Teks : Noor Azzah Mohd Yusof
Gambar : Google
Maksud
firman Allah S.W.T : “Dan KAMI jadikan daripada air, segala sesuatu yang hidup”
(Surah Al-Anbia, ayat 30 ).
Air merupakan sumber utama hidupan yang ada di
bumi . Tanpa air tiada lah kehidupan. Air mempunyai unsur molekul atau Kristal
yang terdiri dari dua atom hydrogen dan atom oksigen. Air digunakan sebagai
minuman dan juga untuk membersihkan.
Tubuh
manusia terdiri daripada 75% air. Justeru kita memerlukan air yang banyak untuk
kesejahteraan dan kesihatan tubuh badan. Air yang kita minum sebenarnya
mempengaruhi sifat dalaman dan mempengaruhi tingkahlaku. Ini adalah kerana
badan manusia terdiri daripada unsur cecair(air). Molekul air yang kita minum
akan menyerap ke dalam molekul darah tubuh badan.
Rasulullah
s.a.w bersabda yang maksudnya: Ketahuilah
bahawa dalam jasad manusia ada seketul daging (segumpal darah), jika baik maka
baiklah seluruh anggota dan jika rosak maka rosaklah seluruh anggota, itulah
hati.
Apa
yang ingin saya kongsikan adalah sifat unik air yang mampu merakam getaran.
Molekul yang terkandung di dalam air berubah-ubah mengikut keadaan getaran yang
diterima. Oleh sebab itu, air yang dibacakan ayat al-Quran dan dibacakan doa
mampu bertindak sebagai merawat dan
memberi tindakbalas positif kepada tubuh badan dalaman dan luaran. Tubuh badan
terasa sihat cergas dan bertenaga setelah meminumnya. Jelas perbezaannya
sebelum dan selepas meminum air yang mengandungi molekul bacaan ayat al-Quran
dan doa. Ini terbukti mengapa adanya pelbagai produk air ruqyah dan rawatan di
pasaran. Sememangnya kita juga boleh membacakan air dengan ayat al-Quran dan
doa yang dihajati untuk ahli keluarga. Sudah tentu lebih berkesan, niat dari
hati ke hati. Begitu juga sebaliknya jika air diperdengarkan dengan kata-kata
yang hina serta muzik yang membingitkan. Kesannya juga tentu meresahkan bukan
mendamaikan.
Kita
mungkin tidak sedar, selama ini melakukannya. Situasi ini sering berlaku di
kedai makan atau restoran. Bila mana kita membuat pesanan minuman, air tersebut
terdedah di atas meja tidak ditutup sedangkan ketika itu kita sedang bercakap
sesuatu yang tidak baik atau pun menceritakan hal keburukan orang lain.
Sekiranya bukan kita yang melakukan, akan tetapi suasana persekitaran juga
mempengaruhi. Air tersebut merakam segala percakapan kita.. Bayangkan perkataan
yang tidak elok itu tadi telah diserap ke dalam air yang kemudiannya diminum.
Sudah tentu memberikan gambaran yang sama kepada dalaman kita IAITU TINDAKBALAS
YANG NEGATIF.
Indahnya
Islam itu kerana telah mengajar umatnya menjaga adab ketika makan dan
minum. Dimulakan dengan membaca basmalah
dan doa ketika hendak minum atau makan serta tidak berkata-kata sesuatu yang
tidak elok di hadapan makanan dan minuman. Kerana Islam itu fitrahnya bersih,
indah dan sempurna di segenap aspek kehidupan. Cuma kita yang tidak mengamalkan
sepenuhnya apa yang telah dibawa oleh Islam itu sendiri. Marilah muhasabah
diri. Pastikan air yang hendak diminum ditutup tidak terdedah dan berkatalah yang baik-baik… Sesungguhnya
AIR pandai berkomunikasi. Ianya mampu bertindak secara POSITIF atau NEGATIF.
Tubuh badan ini adalah amanah Allah untuk kita jaga sebaiknya. Semoga pesanan
ini menjadi peringatan kita bersama. Insya Allah.
Comments
Post a Comment