Teks : Noor Azzah Mohd Yusof
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah
lagi Maha Penyayang…
Alhamdulillah, kembali berblog
setelah tamat tempoh berpantang 44hari. Syukur atas nikmat kesihatan yang
diberi. Kini bergelar seorang ibu dengan tugas dan tanggungjawab baru. Tempoh
berpantang bukanlah istilah untuk beristirehat. Dalam erti kata lain perlu
lebih sabar dalam tempoh menyesuaikan diri dengan situasi baru,
perlu disiplin dari segi pemakanan dan penjagaan diri, menguruskan bayi dan
seringkali berjaga malam disebabkan bayi menangis sepanjang malam ke subuh. Tambahan
lagi kedua-dua pergelangan tangan bengkak sejak mengandung. Pergerakan sedikit terbatas memandangkan melahirkan bayi secara pembedahan memerlukan penjagaan rapi. Sakit di
bekas luka terasa lebih-lebih lagi ketika batuk. Bekas luka juga perlu dibersihkan setiap kali mandi dan dilap
sehingga kering bagi mengelakkan dijangkiti kuman dan bernanah. Pegawai
Perubatan menyarankan supaya banyak meminum air kosong serta melakukan
pergerakan dalam tempoh berpantang bagi mengelakkan darah beku (clot). Ianya
berisiko bagi ibu yang melahirkan secara pembedahan. Kes kematian berlaku
ketika dalam berpantang atau selepas berpantang adalah disebabkan pembekuan
darah di paru-paru sehingga menyebabkan sukar bernafas.
Ketika berpantang saya berulang ke
Klinik Kesihatan bagi memastikan komposisi darah dalam keadaan stabil
memandangkan ketika melahirkan tempohari telah kehilangan banyak darah iaitu
900ml. Kerana kebiasaan bersalin normal hanya kehilangan darah kurang 500ml. Tambahan
pula bekas luka pembedahan sedikit bernanah bercampur darah. Klinik membekalkan
ubat antibiotik untuk mengelakkan luka merebak. Lembapan (peluh) di bekas pembedahan
boleh menyebabkan jangkitan kuman.
Melahirkan secara pembedahan
mengambil masa yang panjang untuk pulih sepenuhnya. Pendarahan selama 48 hari
adalah satu tempoh yang panjang bagi saya. Berdasarkan kenyataan Dr. Arifah (Pakar
Obstetrik & Ginekologi) dalam majalah Pa&Ma keluaran oktober 2014,
rahim terpaksa mengambil masa yang lebih untuk mengecut melalui kelahiran
pembedahan. Ini menyebabkan salur darah lambat untuk memberhentikan darah juga
berkemungkinan salur darah tercedera disebabkan pembedahan.
Ini merupakan pengalaman pertama
bagi kelahiran bayi sulong. Saya memang berharap agar dapat melahirkan bayi
secara normal. Apakan daya semua ini telah direncanakan oleh Allah SWT. Tarikh
jangkaan bersalin pada 21 julai 2014 seminggu sebelum eidul fitri. Tetapi tiada
tanda kelahiran yang muncul. Doktor memberikan tempoh selama 8 hari untuk
melahirkan secara normal. Walaubagaimana pun saya sempat beraya pada sebelah
pagi 1 Syawal 1435 sebelum diarahkan ke hospital pada petang 1 Syawal 1435
bersamaan 29 Julai 2014 disebabkan degupan jantung bayi semakin menurun.
Berkampung selama 6 hari di hospital, saya terpaksa diinduce kerana bukaan
hanya 3sm setelah beberapa hari dengan kontraksi yang tidak konsisten juga
jangkaan kelahiran yang telah lewat (post date) melebihi 10 hari. Dua hari
berturut-turut sebelumnya, doktor telah memasukkan satu alat berupa tiub getah
yang akan mengembang seperti belon bagi membuka laluan bawah. Walaubagaimana pun,
bukaan tetap sama iaitu 3sm. Jam 6 pagi 2 Ogos 2014, doktor memasukkan
hormon oksitosin dan memecahkan air ketuban, bukaan hanya 5sm setelah 12 jam
berada di bilik bersalin. Bagi mengelakkan risiko kepada bayi dalam kandungan,
doktor menyarankan saya menjalani pembedahan. Jam 9.02 malam merupakan detik
penuh kesyukuran di atas kelahiran permata hati yang diberi nama Mursyida .
Semoga menjadi anak pintar solehah. Ameen…
==========================================
Dapatkan PRODUK MUSLIM GMP yang mendapat pengiktirafan HALAL JAKIM serta berdaftar bawah MAL. Supplement untuk kecantikan dan kesihatan.
==========================================
Dapatkan PRODUK MUSLIM GMP yang mendapat pengiktirafan HALAL JAKIM serta berdaftar bawah MAL. Supplement untuk kecantikan dan kesihatan.
Supplement lengkap No. 1 Asia yang bertindak 3 dalam 1 iaitu anda pasti CANTIK, SIHAT DAN LANGSING dengan INAYAH BEAUTY BOOSTER
1. ANDA BAKAL CANTIK SEBAB KAMI GUNAKAN RAMUAN PURE SHARK COLLAGEN
-Kadar penyerapan paling pantas ke dalam badan. Dengan adanya collagen yang hebat ini. Anda akan berubah menjadi JELITA SEKELIP MATA!!
2. ANDA BAKAL LANGSING SEBAB KAMI GUNAKAN RAMUAN SOY LECITHIN
– supplement pertama yang mengabungkan shark collagen dan soy lecithin bagi mendapatkan bentuk badan idaman. Soy lecithin berfungsi sebagai PEMECAH LEMAK, PENGHAPUS SELULIT, TIADA LAGI SEMBELIT !!!
3. ANDA BAKAL SIHAT CERGAS BERTENAGA SEBAB KAMI GUNAKAN MILK THISTLE
–TONIK HATI NO 1 DUNIA. Di datangkan khas dari EROPAH untuk membuang toksin di dalam badan dan HATI. Badan akan lbh sihat, jantung sihat. Tak ada lagi sakit jantung, badan letih lesu !! Di syorkan 100% kepada penghisap rokok,yg minum alkohol, suka minum atau makan fast food, pernah guna produk kimia.
4. ANDA BAKAL CERAH GLOWING SEBAB KAMI GUNAKAN L – GLUTHAHIONE.
10X ganda lebih berkesan daripada gluthathione biasa. Anda akan cerah kembali seperti kulit semasa anda baby dulu. Kulit halus mulus bakal jadi kenyataan dengan INAYAH BEAUTY BOOSTER.
INGIN KEKAL SIHAT DAN KELIHATAN CANTIK , BOLEH DAPATKAN PRODUK INI MELALUI SAYA.
SMS /WHATSAPP : 012-6343413 (AZZAH)
EMEL : noorazzahyusof@gmail.com
Adoi...ngeri mak baca....
ReplyDeletealhamdulillah semoga catatan ini tersimpan dan sempat dibaca oleh anakanda.