Oleh : Noor Azzah
Sumber gambar : Google dan ABDR
Sumber gambar : Google dan ABDR
Assalamulaikum Wrt. Wbt.
Selamat hari Jumaat penghulu segala
hari. Hari yang indah,bersama ketenangan dan keceriaan mendamaikan jiwa. Nikmat
hari Jumaat yang barakah.
Sebulan lamanya tiadak bersiaran.
Jadual harian yang padat. Sekali-sekala menjengah blog yang hampir bersawang.
Blog umpama catatan diari peribadi. Bezanya dengan yang fizikal, ianya boleh
dibaca oleh ke semua orang. Dan apa yang kita alami atau orang lain lalui
dijadikan pengalaman dan panduan di masa akan datang. Blog ini akan membawa
manfaat sekiranya digunakan pada tempat yang betul, menyalurkan informasi dan
berkongsi pengalaman serta iktibar kisah. Sebaliknya jika tidak digunakan
dengan betul ia akan mengundang mudarat atau kesusahan di pihak sendiri atau
orang lain.
Kali ini saya ingin berkongsi
tentang KASIH SAYANG.
KASIH SAYANG tidak kira kepada
manusia atau pun haiwan.
Orang yang beriman suka berkasih
sayang. Maksudnya orang yang suka berkasih sayang ini jiwanya aman, tenang.
Sekaligus dia juga akan mengamankan orang lain. Contohnya, dia akan sentiasa
tersenyum, memberi salam, murah hati dan lain-lain lagi sifat mahmudah.
Sifat yang ditonjolkan melalui watak
peribadi seseorang mencerminkan akhlak yang tertanam di dalam diri. Kemudian,
akhlak ini keluar secara spontan dari diri tanpa pertimbangan akal. Contohnya, “
Hari ni aku nak senyum ke tak? ” “Nak
bagi salam kat makcik tu ke?”
Sekiranya seseorang individu
mempunyai akhlak yang mulia, tanpa berlengah atau berfikir secara spontan dia akan
senyum dan memberi salam, bukan secara paksa atau berfikir dahulu. Sifat ini kita boleh bezakan
dengan hipokrit.
Bagaimana pula hubungan sesama haiwan?
Kita juga perlu bersifat mulia atau berakhlak kepada haiwan. Kerana apa? HAIWAN
merupakan makhluk yang sentiasa bertasbih kepada Allah. Sebagaimana maksud
hadis Rasulullah SAW bersabda, "Orang-orang yang penyayang itu
disayangi oleh Allah yang Maha Penyayang. Maka sayangilah yang di bumi, nescaya
yang berada di langit menyayangi kalian". (HR. Tirmidzi juz 3, hal. 216, no. 1989)
Setakat ini perkongsian hari Jumaat. Sebarkan kasih sayang
dan tautkan ukhuwwah kerana Allah SWT.
------------------------------------------------------------------------------
Anda Usahawan atau pemilik Homestay
/ Resort?
Ingin mengiklankan perniagaan anda?
Kami di Akademi Bekerja dari Rumah (ABDR) sedia
membantu.
Bagi yang telah mendaftar, iklan
anda akan kami senaraikan di laman blog khas untuk Promosi Cuti- cuti
Malaysia dan Senarai Homestay bagi memudahkan perancangan percutian dan tempat penginapan. Boleh lawati http://senaraihomestaymalaysia.blogspot.com
Kami di ABDR sedia
membantu dan menawarkan tapak iklan kekal kepada usahawan atau pemilik Homestay
atau Resort yang berminat. Untuk keterangan lanjut boleh wassap / sms di talian 012-6343413 (Azzah). Saya
akan menghubungi semula untuk butiran lanjut.
Comments
Post a Comment