Teks
oleh : Noor Azzah
Sumber gambar : Google
Sumber gambar : Google
Assalamulaikum Wrt. Wbt.
Selamat berhujung minggu semua. Ruang dan peluang yang ada
digunakan sebaiknya bersama ahli keluarga tersayang. Walau pun masa terlalu
pantas, jadikan ianya bermanfaat dan berkualiti. Sebarkan kasih sayang dan
tautkan ukhuwwah.
Ya Razzaq, Allah Pemberi Rezeki…permudahkanlah bagi kami beroleh rezeki yang halal untuk keperluan
kami. Moga rezeki yang Engkau limpah ruahkan kepada kami dapat juga digunakan
bagi membantu insan lain yang memerlukan.
Rezeki itu amat luas tafsirannya. Bukan wang semata tetapi
kesihatan, kebahagiaan, ketenangan, pekerjaan, jodoh, zuriat dan bermacam lagi
jenis rezeki. Kekurangan dan ujian yang datang juga boleh membawa rezeki kepada
kita bersama ganjaran redha dan kesabaran. Rezeki datang dalam pelbagai bentuk.
Sesuai dengan perancangan dan keizinan Allah. Segalanya mohon kepada Allah
kerana Dialah Pemberi Rezeki. Seolah-olah kita dan majikan.
Bagaimana cara untuk mendapat rezeki yang baik?
Mari kita lihat ciri-ciri rezeki yang berkat dan baik.
1) Membawa hati lebih dekat kepada Allah.
2) Hati akan menjadi tenang
3) Menjadi seorang yang pemurah
4) Jauh dari bala
5) Mempunyai anak cemerlang
Berdasarkan ciri-ciri di atas, dapat kita nilai semula adakah
rezeki yang kita perolehi berkat. Jika sebaliknya, cara untuk mendapat rezeki
yang berkat dan baik adalah sentiasa ingat bahawa “ REZEKI KITA ALLAH YANG
PEGANG, USAHA PERLU MENEPATI SYARIAT, TINGGALKAN YANG HARAM DAN SYUBHAT”
Ingin saya kongsikan Petua Rezeki yang diperolehi dari
sesi Kelas Fiqh Muslimat yang lalu antaranya :
1) Solat awal waktu
2) Solat Isyraq dan Dhuha
3) Mendoakan orang lain
4) Sedekah - dalam rezeki kita ada bahagian insan lain.
5) Membantu orang lain
4) Sedekah - dalam rezeki kita ada bahagian insan lain.
5) Membantu orang lain
Sekiranya seseorang itu berasa sukar untuk beroleh rezeki hendaklah :
- beristighfar
- bersyukur /sujud syukur
- ingat kembali segala dosa kepada ibu ayah. Mohon maaf atas
segala perlakuan. Dosa itu menjadi hijab kepada rezeki.
Moga apa yang disebutkan di atas memberi peringatan buat diri
dan juga rakan pembaca. Ya Hadi Ya Nur Ya Ghoffur ..Ya Allah berilah petunjuk
dan nurMu agar kami sentiasa berada di jalanMu mentaati perintahMu dan beroleh
keampuananMu…Ameen ya Rabb.
semoga kita semua dimurahkan rezeki oleh-Nya..
ReplyDelete