf adalah saudagar Tuhan " sebagai pujian Baginda di atas pengorbanan dan sumbangan besar beliau dalam menegakkan syiar Islam dengan harta kekayaan. Beliau juga termasuk 10 orang yang digembirakan oleh Rasulullah memasuki Syurga.

Kebanyakan Sirah
nabi menyebut tentang kehebatan dan pengorbanan Abdul Rahman Bin Auf yang
dermawan. Harta kekayaan tidak pernah menggugat keimanannya bahkan menjadi
beliau seorang yang taat dan berjuang demi Islam.
Alhamdulillah, di sini
saya ingin juga berkongsi dengan rakan blog, saudari kita Khairunnisa Yusof
merupakan salah seorang belia yang gigih menjalankan perniagaannya. Baru tamat
belajar, di usia awal 20-an beliau mengambil peluang untuk berniaga sebelum
menyambung semula pengajian ke peringkat lebih tinggi. Moga lebih ramai belia
kita yang menuruti jejak langkah beliau.
CRISPY CRISPS BY SIS NISA YUSOF |
Ribuan terima kasih kepada Adik Khairunnisa yang merupakan pelanggan setia “Serbuk
Cheese Sedapsangat”. Produk beliau “CRISPY CRISPS ” mendapat sambutan
yang menggalakkan sempena bulan puasa ini dan
aidilfitri yang akan datang. Bagi warga IPOH dan yang berdekatan boleh mendapatkan
produk homemade beliau sendiri. Tempahan juga diterima bagi permintaan selepas hari
raya untuk pelbagai majlis dan sambutan. Bagi yang berminat boleh menghubungi wechat
: 012-5358545 (Nisa Yusof)
Comments
Post a Comment