Teks : Noor Azzah Mohd Yusof
Sumber Foto : Google
Sumber Foto : Google
Assalamualaikum Wrt. Wbt.
Seolah tidak percaya bahawa Ramadan akan meninggalkan kita.
Terlalu cepat. Masih tidak puas bersama Ramadan.
Seolah tidak percaya bahawa Ramadan akan meninggalkan kita.
Terlalu cepat. Masih tidak puas bersama Ramadan.
Hari ini tanggal 21 Ramadan 1436H .Kita telah berada di fasa 10 terakhir di bulan Ramadan.
Bagi yang sudah mengetahui, inilah saat yang dinantikan. Pencarian malam Lailatul Qadar setahun hanya sekali. Saya kongsikan untuk tatapan umum.
Bagi yang sudah mengetahui, inilah saat yang dinantikan. Pencarian malam Lailatul Qadar setahun hanya sekali. Saya kongsikan untuk tatapan umum.
Apa itu Lailatul Qadar?
Lailatul Qadar adalah malam yang paling utama sepanjang tahun
berdasarkan firman Allah Ta’ala yang bermaksud : “Sesungguhnya kami telah menurunkannya
(iaitu al-Quran) pada Lailatulqadar.
Tahukah kamu apakah Lailatul Qadar itu? Lailatul Qadar lebih baik dari seribu
bulan” (Surah al-Qadr : 1-3)
Rasulullah SAW menyarankan umat Islam agar menghidupkan 10
malam terakhir di mana salah satu dari malam tersebut merupakan malam
Qadar.
Mencari Lailatul Qadar itu adalah sunat iaitu pada malam-
malam yang ganjil bermula dari sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan (malam
21,23,25,27,29).Umat Islam digalakkan untuk melipatgandakan ibadah seperti
membaca al-Quran, solat-solat sunat,beristighfar, bertasbih dan berdoa.
Mendirikan malam al-Qadar bermakna mengisi malam itu dengan pelbagai ibadah dan
menjauhkannya daripada semua perbuatan maksiat hingga ia benar-benar menjadi
malam yang penuh kebaikan dan keberkatan.
Rasulullah menganjurkan kita selalu membaca doa :
اَللّهُمَّ إِنَّــكَ عَــفُوٌّ
كَــرِيْــــــمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَــنِّيْ
“ Ya Allah sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, suka memberi
maaf, maka berilah kemaafan kepadaku”.
Dari Aisyah R.A katanya :
“ Saya bertanya : Ya Rasulullah , bagaimana
pendapat anda seandainya saya tahu malam jatuhnya Lailatul Qadar itu, apakah
yang harus saya ucapkan waktu itu?”
Maka jawab Nabi :
“Katakanlah : Ya Allah! Sesungguhnya Engkau maha Pengampun dan suka memaafkan,
maka maafkanlah daku ini”. (Riwayat
Ahmad, Ibnu Majah dan Tarmizi)
Justeru itu, marilah kita melipatgandakan amalan dan ibadah
di sepanjang 10 malam terakhir Ramadhan.
Rebutlah peluang beramal di bulan ini dan rugilah mereka yang
tidak mahu mengambil tahu..Kerana masih menjadi tanda tanya samada kita dapat
bertemu lagi Ramadan akan datang. Seharusnya kita bersyukur kerana masih diberi
kesempatan untuk menambah amalan sebagai bekalan menuju akhirat.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
“Sesiapa yang
berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan, akan diampunkan dosanya
yang telah lalu.”(Hadis Riwayat
Bukhari, Muslim & Ahmad)
Sumber petikan : Panduan Sepanjang Ramadan – Syawal, Terbitan
Pusat Islam Unisel, 2012
Comments
Post a Comment