Teks : Noor Azzah Mohd Yusof
Sumber Gambar : Google
Assalamualaikum...
Sudah beberapa hari
tidak berkesempatan untuk menulis entri. Rindu rasanya. Seolah mahu bertemu
kekasih hati. Apa kan daya. Bagi yang sudah biasa menulis blog adalah satu
kemestian untuk 'update' entri setiap hari.
Sambungan entri yang
lalu akan saya tulis pada entri berikutnya ya.. sebab banyak yang diceritakan
satu persatu dengan hubungkaitnya. Saya pun sebenarnya teruja nak kongsi
cerita.
Kita biasa mendengar
pepatah ini " Katakanlah Benar Walaupun Pahit".
Pepatah ini memang ada
benarnya, namun hakikatnya tidak semua orang boleh menerimanya dan sanggup
menanggung risiko. Siapa yang MAMPU DAN SANGGUP untuk sakit hati, gundah dan
risau, malah lebih dari itu mungkin hilang pekerjaan, hilang rakan taulan,
dibenci orang yang disayangi, dipinggir oleh ahli keluarga HANYA disebabkan
berkata benar.
Apa yang ingin saya
sampaikan... Di sebalik pepatah itu, kita hanya nampak sesuatu yang negatif.
Namun, pernahkah kita menilai di sebalik pepatah itu mengapa ianya wujud.
Pepatah "
Katakanlah Benar Walaupun Pahit" mempunyai maksud yang mendalam. Ia
sebenarnya sangat rapat dengan konsep saling nasihat menasihati tegur menegur
ke arah kebaikan atau pun lebih sinonim dengan AMAL MAKRUF NAHI MUNGKAR. Sudah
sedia maklum, bukan mudah untuk menyampaikan sesuatu kebaikan. Pasti ada sahaja
HALANGAN dan CABARAN.
Di sebalik kepayahan,
kesusahan dan keperitan itu ada hikmahnya.
Berkatalah benar
walaupun pahit mengajar kita konsep kebergantungan kepada Allah SWT. Allah
memberi peluang kepada kita untuk meraih ganjaran JUGA supaya lebih mendekatiNYA, iaitu :
Pertama : Ganjaran
kerana menyampaikan. Lebih-lebih lagi sesuatu yang orang sukar terima.
Kedua :
Ganjaran/Pahala kerana kita bersabar jika kata-kata tidak diterima.
Sesungguhnya Allah telah
menyediakan peluang dan laluan yang mudah untuk kita melipatgandakan pahala. Barangsiapa yang mengasihi Allah, maka Allah akan mengasihinya. Semua ujian ini adalah asbab untuk kita mendapat pahala dan redha Allah ataupun
sebaliknya.
ALLAH SUMBER KEKUATAN. MENCARI KEKUATAN CARILAH ALLAH.
Mari kita renung bersama. Berjumpa lagi di entri akan datang. Salam
kasih sayang...
Comments
Post a Comment